Thursday, August 7, 2008

ISU : PEMBUANGAN BAYI



JANGAN SALAH KAN IBU YANG MENGANDUNG. SALAHKAN DIRI SENDIRI YANG TIDAK MENOLONG!


Saban hari, negara kita digembar gemburkan dengan pelbagai analisa, berita, ulasan dan pendapat di dada akhbar mengenai satu situasi yang berlaku di sekita UTP baru-baru ini. Fitna atau kontroversi murahan di muatkan di media massa hanya untuk meraih publisiti melariskan jualan. Tidak cukup dengan itu, ada pihak yang dituduh untuk dipertanggungjawabkan dalam isu ini.

Sudah pastinya ini adalah isu pembuangan bayi. Memetik dari sebuah akhbar nasional (bukan Barisan Nasional) mengatakan bahawa berkemungkinan bayi itu adalah lahir daripada perbuatan orang tempatan dengan pelajar luar negara di UTP ini. Dari manakah datangnya bayi itu? Hasil siapakah bayi itu lahir ke dunia ini tanpa rasa bersalah? Yang pasti isu ini hangat sekali diperbualkan bukan sahaja dikalangan pelajar UTP malah juga tersebar luas dikalangan pensyarah dan staf di UTP.

Namun, perlu diingat bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi untuk menyebarkan kebenaran dan menewaskan kebatilan.


Masyarakat di Malaysia cukup sensitive dengan isu-isu seumpama ini dan pasti akan menyalahkan ibu yang mengandungkan anak itu sebagai punca utama atau root cause dalam hal ini. Mula lah ke sana ke mari menyebarkan berita dari mulut ke mulut. Perlu diingat bahawa mungkin sahaja kejadian ini dikurniakan kepada kita di UTP ini sebagai balasan maksiat yang kita buat selama kita berada di UTP.

Saya tidak menolak kenyataan bahawa sesetengah pihak menyalahkan bahawa hubungan social di kalangan pelajar UTP semakin lama semakin teruk. Bukan kita tidak tahu bahawa banyak kes-kes terpencil yang disembunyikan bertujuan untuk menjaga nama baik sendiri. Kes zina, perempuan masuk ke bilik lelaki dan berdua-duaan di waktu malam di padang menjadi satu kebiasaan.

Mengikut satu bancian di kalangan student UTP sendiri di k5, seramai 40 orang daripada 200 mengaku telah mengadakan hubungan seks sebelum kahwin.
Di manakah silapnya semua ini? Adakah kita perlu menuding jari semata-mata ke arah si ibu yang mengandungkan anak yang tidak bersalah? Atau pihak pengurusan yang melaksanakan tanggungjawab menggubal undang-undang? Atau pun diri kita yang tidak mengambil cakna dengan rakan-rakan kita lalu proses amar makruf nahi mungkar tergendala? Di sini adalah beberapa teori yang saya rasa mungkin menjadi cause kepada masalah gejala social di UTP:


1) Peraturan UTP yang terlalu longgar
Bagi pelajar IPTS, pelajar dianggap sebagai client dan peraturan yang dibuat adalah berpandukan hubungan antara peniaga dan pelanggan. Pelajar UTP yang bebas bergerak ke luar UTP antara lelaki dan perempuan mungkin menjadi punca.

2) SECURITY yang SOPAN?
Security di UTP sememangnya di geruni ketika kita membuat salah contohnya parking di tempat yang salah, tidak pakai helmet dan sebagainya. Ini kerana saman RM 30 yang dibawa ke hulu ke hilir menjadi mimpi ngeri ramai. Tapi, di manakah security ketika mana melihat aksi-aksi menarik pelajar di padang pada 12 mlm? Pelajar lelaki dan perempuan berdua-dua di bilik umum pada pukul 3,4 pagi. Mungkin security menghormati pelajar UTP.

3) Hujan EVENT
Fitrah manusia memang mahukan hiburan dan saya tidak menolak hiburan itu perlu untuk mengisi masa lapang yang ada. Cuma di manakah event-event untuk membentuk jati diri pelajar? Mahasiswa perlu berfikir sejenak dalam rangka kita sebagai mahasiswa terlalu banyak benda yang perlu kita buat seperti menolong masyarakat kampung, org miskin tertindas daripada kita sibuk berhibur. Pihak pengurusan perlulah bijak dalam memberi kebenaran kepada event yang bersifat pembentuk jati diri.

4) ATTITUDE
Bila menyebut tentang attitude, suka saya meningatkan bahawa diri saya dan rakan UTP berada dalam keadaan selesa a.k.a. comfort zone. Kita dibekalkan pelbagai kemudahan yang kadangkala melupakan kita erti syukur. Budaya couple sememangnya telah menjadi fenomena yang biasa. Rujuklah pihak tertentu untuk mengetahui cara berkeluarga yang terbaik.

Ini adalah sekadar teori 20 cents dari saya. Jadi dimanakah kita ketika ini? Berblog ? DoTa? Membuang masa..? Kita perlu berfikir lebih jauh dan terus bergerak dalam merencana agenda kita sebagai seorang student. Letakkan lah diri kita dalam rasa bersalah dengan kejadian yang berlaku di UTP baru-baru ini supaya kita mengambil ia sebagai satu benchmark untuk melakukan anjakan paradigma di UTP.

7 comments:

penjual di utp said...

good post. nnti kte amek ltak utpress k

pEnGGorEng_hAnDaLan said...

tambah lagi satu sebab knape hal ni bleh berlaku..ia disebabkan kurangnye pengatahuan agama dalam kalangan plaja utp yg kini makin leka dinoda arus kemaksiatan...

ya Allah slamatkanlah agama islam dan UTP....

Norzila Noh said...

pesanan ringkas dari saya, buat diri sndri dan sahabat2 yang lain.
sayangi insan di sekeliling anda
tegurla ats dasar agama sebgai cara hidup kerana agama menjaga kita secara keseluruhannya

Rausyanfikir said...

The root cause is still being ignored by Rakan Masjid.

Norzila Noh said...

saya dengan rendah diri menyeru sesama kita untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah fardhi kita, serta membantu badan serta organisasi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar.
Rasulullah bersabda;

Barangsiapa yang melihat kemunkaran maka ubahlah dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka dengan lisannya. Apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman. (Hadis Riwayat Muslim, 49. Ahmad 3/10, Abu Daud, 1140. Tirmidzi, 2172. Nasa�i 8/111. Ibnu Majah 1275. Ibnu Hibban 306)

hadio69 said...

Salam.

Baru-baru ini ada ditimbulkan isu ke mana hilangnya MPP dan RM dalam menangani isu-isu sosial yang makin hari makin punah rupanya di bumi UTP ini. Peranan yang besar ini saya harap terus dapat dilaksanakan secara istiqamah dan alhamdulillah dapat saya saksikan sendiri kini RM sudah kembali aktif. Benar, bukan peranan mereka semata-mata, empunya diri juga harus beringat, tapi sebagai tanggungjawab bersama, saya berharap MPP dan RM akan terus mengambil tindakan-tindakan berkesan. InsyaAllah.

insan said...

Untuk pengetahuan Hadio69 dan lain-lain pembaca, MPP telah mengorak langkah untuk menubuhkan satu suruhanjaya dengan kerjasama RM, Sekretariat Rakan Muda dan RCSU untuk mengkaji tahap pergaulan sosial di kalangan pelajar UTP.
walaupun kes bayi itu adalah bersifat external, namun perkara ini dipandang serius kerana melibatkan mahasiswi di UTP.

Matlamat akhir dari Suruhanjaya ini adalah untuk come out dengan solution yang terbaik untuk menangani masalah sosial di peringkat pelajar.