“Kau nie kate nak masuk syurga, tapi ibadah tak buat. Tau kerja jer. Berapa banyak la masa yang kau peruntukkan untuk beribadat?” kata seseorang.
Dialog di atas mungkin selalu kita dengar. Bagaimana hendak masuk syurga jika kita hanya memperuntukkan masa ibadat melalui solat fardhu yang kita kerjakan.
Jika kita mengambil masa 10 minit untuk setiap kali solat, bermakna sehari kita hanya beribadat lebih kurang 50-60 minit atau dalam erti kata lain sejam. Sehari ada 24 jam dan kita hanya beribadat mengingati Allah 1/24 jam yang kita ada. Bagaimana nak masuk syurga?
Allah berfirman dalam surah Az Zariyat ayat ke 56 yang bermaksud
Sesungguhnya tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Kami
Ayat di atas menuntut kita untuk beribadat kepada Allah 24 jam tanpa henti.
“Kalo tak kerja macam mana nak dapat duit? Nak sara anak bini? Takkan nak beribadat 24 jam.”
Mungkin dialog di atas berlegar-legar di dalam kepala. Adakah Allah tidak adil?
Sesungguhnya Allah sempurna di atas sifat-sifatnya. Allah sangat menyayangi hambaNya dan sentiasa memberi hidayah kepada hambaNya yang mencari.
Ibadat tidak hanya terbatas pada perlakuan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata malahan gelanggang ibadah bukan di solat dan di masjid sahaja. Semasa kita bekerja pun boleh dikira sebagai ibadat dan setiap titik peluh kita ketika bekerja hatta ketika TIDUR, MANDI DAN MAKAN JUGA boleh dikira sebagai ibadat. Bagaimana?
Ibadat terbahagi kepada 3 iaitu ibadah asas (fardhu ain), ibadat sunat (fadhailul ‘amal) dan ibadat umum.
Apa pulak ibadat umum ini?
Ibadat umum ialah seluruh perlakuan, tindakan dan aktiviti-aktiviti selain daripada ibadah asas dan sunat. Ia merangkumi kerja kita di pejabat, tapak projek dan sebagainya.
Jadi segala kerja yang kita lakukan dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala disisi Allah?
Ya jika mematuhi beberapa syarat ibadah…
Syarat ibadah:
1. Hendaklah pekerjaan itu dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah contohnya Aku bekerja untuk mendapat rezeki yang halal kerana Allah menuntutku mencari rezeki yang halal.
2. Dilaksanakan bertepatan atau tidak bertentangan dengan sunah Rasulullah SAW.
Yakni tiada unsur yang diharamkan seperti rasuah, tidak menutup aurat dan tidak meninggalkan ibadah-ibadah asas contoh solat fardhu tidak dilengah-lengahkan.
“Tak paham la niat ikhlas kerana Allah. Kalo kita niat untuk mencari rezeki, sara keluarga pun niat yang baik jugak. Boleh tak?”
Ya, niat mencari rezeki, sara keluarga, berbakti kepada masyrakat dan negara merupakan antara niat yang baik. Namun, jika setakat itu tahap niat kita apa beza dengan orang bukan Islam. Kita perlu sentiasa niatkan kerana Allah.
Ambil contoh kita tidur. Tidur bagaimana dikira sebagai ibadat?
Orang lain tidur untuk berehat sahaja. Semua orang akan berniat begitu. Bagi orang Islam kita perlu niat yang lebih baik dari itu dan menepati syarat kerana Allah iaitu Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda
Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat – Riwayat al-Bukhari dan Muslim
P/s- Jangan jadikan agama sebagai pilihan tetapi jadikan agama sebagai kemestian. Be a FULL-TIME Muslim not a PART-TIME MUSLIM. We are here for hereafter.
Read more...
Tuesday, September 29, 2009
Mari Melabur Untuk Akhirat: Konsep Kerja dan Ibadah
Tuesday, August 25, 2009
Isu hukuman sebat perlu dilihat dalam perspektif hak asasi Islam
diambil dari http://mahasiswakini.com
Oleh: Hisyamuddin Che Ali*
Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan.
Inilah berita yang penulis baca sebentar tadi. Ianya amat mengejutkan dan jelas bahawa sistem kehakiman syariah di negera ini sudah diresapi dengan fahaman sekularisme dan berkiblatkan fahaman Sister In Islam.
Sebelum ini, dilaporkan pada pagi semalam bahawa tiga pegawai penguatkuasa JAIP dipercayai telah pergi ke rumah Kartika di Sungai Siput, Perak, untuk membawanya ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat itu.
Namun pada petangnya, menerusi kenyataan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus yang meminta penangguhan hukuman itu dilakukan selepas Ramadhan.
Kesalahan wanita kontroversi ini bermula pada 20 Ogos lalu, Kartika yang berusia 32, telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak enama Tiger Beer di sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.
Dari sudut sejarahnya, Kartika merupakan wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini. Diulangi, di negara ini iaitu Malaysia. Tetapi di Iran, Pakistan, Arab Saudi, Sudan dan negara-negara yang mengamalkan hukum islam, ia merupakan fenomena biasa. Hatta di Negara Acheh pun, pelaksanaan hukuman sebatan terhadap wanita islam telah lama dijalankan.
Tetapi penulis hairan dengan tindakan mahkamah Syariah ini. Apa masalahnya dilakukan hukuman sebat di bulan ramadhan. Adakah kerana hukuman itu tidak syarie, menyebabkan hakim sewenang-wenangnya menyatakan bahawa hukum itu dijalankan selepas Ramadhan, kononnya bagi menghormati bulan mulia ini.
Aduh..bolehke macam tu. Islam tidak dihormati, tetapi persekitaran masyarakat ditakuti. Ingatlah hadis Nabi bahawa daripada tiga orang hakim, dua akan masuk neraka dan satu akan masuk syurga. Hakim yang masuk neraka kerana tidak berhukumkan islam kerana tidak tahu atau tahu tetapi memilih perlaksanaan hukum lain.
Dalam hadis ini tidak sebut hakim mahkamah Sivil atau hakim Mahkamah Syariah. Dua-dua kena. Jangan ingat title syarie atau kita bersongkok, menyebabkan kita terlepas daripada hukuman Allah kelak.
Berbalik isu Kartika tadi, penulis menyanjung tinggi kemahuan wanita itu yang mahukan beliau disebat di khalayak ramai. Bahkan jika tidak disebat di khalayak ramai pun, beliau mahukan dirinya disebat di hadapan waris, kaum kerabat sebagai pengajaran kepada mereka.
Inilah berita yang terpampang dalam laporan Utusan dan juga Sinar Harian. Syabas penulis ucapan kepada beliau. Hanya keikhlasan yang tinggi dan akidah yang mantap sahaja, menyebabkan beliau meminta untuk berbuat demikian.
Dan penulis tidak puas hati dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia hari ini, yang meminta agar Kartika merayu hukuman ini. Peringatan buat Perdana Menteri, hokum islam tidak sama dengan hokum sivil. Tidak boleh merayu sekiranya ia melibatkan hukuman had hudud.
Lainlah jika hukuman sivil yang syirik itu, proses rayuannya berterusan dari mahkamah paling bawah hingga ke Lembaga Pengampunan oleh Raja-Raja. Nasihat kepada Perdana Menteri, berilah nasihat yang islamik, bukannya nasihat ke lembah kehancuran. Janganlah kita menjaga public interest di dunia ini, kita lupakan kepentingan illahi di dunia ciptaanNya ini.
Tidak cukupkah bala yang Allah timpakan dengan wabak H1N1 dan kemelesetan ekonomi. Penulis kadang-kadang pening dengan pemimpin kita melayu islam ini yang bercakap tanpa berlandaskan syara’.
Dan seperti biasa golongan Sister In Islam, mereka akan merespon isu-isu begini walaupun tidak dijemput. Kenyataan celupar Norhayati Kaprawi,yang merupakan bekas pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun yang tulisannya dimuatkan dalam Malaysiakini telah menyatakan bahawa Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati.
Beliau turut persoalkan kenapa wanita itu dikenakan hukuman maksimum sedangkan ini adalah kesalahan pertama wanita itu dan telah pun mengaku bersalah. Beliau yang juga aktif dalam Inisiatif Pencalonan Wanita (WCI), badan NGO liberal ini turut dengan nada sinis menyatakan bahawa jika lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah seseorang itu.
Wah, amat hina sekali kepada islam. Adakah islam itu ganas dan kejam hingga hukum illahi diperlekehkan sedimikian. Mengapa kamu tafsirkan konsep keadilan dengan begitu sempit. Bagi umat islam, keadilan adalah untuk di dunia dan di akhirat. Hukuman di dunia ini adalah sebagai berlepas diri daripada hukuman di akhirat.
Inilah bahayanya apabila puak feminism ataupun liberal bersuara dalam konteks pemikiran 1 Malaysia mereka. Mana perginya ulama-ulama PAS dan juga pemuda-pemuda islam andainya mereka mengaku berjihad kerana Allah. Bukankah perlembagaan PAS meletakkan bahawa Al-Quran dan Ar Rasul sebagai dustur (Perlembagaan) mereka.
Saya cabar pemimpin PAS untuk mengheret wanita SIS ini ke muka pengadilan atas dasar menghasut dan menghina Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Bagi hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan iaitu 7 hari penjara, 5,000 denda dan 5 kali sebatan. Ia adalah hukuman yang bercanggah dengan Al-Quran itu sendiri. Sepertimana yang kita ketahui, dalam undang-undang islam mengikut pendapat Imam Shafei bagi hukuman peminum arak tidak kira lelaki dan wanita ialah sebanyak 40 kali sebatan.
Walaupun ada pendapat daripada mam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad yang menyatakan sebatan sebanyak 80 kali sebatan, tetapi ini hanyalah perselisihan pendapat.
Punca perselisihan pendapat ini kerana sungguhpun dalam al-Quran jelas mengenai pengharaman arak tetapi tidak ada ketetapan kadar atau had hukuman yang boleh dikenakan kepada peminum arak.
Pokok pangkalnya hukumannya adalah 80 kali atau 40 kali sebatan, bukannya 5 kali sebatan atau denda atau penjara. Riwayat daripada Ibn Said al-Khudri dan Ali bahawa Nabi Muhammad menghukum orang yang minum arak sebanyak 40 sebatan.
Ketika zaman Saidina Abu Bakar pula, peminum arak disebat 40 sebatan. Juga pada zaman Saidina Umar, beliau meminta nasihat daripada sahabat, lalu Abdul Rahman bin Auf berkata: “Seringan-ringan hudud ialah 80 kali sebat.” Kemudian Umar menetapkan hukuman sebanyak 80 sebatan dan sahabat setuju dengan Umar yang mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak.
Diriwayatkan daripada Husain bin al-Munzir, ketika Saidina Ali ditugaskan oleh Saidina Uthman untuk menghukum sebat ke atas al-Walid bin Uqbah, beliau berkata: “Rasulullah SAW menghukum sebanyak 40 sebatan begitu juga Saidina Abu Bakar tetapi Saidina Umar menghukum sebanyak 80 sebatan, semuanya adalah sunnah yang ini aku lebih sukai.”
Bukannya denda 5 ribu mahupun penjara 7 hari. Hukuman ini satu kezaliman kepada Kartika. Memang dia mempunyai niat suci untuk bertaubat melalui hukuman sebat di khalayak ramai. Bahkan sanggup membuat laporan polis sejurus dihantar pulang oleh tiga pegawai JAIP setengah jam selepas mengambilnya dengan alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan pada masa itu.
Beliau buat laporan polis kerana bimbang kemungkinan polis akan menuduhnya melarikan diri daripada hukuman. Ini jelas menunjukkan beliau sanggup menerima hukuman sebat tersebut. Tetapi adakah ia berbaloi dan diredhai Allah.
Penulis mencadangkan jika beliau sanggup untuk disebat sebanyak 40 kali atau 80 kali di khalayak ramai, hakim mahkamah Syarie perlu laksanakannya. Itu hak peribadi mereka yang beragama islam. Tetapi penulis yakin akan muncul golongan yang menentang islam dengan menyatakan hokum itu zalim, tidak sesuai digunakan dalam konteks 1 Malaysia, salah dari sudut perundangan kerana salahi bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Nah..kita akan lihatlah wajah sebenar munculnya ‘Abu Jahal’ atau ‘Abu Lahab’ melayu islam ataupun bukan melayu yang menentang pelaksanaan hukum sebat 40 kali atau 80 kali ini di khalayak ramai. Tidak kira ia di bulan Ramadhan mahupun bulan tidak Ramadhan. Kerana doktrin liberalisasi sudah tersemat rapi dalam hati sanubari mereka.
Penulis melihat hikmah di sebalik kontroversi ini ialah ia akan membuka pekung di dada mahkamah Syariah selama ini yang hanya mempunyai kuasa hukuman 356. Iaitu bidangkuasa untuk menghukum tidak lebih daripada 3 tahun penjara, denda 5 ribu ringgit dan 6 kali sebatan.
Inilah hukuman sebenar di Mahkamah Syariah. Diulangi pengumuman, inilah nilai hukuman bagi kesalahan hudud di Mahkamah yang dikatakan ‘Islam’ itu.
Mungkin inilah petunjuk daripada illahi untuk menyedarkan umat islam di Malaysia bahawa selama ini mereka berkiblatkan Akta yang digubal oleh manusia pada tahun 1984 melalui Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984) , dan bukannya oleh Al-Quran dan As Sunnah. (Tentu masing-masing boleh berfikir siapakah agaknya ahli parlimen Parti mana yang paling ramai ketika itu).
Penulis ingin mencadangkan kepada Kartika agar meminta hukumannya ditambah kepada 40 kali atau 80 kali sebatan dan disebat di khalayak ramai. Ini bukan zalim tetapi satu keadilan untuk beliau dan para hakim yang jatuhkan hukuman itu.
Tak ke zalim kalau kita berhukumkan dengan hukuman manusia, sudahlah mengalami kesakitan tetapi dosa tidak diampunkan oleh Allah. Di Padang Mashyar kelak akan tetap dihukum dan kita tiada lagi proses rayuan ketika ini.
Jika ada pihak-pihak tertentu menghalang permintaan untuk disebat 40 kali atau 80 kali di khalayak ramai, buatlah satu semakan kehakiman (judicial review) di mahkamah perlembagaan berkaitan soal percanggahan undang-undang.
Rujuk kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang menggariskan kebebasan untuk mengamalkan agama. Kebebasan di sini termasuklah bebas untuk berhukumkan dengan hokum agama. Cabar Perlembagaan Negara yang menyatakan bahawa Agama islam sebagai agama rasmi (Perkara3 Perlembagaan kita).
Penulis pernah berdebat dengan seorang pensyarah tentang satu kes yang seakan-akan serupa dengan kes Kartika ini. Dalam kes Che Omar Che Soh v PP dalam tahun 1988, tertuduh pernah meminta agar pelaksanaan hokum hudud dijalankan ke atasnya atas dasar beliau beragama islam dan Perlembagaan menyatakan islam sebagai agama rasmi.
Tertuduh dalam kes ini adalah disabitkan atas kesalahan memiliki dadah melebihi 10 gram yang membawa hukuman mati mengikut Seksyen 302B Kanun Keseksaan. Tertuduh berhujah bahawa beliau berhak mendapat hokum hudud kerana dadah ini diqiaskan atau dianalogikan dengan arak.
Dan hukuman had bagi arak ialah 40 kali atau 80 kali sebatan di tempat terbuka. Malangnya setelah dirayu ke mahkamah paling tinggi iaitu Mahkamah Agung (sekarang dikenali Mahkamah Persekutuan), maka hakim menolak tuntutan tertuduh dan menjatuhkan hukuman mati kepada Che Omar ini.
Bahkan paling menghibakan, hakim mahkamah tersebut menyatakan bahawa tafsiran Perkara 3 berkaitan agama rasm I ialah islam yang digunakan dalam soal rasmi atau adat istiadat sahaja. Dalam soal penentuan tarikh ramadhan, soal munakahat, soal muamalat dan lalin-lain lagi yang bukannya melibatkan soal hukuman atau undang-undang. Jelas bahawa islam di Malaysia ini, hanyalah Islam plastik sahaja.
Jadi kepada Kartika, mintalah pelaksanaan hukum hudud. Cuba cabar di mahkamah tentang pelaksanaan tidak syarie 5 sebatan keatasnya dan juga hukuman lain seperti denda 5 ribu dan 7 hari penjara. Inilah mahkamah Syariah hari ini, memalukan islam dan menimbulkan fitnah kepada agama suci ini.
Kalau susah sangat, pergi minta hukuman di Mahkamah Syariah Terengganu. Sebab kerajaan negeri Terengganu pernah mewartakan enakmen hudud dio negeri itu pada tahun 2003 dan ia dipersetujui oleh Sultan. Dalam islam sendiri, soal tempat tidak menjadi masalah untuk menjatuhkan hukuman.
Bahkan Enakmen itu masih wujud hingga ke hari ini dan kerajaan baru Terengganu masih tidak memindanya, Cuma tiada penguatkuasaan kerana tiada keberanian yang jelas oleh pemerintah Terengganu yang baru ini.
Penulis berharap kes ini akan diselesaikan mengikut syarak dan kita akan mendengar bahawa Kartika akan dihukum sebatan 40 kali atau 80 kali di khalayak ramai. Bukannya suka mendengar orang disebat, tetapi gembira kerana hukum islam dipraktikan dalam Negara kita cintai ini.
Kepada orang bukan islam, janganlah takut kerana anda tidak akan kena sebata walaupun meminum bertong-tong arak sekalipun . hukum islam hanyalah untuk orang islam sahaja. Bukannya islam di negeri Arab, tetapi untuk islam di seluruh dunia.
Semoga hukum Islam terus bertapak kukuh dan kepada Kartika, andalah orangh yang akan memulakan di Negara ini dan pengorbanan anda akan diingati dari generasi ke generasi yang mahukan islam bertapak kukuh dalam masyarakat pada hari ini.
—————
*Penulis ialah Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) merangkap Timbalan Presiden Ikatan Studi Islam (ISIUKM). Mahasiswa undang-undang ini ada pelbagai perkongsian di Justice For All.
Read more...
Friday, August 14, 2009
Kenyataan Presiden MPPUTP: Tidak Bersetuju Dengan Pembatalan Study Week
Pihak Pengurusan UTP membuat keputusan mengejut dengan membatalkan minggu studi (study week) untuk digantikan dengan cuti ‘terpaksa’ disebabkan wabak H1N1 yang melanda negara. Keputusan yang diambil secara drastik dan tidak mengambil kira keadaan dan pendapat pelajar menjadikan pihak Majlis Perwakilan Pelajar UTP tidak bersetuju dengan pihak pengurusan. Kenyataan Presiden MPPUTP, Ahmad Farouqi bin Hassan adalah seperti di bawah (ihsan dr http://www.utpress.blogspot.com )
[MPPUTP] MPPUTP Disagrees With the Cancellation of Study Week
Posted by Exco II Promotion and Publication
STUDY WEEK
Regarding the decision made by Academic Meeting on 12th August 2009, about the cancellation of study week due to H1N1 holidays as what had been posted by Registrar in e- learning, MPPUTP had a meeting and have a collective agreement regarding this issue.
MPPUTP disagrees at all with the cancellation of study week for July 2009 academic session. Hence, MPPUTP will take further action to discuss this matter with the university’s management until all students get back their right, one week of study week in July 2009 academic session.
Any further updates will be posted in official websites of MPP and e-learning. Until then, MPPUTP hope all students can give full co-operation with this matter by not spreading bad assumptions or rumors. We will ensure that the university management will reconsider this decision for the benefit of all UTP’s students.
Yours Faithfully,
Ahmad Farouqi b Hassan
President,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUTP 08/09),
Universiti Teknologi PETRONAS.
P/S- Anda boleh menyuarakan pendapat anda di link blok UTPress di atas
Read more...
Sunday, August 9, 2009
Persiapan Ramadhan: Korek Hidung/Telinga Tidak Batal Puasa?

Persoalan 1: Mengorek Telinga/Hidung Tidak Membatalkan Puasa
Terdapatnya kepelbagaian pendapat dalam hal memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Antara yang berpendapat memasukkan sesuatu didalam rongga tidak membatalkan puasa adalah Syaikh Attiyah Saqr (mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar), Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Majlis Fatwa Eropah), Syaikh Mohammad Salih Al-Munajjid, Dr. Muzammil Siddiqi (Ketua Majlis Fiqh Amerika Utara) dan ramai lagi.
Dalam membahaskan mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa,Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata:
Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.
Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya. [Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108]
Sememangnya tiada dalil jelas dari al-Quran mahupun as-Sunnah yang melarang daripada mengorek hidung ataupun telinga. Bagi yang berpendapat ianya membatalkan mereka bersandar kepada dalil:
Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa. [Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…).]
antara hadith lain
...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)
Daripada sabda Rasulullah s.a.w “…menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.” Difahami sebagai dilarang menyedut air ke dalam hidung ketika sedang berpuasa. Jika dimasukkan air maka perbuatan tersebut membatalkan puasa. Pemahaman ini kemudian diluaskan kepada semua rongga tubuh berdasarkan qiyas (analogi).
Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.” [Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, ms. 117. Dinukil dari Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, Jahabersa]
PERKARA YANG JELAS MEMBATALKAN PUASA
Perkara yang sememangnya jelas membatalkan puasa adalah sepeti dalam firman Allah:
Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).[al-Baqarah 2:187]
Dan kalau dilihat jelas bahawa mengorek telinga atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tidak termasuk dalam perkara-perkara yang ditegah ketika berpuasa. Adapun persetubuhan sekalipun bukanlah perbuatan makan atau minum tetapi larangannya disebut secara jelas di dalam ayat di atas. Juga di dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku. [Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no: 1897 dan dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami.]
Hadis di atas juga menjadi dalil mengapa merokok, penyalahgunaan dadah dan segala yang sewaktu dengannya yang secara psikologi memberikan kepuasan atau kenikmatan yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga bagi nafsu, membatalkan puasa. Sekalipun ianya tidak mengenyangkan, menghilangkan dahaga atau perbuatan bersetubuh.
Kesimpulan Pandangan 1
Sebagai kesimpulan mengenai isu mengorek telinga ketika berpuasa saya ingin menukilkan fatwa Syaikh Attiyah Saqr:
Puasa tidak terbatal dengan meletakkan jari ke dalam telinga atau kerana membersihkannya dengan cotton pad atau dengan larutan. Memandangkan tiada yang dapat meresap melalui gegendang telinga dan sampai kepada kepala, yang mana ianya juga bukan organ menerima makanan yang menyuburkan tubuh badan. [rujuk: http://www.islamonline.net ]
Di atas hujah-hujah yang sama ulama’-ulama’ mutakhir menyatakan perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan (sekiranya ia tidak sampai ke perut) tidak membatalkan puasa.
Persoalan 2: Berendam Dalam Kolam Sewaktu Berpuasa
Saya percaya apa yang dimaksudkan frasa di atas adalah membasahkan diri atau mandi terutamanya berulang kali kerana tidak tahan panas atau mengelakkan kelesuan ketika berpuasa. Perbuatan membasahkan diri kerana tidak tahan panas atau kerana kelesuan adalah dibolehkan berdasarkan sebuah hadis, Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman radhiallahu 'anh berkata:
Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya sedangkan pada waktu itu baginda berpuasa. Yang demikian itu kerana kehausan atau kepanasan. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – hadis no: 2365 (Kitab puasa, Bab orang berpuasa yang disiram ke atasnya air…).]
Berkata al-Imam Syams al-Haq al-‘Azhim rahimahullah:
Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa dibolehkan bagi orang yang berpuasa yang merasai kepanasan untuk menyiram air ke atas sebahagian badannya atau keseluruhan badannya. Ini merupakan pendapat jumhur dan mereka tidak membezakan antara mandi kerana suasana genting, sekadar perlu atau tanpa apa-apa alasan sekalipun. [Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud, jld. 6, ms. 395.]
Dalam membahaskan bab mandi bagi orang yang berpuasa di dalam Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan bahawa Ibn al-Manayyar berkata:
Imam Bukhari bermaksud membantah mereka yang memakruhkan orang yang berpuasa untuk mandi. Kerana apabila pendapat itu berdasarkan kekhuatiran air akan masuk ke tenggorok, maka tertolak dengan keterangan yang membolehkan berkumur-kumur dan menggosok gigi serta mencicipi makanan. Apabila tidak disukai dengan alasan kemewahan, maka sesugguhnya kaum salaf menyukai orang yang berpuasa untuk tampil terawat, indah, memakai celak atau yang sepertinya. Atas dasar itulah ia (Imam al-Bukhari-pen) menukil atsar-atsar tersebut pada bab ini (babmandi bagi orang yang berpuasa-pen). [Fath al-Bari, Bab Mandi orang Yang Berpuasa, ms. 171]
BERENDAM DI DALAM BATH TUB, KOLAM, TAKUNGAN AIR?
Perbuatan merendamkan diri ketika berpuasa kerana kepanasan bukanlah perbuatan pelik tetapi pernah dilakukan oleh sahabat Nabi sendiri. Anas bin Malik berkata:
Sesungguhnya aku memiliki penampungan air yang aku masuk ke dalamnya dan aku sedang berpuasa.[ Fath al-Bari, Bab Mandi Orang Yang Berpuasa, ms. 167]
Ibn Hajar al-Asqalani dalam menjelaskan mengenai atsar itu berkata:
Seakan-akan penampungan tersebut dipenuhi air, sehingga apabila udara panas, maka dia masuk ke dalamnya untuk mendinginkan badan. [Fath al-Bari, Bab Mandi Orang Yang Berpuasa, ms. 172]
Perkara Yang Disangka Membatalkan Puasa, Namun Hakikatnya Tidaklah Begitu
Masih dalam keadaan junub ketika masuknya subuh:
Dari ‘aisyah & Ummu Salamah:
“Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima’ dengan isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1825, Muslim, no. 1109)
Bersiwak/gosok gigi:
Nabi s.a.w. bersabda:
“Sekiranya tidak memberatkan ummatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali ingin bersolat.” (Hadis Riwayat Bukhari, 887) Manakala ada dari riwayat yang lain mengatakan, “... Setiap kali hendak berwudhu’” (Hadis Riwayat Bukhari, 2/682)
Hadis ini bersifat umum. Termasuklah ketika berpuasa. Oleh itu, diperbolehkan bersiwak/memberus gigi bagi sesiapa yang ingin solat atau berwudhu’ samaada berpuasa atau tidak. Pendapat inilah yang dipilih oleh imam Bukhari di dalam sahihnya (2/682, dan Fathul Bari, 4/158) serta Ibnu Khuzaimah di dalam Shahihnya (3/247), al-Baghawi di dalam Syarh Sunnah (3/298), dan jumhur ahli ilmu yang lain.
Memasukkan air ke dalam hidung & Berkumur-kumur
...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)
Ini membawa maksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan - hanya cuma, janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.
Bermesra Dan mencium Isteri:
Dari ‘Aisyah:
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mencium isterinya dalam keadaan berpuasa, dan bermesra dengan isterinya dalam keadaan berpuasa, akan tetapi Baginda adalah orang yang paling mampu menahan diri.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1927, Muslim, no. 1106)
Ada yang berpendapat, perbuatan ini dimakruhkan bagi pemuda berdasarkan hadis ini:
Dari abdullah bin ‘Amr:
“Kami pernah berada di sisi Nabi s.a.w., datanglah seorang pemuda, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Bolehkah aku mencium dalam keadaan berpuasa? Nabi menjawab: Tidak. Kemudian, datanglah seorang tua, lalu berkata: Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa? Nabi menjawab: Ya. Berkata (Abdullah): Kami melihat sesama sendiri (kehairanan), Maka Nabi bersabda: Sesungguhnya orang tua itu lebih mampu menahan dirinya.” (Lihat silsilah as-shahihah: 1606)
Merasa Makanan:
Dari Ibnu Abbas:
“Tidak mengapa merasa cuka, atau apa-apa makanan selagimana tidak sampai ke krongkongan dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dengan tanpa sanad, dan Ibnu Hajar menyambungnya di dalam Fathul Bari, 3/154)
Mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan:
Hal ini tidak termasuk dalam perkara yang tidak membatalkan puasa. Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin, seperti yang telah ditetapkan Majma’ Fiqhul Islami. (Rujuk: Majallah Majma’, 2/464)
Berbekam:
Daripada Ibnu abbas:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah berbekam dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1939)
Memakai Celak, Menitiskan Ubat Mata ke Bahagian Mata:
1 - Imam Bukhari mengatakan: “Anas bin Malik, Hasan al-Basri, dan Ibrahim an-Nakha’i memandang tidak mengapa bercelak bagi orang yang berpuasa” (Fathul Bari, 4/153)
2 - Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin (Seperti Syeikh Abdul Aziz bin Bazz, al-Uthaimeen, Dr. Wahbah Zuhaily, dan lain-lain...), bahawa menitiskan air atau ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa (Rujuk: Majallah Majma’, 2/378, 381, 385, 392) Juga ada perbahasannya di website berikut: http://www.saaid.net
Mencurahkan Air Ke Atas Kepala/Mandi:
Dari Abu Bakr, katanya, telah berkata orang yang meriwayatkan kepada aku:
“Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. mencucurkan ke atas kepalanya air dalam keadaan Baginda bepuasa, kerana dahaga atau kepanasan. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2365, Disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Sunan Abu Daud)
Manakala di dalam Shahih beliau mendatangkan satu tajuk “Bab Mandinya Orang Yang Bepuasa”, dan beliau mendatangkan hadis Ibnu Umar:
“Ibnu Umar telah membasahi bajunya (kerana kehausan) kemudia beliau memakainya dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari: 3/154)
P/s- Sekadar berkongsi dari artikel yang dapat dari blog sahabat-sahabat. Salah silap harap dibetulkan. Selamat Menyambut Ramadhan!
insan hina
Read more...
Thursday, June 18, 2009
Isu SPM Dihadkan Kepada 10 Subjek: Kerajaan Sekular yang Mengsekularisasikan Pendidikan
Kenyataan Muhyiddin Yassin: Kenapa perlu dihadkan SPM kepada 10 subjek menjelang SPM 2010 (kepada aliran sains agama dibenarkan 11 subjek hingga 2010 sahaja, pada SPM 2011 ke atas hanya 10 subjek kepada semua)
1. Untuk meningkatkan sistem pemarkahan dalam peperiksaan sebagai refleksi pencapaian akademik pelajar-pelajar.
2. Untuk menyelaraskan para pelajar sekaligus memudahkan pemberian biasiswa.
3. Untuk meringankan beban guru kerana apabila pelajar dihadkan matapelajaran dalam SPM, guru-guru tidak dibebankan dengan mengajar matapelajaran lain.
4. Ibubapa tidak perlu bersusah payah untuk menghantar anak mereka ke banyak kelas tuisyen.
5. Supaya pelajar ada masa yang lebih untuk extracurricular activities dan mengasah potensi dan kreativiti selari dengan National Education Blueprint.
Muqadimmah
"Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan Jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati (tetapi) tidak mengerti dengannya, dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengannya, dan bgai mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Al-‘Alaq: 179)
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
Ayat Al-Quran dan Hadith di atas merupakan muqadimmah kepada post ini yang menunjukkan bahawa menuntut ilmu adalah wajib dan dituntut dalam Islam. Umum perlu tahu bahawa Islam adalah agama yang menghargai ilmu sehingga ke tahap wajib diletakkan umatnya untuk mencari ilmu.
Islam sangat menggalakkan umatnya menuntut dan mencari ilmu sebanyak mungkin.
“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina”-Al-Hadith
Sejarah telah menunjukkan bahawa kegemilangan Islam yang didokongi oleh ilmuwan-ilmuwan seperti Ibn Sina, Ibn Nafis, Al-Khawarizmi, Al-Farabi dan banyak lagi.
Ilmuwan-ilmuwan ini bukan hanya mahir dalam satu bidang sahaja tetapi pelbagai bidang setiap seorang daripada mereka. Sebagai contoh ialah Ibnu Sina. Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan, malahan beliau adalah mahir dalam bidang kosmologi, kimia, geografi, kejuruteraan, sajak dan pelbagai lagi.
Pendapat
1. Jika kita mengimpikan masyarakat yang berdaya saing, mampu berfikir dan memacu negara ke arah yang lebih jauh, KITA PERLU MEMIKIRKAN BAGAIMANA UNTUK MENDIDIK MASYARAKAT UNTUK MENCINTAI ILMU bukan menghalang mereka dari mencintai ilmu. Rata-rata mereka yang mengambil lebih subjek adalah mereka yang cemerlang dan mampu dan yakin untuk menghadapi peperiksaan SPM yang diambil. Justeru tiada masalah yang perlu timbul jika hendak mengambil lebihan subjek.
2. Guru bertindak sebagai guider kepada pelajar bukan batu penghalang untuk melihat anak-anak didikan mereka berjaya. Sepanjang pengetahuan saya, tiada guru yang mengajar 2 subjek yang jauh berbeza, jika adapun mungkin subjek yang hanya sedikit berbeza. Sebagai mengambil contoh kemungkinan ada guru yang mengajar Matematik Moden dan Matematik Tambahan. Namun ianya dilihat sebagai minor kerana sehingga sekarang tiada aduan yang diwar-warkan mengenai hal ini kepada umum. Ini mungkin hanya spekulasi yang ditimbulkan untuk menyokong kenyataan Muhyiddin Yassin.
3. Ibubapa tidak perlu bersusah payah untuk menghantar anak-anak ke banyak pusat tuisyen? Alasan yang sangat tidak munasabah. Agaknya mana mudarat yang lebih besar apabila anak-anak sibuk mencari ilmu dari sibuk melepak tidak tentu hala dengan kawan mereka. Mungkin isu disini adalah dari segi kewangan. Namun, jika keluarga itu mampu apa salahnya. Selain dari itu, tuisyen bukan merupakan satu-satunya punca kecemerlangan pelajar. Madihah dapat 20A pun tidak pergi ke tuisyen.
4. Pemberian Biasiswa adalah kepada pelajar cemerlang. Tidak timbul sebarang permasalahan jika pelajar itu mengambil lebih subjek.
5. Jika mahu membiarkan pelajar mempunyai lebihan masa untuk aktiviti-aktiviti extracurricular adalah baik. Ini adalah penting untuk melahirkan masyarakat yang bagus dari sudut kepimpinan, komunikasi dan pemikirannya. Namun, tidak perlu sehingga mengehadkan SPM kepada 10 subjek. Lebih baik diberi penekanan dari sudut pengurusan masa dan diri dari mereka dimanjakan dengan ruang-ruang yang tidak sepatutnya diberikan. Penekanan ini yang akan menjadikan mereka berdaya saing.
Kes I: Pelajar Kurang Aktif dan dengan mengehadkan 10 subjek SPM diharapkan supaya dia aktif.
Ini tidak mungkin berlaku selagi tiada kewajipan dalam pelaksanaan. Kerana pelajar seperti ini
6. “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” –Falsafah Pendidikan Negara
Saya melihat kontra pedapat Muhyiddin Yassin ini dengan falsafah negara yang Malaysia pegang. Sepatutnya memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh adalah dengan meningkatkan potensi pelajar bukan membantutkan potensi pelajar. Bagaimana hendak melahirkan masyarakat yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan dengan mengehadkan kebijaksanaan pelajar.
7. Jika perkara ini diluluskan, mindset pelajar yang belajar untuk mendapatkan pekerjaan semata-mata akan meranapkan masa depan negara dalam jangka masa panjang. Malaysia akan menjadi negara yang bukan melahirkan insane tetapi adalah mesin.
8. Jika Najib nak mencipta nama dengan OneMalaysia, ianya adalah idea yang menarik tetapi pelaksanaannya masih diragukan. Muhyiddin pula dengan idea yang pada awal-awalnya ditolak kerana terlalu mengarut apatah lagi pelaksanaannya nanti.
9. Tidak perlu untuk menutup kejayaan yang cemerlang pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Kelantan seperti Nik Nur Madihah dan Siti Fatimah Mukhtar dengan menjadikan had maksimum subjek SPM kepada 10 mata pelajaran.
Kesimpulan
1. Harap tiada lagi idea yang lebih ‘hebat’ dari idea ini dalam Kerajaan Najib agar Barisan Nasional tidak undur lebih awal dari jangkaan.
2. Manusia adalah manusia, bukan robot. Tidak dapat dirancang dengan logik semata-mata, perlu berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah dan sumber- sumber lain yang Islam diiktiraf.
3. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu. Janganlah mengsekularkan pendidikan setelah pelbagai benda lain disekularkan.
“Jika manusia itu merasa hebat(besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah.Jika manusia merasa kuat makan,sebenarnya besar lagi perut lembu.Jika manusia merasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang buas (seperti singa atau harimau).Jika manusia merasa bangga dengan tahan lasaknya ,sebenarnya tahan lasak lagi unta.Jika manusia merasa bangga dengan kecantikkanya ,sebenarnya cantik lagi buruk merak……Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya”Imam Ghazali
Read more...
Tuesday, June 9, 2009
Retorik Perjuangan MAHASISWA: Salah Siapa?
Artikel ini adalah berdasarkan penghayatan penulis terhadap senario yang acapkali dihadapi oleh mahasiswa.
Kita sering dengan perkataan seperti kebangkitan, revolusi, rebranding dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang mengambarkan tentang suatu perubahan yang perlu dilakukan ke arah pembaikan.
Bilamana perkataan ini dikaitkan dengan perjuangan mahasiswa di kampus ianya menjadi seakan perkataan yang retorik. Tidak kira di peringkat tertinggi kepimpinan mahasiswa hingga ke peringkat bawahan.
Mengapa?
Persoalan yang perlu dijawab oleh anda sendiri. Kita sering membangkitkan di dalam mesyuarat, usrah, perbualan-perbualan mahupun presentation bahawa adalah menjadi suatu yang sangat penting untuk kita mengetahui isu-isu semasa. Isu semasa dikatakan perkara asas untuk kita tahu supaya kita tidak tenggelam dengan arus perdana yang membawa dakyah.
Namun sebanyak mana yang bertanya itu tahu tentang isu semasa yang berlaku di sekitar kampus. Untuk kita mengetahui isu semasa yang berlaku di luar universiti adalah satu perkara yang sangat baik namun terdapat segelintir mahasiswa yang terus melupakan perjuangan dakwah mereka di kampus.
Seolah-olah mereka meletakkan diri mereka jauh lebih penting untuk berperang di lingkungan perang yang luar dari kuasa mereka dan akhirnya menjadikan perjuangan di kampus adalah bersifat estetika. Kemudian di sekitar mereka menjadi lebih teruk. Jangan lupa bahawa jika masyarakat di sekeliling teruk akhlaknya, maka ia akan menjadi penyumbang yang lebih besar apabila sudah bergraduasi nanti dan menjadi penerus kepada perosak di dalam komuniti.
Badan-badan kepimpinan Mahasiswa yang menjadi wadah untuk menegakkan yang Haq di kampus berusaha memperjuangkan perubahan di kalangan mahasiswa tanpa mendapat overall support dari rakan sekeliling.
Inilah yang menjadikan perjuangan mahasiswa sekadar tinggal semangat dan hilang punca. Kesedaran tidak dapat disamaratakan dengan generasi sezaman.
Check and balance dan details investigation diperlukan supaya sumbu yang dipasang tepat arahnya.
Sekadar menunggu Gurun Sahara menjadi padang rumput tidak akan bisa terjadi tanpa sunnah alam yang memerlukan usaha ke arahnya melainkan dengan kuasaNya.
Read more...
Revolusikan Melayu (I)
Melayu adalah kaum yang terawal menjejakkan kaki ke bumi Tanah Melayu. Menjadi penduduk asal Malaysia di samping menerima kedatangan pendatang-pendatang asing bangsa Cina dan India suatu ketika dahulu menjadikan mereka terasa gah. Mendapat keistimewaan dan hak yang terjaga dalam perlembagaan Malaysia menjadikan mereka semakin layu dan gagal bersaing di pentas dunia. Tidak dinafikan ada di antara Melayu yang mampu membawa nama Malaysia ke serata dunia dengan pencapaian yang membanggakan, namun jika dinisbahkan jumlah yang berjaya mengharumkan negara dan mereka yang berjaya menduduki kandang-kandang besi sungguh besar jurangnya.
Dari satu bangsa yang gagah di Zaman Kesultanan Melayu Melaka menjadi satu bangsa yang kehilangan jati diri di era ini.
Di manakah silapnya? Persoalan ini mungkin mempunyai pelbagai jawapan mengikut tafsiran masing-masing.
Jawapannya mungkin salah melayu sendiri.
1. Rancangan Televisyen
Dalam era teknologi kini, setiap rumah sudah pasti mempunyai televisyen sendiri di rumah. Televisyen merupakan suatu alat hiburan yang boleh jadi member manfaat dan dalam masa yang sama boleh memberi mudharat yang besar kepada pengguna. Di sini ingin saya mengutarakan beberapa rancangan televisyen yang merosakkan orang Melayu sendiri antaranya ialah rancangan seram Keliwon dan Tom Tom Bak di Astro.
-Rancangan-rancangan seram seperti Keliwon dari TV3 menceritakan tentang realiti yang dilakukan oleh kebanyakkan masyarakat Melayu yang masih berpegang pada kepercayaan khurafat dan mensyirikkan Allah. Rancangan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa orang melayu itu lemah dan masih berada dalam keadaan jahiliah yang sekaligus memberi persepsi negative kepada orang melayu sendiri. Penerangan yang tidak jelas dalam aspeks agama Islam mengenai perbuatan khurafat yang dilakukan dalam rancangan tersebut pasti sahaja boleh menyesatkan mereka yang menonton dan menjadikan aqidah yang mereka pegang terpesong.
Rancangan Tom Tom Bak di Astro merupakan suatu rancangan kanak-kanak yang popular pada hari ini. Rancangan yang berunsur ceria ini pasti mendapat tempat dikalangan masyarakat khususnya Melayu. Kebanyakkan peserta dan penonton yang hadir di studio rakaman terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu. Rancangan ini terdiri daripada
3 segmen iaitu
• Anmum Essential Jom Borak - adik-adik berkongsi pendapat
• Ada Bakat Ke? - Saksilah persembahan hebat
• Anmum Essential EJA! - Mari mengeja bersama-sama!
Walaupun mempunyai slot yang mengajar dan mengajak kanak-kanak mengeja, ia tidak mampu menutup mudharat yang dibawa daripada slot-slot yang lain di mana kanak-kanak disuruh menari menunjukkan bakat mereka dengan berpakaian yang kurang sopan dan slot bertukar pendapat yang matlamatnya bukan menguji IQ kanak-kanak tetapi menjadi bahan gelak kepada penonton. Pendedahan awal kanak-kanak terutamanya Melayu kepada perkara sedemikian sudah pasti membantutkan usaha melahirkan generasi yang berdaya saing untuk mewarisi kepimpinan negara nanti.
Mereka adalah kanak-kanak yang tidak arif tentang dunia dan sudah menjadi tanggungjawab untuk kita sebagai orang dewasa menjadi guider mereka yang baik.
Selain menyediakan Rancangan Televisyen yang bermatlamatkan untuk mendapat rating yang tinggi dikalangan penonton, pemilik-pemilik syarikat saluran televisyen dan Kementerian Penerangan perlu memainkan peranan dengan melihat kesan jangka masa panjang sesuatu rancangan sebelum di keudarakan.
Rancangan ilmiah seperti kanak-kanak Kilat, Bicara Siswa, Mari Mengaji perlu pertingkatkan untuk menjadikan Malaysia mampu melahirkan masyarakat yang berdaya saing khususnya Melayu.
Read more...
