Tuesday, August 19, 2008

Tiada Pilihanraya Semester Ini: MPPUTP sudah tidak relevan?


POLITIK KAMPUS: PILIHANRAYA MPPUTP TIADA SEMESTER NI?

Setiap kali semester July muncul setiap tahun, satu perkara yang pasti menjadi tumpuan ramai ialah pilihanraya kampus untuk memilih MPP. Jika tahun lepas tiada orang yang bertanding dan menyebabkan MPPUTP 2007/08 menang tanpa bertanding, kali ini lebih dahsyat lagi bahawa kemungkinan tiada pilihanraya semester ini. Mengapa perkara ini berlaku? Adakah MPP sudah tidak relevan pada student UTP sendiri? Isunya adalah seperti di bawah.



MPPUTP 2007/08 membuktikan bahawa mereka bukanlah budak suruhan management apabila mereka mengambil keputusan pada kali ini untuk membantah keputusan management yang mengetatkan syarat-syarat pilihanraya dan menjurus kepada hanya 2 batch bagi jurusan kejuruteraan boleh bertanding manakala mereka yang mengambil jurusan teknologi hanya 1 batch boleh bertanding. Dalam rules and regulation pada pilihanraya tahun lepas, menyatakan bahawa MPP perlu berada 2 sem penuh untuk berkhidmat.

Tetapi dengan mengambil pendekatan bahawa ini akan menyebabkan pencabulan demokrasi berlaku di kalangan UTP students, MPPUTP bangun melawan isu ini. Ini kerana jika syarat ini di teruskan, MPP akan datang juga dilihat tidak mewakili semua pelajar UTP. Dalam 60 batch dari pelbagai aliran di UTP ini, hanya 12 batch sahaja boleh bertanding merebut kerusi MPP.

Hasil perbincangan pertama antara MPP dengan JPSP iaitu SPR bagi pilihanraya MPP, ada cadangan dari management untuk membuat pilihanraya pada bulan Januari supaya menambah lebih banyak batch boleh menyertai pilihanraya. Perkara ini dilihat akan membebankan MPP sendiri pada waktu itu yang tidak sempat untuk menguruskan organisasi terbesar di UTP dan terpaksa catch up dengan pelajaran lagi pada waktu itu. Banyak gerak kerja perlu di lakukan pada peringkat awal dari sudut planning, halatuju dan sebagainya.

Dari pihak MPP sendiri mencadangkan supaya mengadakan pilihanraya kecil jika berlaku kelompongan mereka yang terpaksa menyambung pelajaran ke internship. Ini dilihat lebih relevan kerana seperti mana yang kita tahu university kita mempunyai internship dalam jangka masa 8 bulan, justeru kita tidak perlu takut untuk membuat perubahan terhadap sisitem pilihanraya kita bila mana praktikal kita memang sudah sedia lain dari lain university. Perlukah kita takut untuk berubah?

Namun dimanakah student bila mana MPP memperjuangkan isu mereka di mata management? Adakah mereka tidak sedar bahawa ini akan member impak kepada perwakilan mereka? Bangkitlah...




1 comment:

bicarapena said...

salam paka...

Alhamdulillah, setiap yang berlaku ada himahnya, ternyata MPP kali ini melakukan gerak kerja yang cukup baik. Kata-kata & tindakan anda seiring..

Saya bersetuju dengan usaha anada untuk "menegur" management supaya memansuhkan undang-undang yang tidak munasabah itu.

MPP lepas bukan menghadapi masalah yang besar apabila ahlinya kurang lebih-lebih lagi pada sem kedua pemerintahan, tetapi masalah yang lebih besar ialah apabila pandangan MPP tidak mahu diambil secara serius oleh management dan students.

kesannya, masalah still x selesai walaupun MPP silih berganti. masalh sosial n sahsiah pelajar UTP pada pandangan saya adalah masalah paling utama yang patut MPP fikirkan.

sudahlah MPP tidak diendahkan oleh pelajar kerana melihat mereka tiada kuasa, sekaran ini management pula menyekat bilangan batch yang boleh bertanding.

cadangan untuk diadakan pada bulan Januari adalah TIDAK MUNASABAH, selaku bekas exco mpp, saya sudah merasai pengalaman yang cukup sibuk lebih-lebih lagi ketika merangkahala tuju mpp setelah PRK selesai. Saya bimbang, MPP akan menjadi lebih kelam kabut jika PRK diadakan pada bulan Januari.

pada MPP sekarang, saya akan cuba membantu sedaya mampu. Insyaallah..