Thursday, August 14, 2008

PTPTN TURUN KEPADA 1%. PERLUKAH MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KERAJAAN?

ISU PTPTN : TAHNIAH KEPADA KERAJAAN?

Kadar caj perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan 1 peratus melihatkan bahawa kerajaan semakin “bijak” dalam merencana keputusan. 1.04 juta peminjam diploma dan ijazah sarjana muda dan 2,473 lagi peminjam dari ijazah sarjana dan kedoktoran pasti menyambut “baik” usaha kerajaan ke arah memajukan pendidikan negara.

Jika sebelum ini kadar yang dikenakan PTPTN ialah 4 peratus pada 1997 sebelum ia turunkan kepada 3 peratus dan kini 1 peratus pastinya mengaburi mata pelajar yang merasakan diri mereka sudah terbela. Kerajaan mungkin berasa dengan penurunan ini mahasiswa akan berpuas hati dan terus menyokong kerajaan. Namun mahasiswa semakin intelek dalam membuat keputusan dan melalui anjakan paradigma yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pejuang memberi impak baru terhadap pemikiran mereka.

Pada dasarnya kerajaan perlu melihat bahawa pinjaman kepada pendidikan sebenarnya adalah tidak relevan untuk dikenakan caj perkhidmatan kerana faedah jangka masa panjang yang akan kembali semula kepada negara dalam bentuk tenaga kerja yang kompeten. Siapakah yang akan menjadi pewaris pimpinan negara? Siapakah yang akan memastikan ekonomi dan politik negara sentiasa stabil? Siapakah yang akan merealisasikan visi 2020? Siapakah yang akan membela nasib Malaysia di mata dunia?
Tidak lain dan tidak bukan mereka-mereka itu pastinya seorang pelajar pada waktu ini. Jika pinjaman ini diberi secara qardhul Hassan iaitu pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa caj pasti dilihat sebagai satu usaha yang menunjukkan kerajaan benar-benar prihatin kepada mahasiswa.

Di dalam buku Preaching Way: between Leaders and Followers karangan Mustafa Masyur menyatakan beberapa peringatan untuk pimpinan dan satu yang saya mahu ungkapkan di sini ialah

“Pimpinan hendaklah bersungguh-sungguh untuk mengangkat tingkat keupayaan mereka yang berada dalam kedudukan barisan “pelapis”, serta melatih mereka dalam bidang tanggungjawab mereka, dengan mengambil faedah dari setiap benda baru yang berguna..”

Walaubagaimanapun, keputusan menurunkan kadar caj perkhidmatan yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri minggu lalu dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengesahkan ia tidak bertentangan dengan syariah juga masih diragui. Jika merujuk kepada laporan di dada akhbar-akhbar utama contohnya UTUSAN http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0814&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive ; MFK memberitahu bahawa caj perkhidmatan selama ini yang dikenakan adalah tiada unsur riba’ :

“Bagaimanapun, pada 28 Julai lalu, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan caj perkhidmatan itu tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar caj tiga peratus sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar.”

Jika kita merujuk kepada blog Mufti Perlis Ustaz Asri http://drmaza.com/home/?p=338 menyatakan:
“Apa yang saya difahamkan, bahawa yang dianggap oleh Jawatankuasa Fatwa sebagai tidak bertentangan dengan syarak adalah kaedah caj baru yang bakal diubah, bukan yang ada sekarang.”

Jika begitu ini adalah bercanggah dengan laporan yang dibuat oleh media massa. Di manakah kebenarannya? Atau masih ada pihak yang mahu mengambil kesempatan dari belakang terhadap isu lapuk ini?

Ustaz Zaharuddin mengulas tentang kepincangan yang berlaku ini dalam laman web nya http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=741&Itemid=72 :
“Saya merasakan, jika benarlah wartawan mencatat kenyataan itu dengan tepat, maka apa yang dicatatkan adalah mengelirukan jika dibuat perbandingan dengan kenyataan Mufti Perlis. Selain itu, jika ia kenyataan yang benar, saya kira ia telah membuka aib dan menunjukkan ketidakfahaman mereka yang diberi amanah fatwa tentang isu caj dalam kewangan moden, selain agak ketinggalan dalam menyemak ijtihad dan kajian-kajian terkini Shariah oleh ulama Shariah dan kewangan berwibawa tinggi di seluruh dunia. Wallahu'alam.

Sewajarnya setiap isu kewangan dan Shariah, perlu dibincang bersama dengan Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Mereka lebih berautoriti, berpengalaman dan berwibawa dalam hal Shariah dan kewangan.
Perlu saya dedahkan di sini, pengalaman saya dan rakan-rakan penasihat Shariah di seluruh dunia. Terdapat antara penasihat Shariah ini yang kerap berhadapan dengan 'permainan', 'helah' dan ayat-ayat mengelirukan dari pihak pengurusan bank, institusi kewangan dan komersial apabila diminta mengesahkan sesuatu produk atau masalah.

Tidak dapat dinafikan sememangnya ada pihak pengurusan yang sengaja berbuat demikian sehingga menyorokkan sebahagian informasi semata-mata untuk mendapat kata 'halal' atau harus' dari pihak Majlis Shariah mereka. “

Pada pendapat saya segala permasalahan yang diutarakan dan kepincangan yang berlaku boleh dielakkan dengan pemansuhan terus caj PTPTN ini. Lebih banyak lagi sumber kewangan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan. Kenapa mesti mahasiswa yang menjadi mangsa keadaan? Fikir-fikirkan...Jika anda bukan salah seorang daripada mereka, mungkin perkara yang sama akan berlaku kepada ahli keluarga atau rakan baik anda.

No comments: