Judul: Fiqh Keutamaan (Keutamaan Tugas-tugas Kaum Muslimin); Satu Kajian Baru Dari Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah
Judul asal: Fiqh Al-Awlawiyyat
Penulis: Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi
DEFINISI
Fiqh al-Awlawiyyat adalah meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia.
ASAS FIQH KEUTAMAAN
1. Perbandingan antara al-Masalih (kemaslahatan) atau al-Manafi’ (kemanfaatan), ataupun perbandingan antara semua kebaikan.
2. Perbandingan antara al-Mafasid (kemafsadatan) atau al-Madar (kemudaratan), ataupun perbandingan antara semua kemudaratan.
3. Perbandingan antara al-Masalih (kemaslahatan) dan al-Mafasid (kemafsadatan), ataupun perbandingan antara kebaikan dan kemudaratan.
PERBANDINGAN ANTARA AL-MASALIH
Tiga peringkat al-Masalih
1. Al-Daruriyyat (perkara yang darurat)- perkara mutlak yang diperlukan untuk kehidupan manusia.
a. Memelihara agama.
b. Memelihara jiwa.
c. Memelihara keturunan.
d. Memelihara akal.
e. Memelihara harta benda.
f. Memelihara nama baik.
2. Al-Hajiyyat (perkara yang diperlukan)- perkara yang apabila ia tidak ada maka kehidupan manusia akan menjadi sangat susah.
3. Al-Tahsiniyyat (perkara yang menjadi pelengkap)- hiasan tambahan dalam kehidupan.
Perbandingan antara pelbagai al-Masalih
1. Utamakan kemaslahatan yang telah diyakini berlaku ke atas kemaslahatan yang belum diyakini berlaku.
2. Utamakan kemaslahatan yang besar ke atas kemaslahatan yang lebih kecil.
3. Utamakan kemaslahatan jamaah ke atas kemaslahatan individu.
4. Utamakan kemaslahatan golongan yang lebih banyak ke atas kemaslahatan golongan yang lebih sedikit.
5. Utamakan kemaslahatan yang kekal abadi ke atas kemaslahatan yang bersifat sementara dan terhad.
6. Utamakan kemaslahatan asasi dan mendasar ke atas kemaslahatan sampingan dan pinggiran.
7. Utamakan kemaslahatan masa depan yang kuat ke atas kemaslahatan sekarang yang lemah.
PERBANDINGAN ANTARA AL-MAFASID
Berbeza-beza dan berperingkat-peringkat
Perbandingan antara pelbagai al-Mafasid
1. Dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan (kerosakan/kerugian), dan dilarang membalas balik kemudaratan/kerugian kepada orang lain.
2. Kemudaratan mesti dihalangi terjadi, sekadar kemampuan.
3. Kemudaratan tidak boleh dihalangi dengan melakukan kemudaratan yang seumpama atau yang lebih besar daripadanya.
4. Apabila ada dua kemudaratan, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil dan lebih kurang akibatnya.
5. Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil.
6. Untuk menghalangi kemudaratan yang akan menimpa orang ramai, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang akan menimpa individu.
PERBANDINGAN ANTARA AL-MASALIH DAN AL-MAFASID
Pengharaman khamar dan judi [2:219]
Perbandingan antara al-Masalih dan al-Mafasid
1. Mencegah kerosakan mesti diutamakan daripada memetik kebaikan.
2. Melakukan kerosakan yang kecil dibolehkan demi mendapatkan kebaikan yang besar.
3. Melakukan kerosakan yang bersifat sementara dibolehkan demi mendapatkan kebaikan yang bersifat abadi.
4. Kebaikan yang diyakini kewujudan tidak boleh ditinggalkan kerana kerosakan yang masih berupa angan-angan.
KEUTAMAAN KUALITI KE ATAS KUANTITI
Kisah Talut vs Jalut [2:149]
Awal dakwah [8:26]
Perang Badar [3:123]
Perang Hunain [9: 25-26]
Mukmin sejati [8:65]
Mukmin lemah [8:66]
KEUTAMAAN ILMU KE ATAS AMAL
Ayat yang pertama diturunkan [96:1-5]- ilmu. Selepas itu, [74:1-4]- amal; diturunkan.
Rujuk [47:19]- Pertamanya, Allah perintah Nabi Muhammad saw fahami ilmu tauhid, kemudian
beristighfar (amal).
Hadis- “Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka akan diberikan ilmu (kefahaman) mengenai agama-Nya. Kerana seseorang yang berilmu dan memahami ajaran Islam, ia akan mengamalkannya dengan benar dan baik.”
(Lihat Ibnu Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari Sharah Sahih al-Bukhari)
KEUTAMAAN KEFAHAMAN KE ATAS SEMATA-MATA HAFALAN
Rujuk [9:122], [8:65], [59:13]
KEUTAMAAN AL-MAQASID KE ATAS AL-ZAWAHIR
Al-Maqasid ialah tujuan dan intipati sebenar daripada sesebuah ayat yang datang daripada Allah SWT, atau pengertian secara kontekstual.
Al-Zawahir ialah pengertian dan kefahaman sesebuah ayat mengikut pengertian yang zahir tanpa melihat kepada intipati dan tujuan yang tersembunyi di balik itu, atau pengertian secara tekstual.
KEUTAMAAN IJTIHAD KE ATAS TAQLID
Ilmu yang sebenar ialah ilmu yang berdiri sendiri dan merdeka, seiring dengan hujah dan dalil, dan berpegang teguh dengan hak dan kebenaran.
Taqlid ialah mengikut-ikut dan mengulang-ulang perkara yang telah sedia ada.
Imam al-Syafi’i ra- ada dua pendapat, iaitu qaul qadim (pendapat lama-sebelum tinggal di Mesir) dan qaul jadid (pendapat baru-setelah tinggal di Mesir). Di Mesir, terdapat banyak perkara baru yang tidak dijumpainya semasa di tempat lain.
No comments:
Post a Comment