Monday, August 25, 2008

Adakah Modal Insan dikalangan Rakyat Malaysia?

KONVENSYEN KEPIMPINAN MAHASISWA 2008
23 OGOS 2008, DEWAN SENAT UIAM
“KE ARAH MEMARTABATKAN MODAL INSAN MELALUI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA”

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Dr Ramli b Hassan, Timb Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tarikh di atas dengan jayanya. Dengan kehadiran pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Klang dan termasuk UTP sendiri nyata memberi impak yang cukup baik dalam proses memartabatkan modal insan melalui sistem pendidikan negara.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan modal insan? Apakah sistem negara benar-benar memberi kesan baik kepada modal insan di negara kita? Apakah kepentingan modal insan ini kepada Malaysia?

Definisi MODAL INSAN atau human capital

The set of skills which an employee acquires on the job, through training and experience, and which increase that employee's value in the marketplace.
http://www.investorwords.com/2359/human_capital.html

Human capital refers to the stock of productive skills and technical knowledge embodied in labour.
http://en.wikipedia.org/wiki/Human_capital

Modal insan bermaksud:
• Mempunyai sakhsiah yang terpuji
• Menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip
• Berintegriti: ada wawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, pemantaun dan adab dan akhlak terpuji
(kertas kerja I Dr. Che Noraini Bt Hashim, Pensyarah UIAM pada konvensyen tersebut)

Kepentingan Modal Insan

“Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.

Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi.”
PM Malaysia (Petikan Perutusan Hari Kemerdekaan ke-48)

Modal Insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Oleh itu, pembangunan modal insane akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistic merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalu pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.
(Rancangan Malaysia ke-9: RMK 9)

"Tiada satu penekanan khusus yang diberikan bagi membangunkan insan khususnya golongan muda terpelajar ini dalam sasaran utama pelan tersebut," ujar Kamarudin mempertikaikan keseriusan kerajaan yang pernah menyebut agenda pembangunan modal insan sebagai aset utama negara yang kelihatan tidak selari dengan perancangan dan tindakan yang dibuat setakat ini.

Di bawah rancangan jangka panjang yang dinamakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 yang dilancarkan Perdana Menteri itu menggariskan tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasakan institut pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan mengukuhkan sistem penyampaian KPT.
(sumber: Harakahdaily.net)

Tidak dapat kita nafikan modal insan merupakan satu-satunya jawapan untuk mengisi kelompongan-kelompongan nilai murni dikalangan rakyat Malaysia tatkala ini. Kejadian rasuah, pecah amanah, gangguan seksual dan jenayah lain terjadi kerana ketiadaan modal insan dikalangan masyarakat. Bukan hendak menuding jari ke mana-mana pihak, tetapi disebalik ambang kemerdekaan ke-51 negara pada 31 Ogos ini, di manakah kedudukan modal insan di Malaysia yang menjadi subjek utama untuk ditekankan di peringkat atasan.

Kita lihat sahaja, sistem pendidikan sekarang yang kebanyakan menekankan tentang praktikal bekerja semata-mata, dimanakah nilai-nilai murni yang sepatutnya diterapkan dikalangan pelajar tidak kira di peringkat sekolah mahupun universiti. Jika kita meneruskan pelajaran di universiti, berapakah banyakkah agaknya jam kredit wajib diambil hanya untuk meningkatkan modal insane di kalangan pelajar university?
Bagi umat Islam, apabila kita membincangkan tentang modal insan pasti sekali kita akan berbalik kepada pengisian dari sudut rohani. Dalam menghadapi zaman fitnah yang dahsyat ini, tarbiyyah(didikan) semestinya diperlukan oleh semua. Jangan kata pelajar sahaja, pak-pak menteri juga perlu diisi dengan pengisian rohani mereka. Isu rasuah yang berlegar-legar dikalangan mereka seakan-akan menjadi suatu kebiasaan pada akhir-akhir ini. Orang yang memegang amanah untuk menjadi BPR juga menghadapi tuduhan rasuah.

Mengikut statistic pada tahun 2008, sehingga bulan Jun sebanyak 319 kes rasuah yang dilaporkan. Adakah ini satu perkara yang normal? Amanah dipersia-siakan apakah mereka tidak menilai tentang implikasi pada hari pembalasan nanti? Lebih dekat dari itu, adakah mereka akan tenang dalam kehidupan? Lebih pelik dari itu, orang yang menerima rasuah ini rata-rata mempunyai pendidikan yang baik. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya ialah mereka yang berilmu." (Surah Fatir, ayat ke-28)

Namun, modal insan bukan sahaja khusus untuk masyarakat Islam malah kepada seluruh manusia. Kerajaan perlu mengambil serius mengenai isu ini kerana negara yang kuat lahir dari pemimpin yang berkaliber. Perlu diingat bahawa untuk mengubah nasib orang lain, diri sendiri perlu dimulai dahulu.

Pada pendapat saya, salah satu halangan yang menjadi batu di tengah jalan ialah AUKU itu sendiri. AUKU dilihat sebagai suatu akta yang mengonkong pelajar. Ini menyebabkan pemikiran dan pendapat pelajar tidak dapat disalurkan sebaiknya. Mana mungkin Malaysia dapat melahirkan pemikir hebat yang bakal memimpin negara untuk menangkis anasir-anasir jahat. Jika kita membaca akhbar, blog, web dan sebagainya pasti akan membicarakan tentang isu-isu politik nasional; AUKU tidak relevan bagi mereka yang sentiasa mengambil tahu isu-isu semasa dan hanya normal untuk dipraktikkan bagi mereka yang tidak cakna dengan isu semasa yang berlaku di negara. AUKU juga menyekat kebebasan bersuara yang sepatutnya negara demokrasi seperti Malaysia berikan kepada rakyat. Jika kita lihat negara seperti Indonesia, mahasiswa dibenarkan untuk berdemonstrasi; diberikan tempat dan waktu yang khas untuk menyuarakan pendapat mereka pada kerajaan.

Selain itu, sistem pendidikan negara perlu dikaji semula dengan mengambil kira pendapat keseluruhan kerajaan, pensyarah, pelajar, ulama’ dan sebagainya. Dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang bagus, sentiment politik perlulah diketepikan agar negara akan terus maju. Kerajaan juga perlu mengkaji sebaiknya tentang satu platform yang boleh mengira tentang keberkesanan sistem pendidikan negara dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan tidak memfokus pendidikan untuk melahirkan pelajar yang hanya terbaik dalam akademiknya.

1 comment:

cik aja si budak nakal said...

terima kasih atas perkongsian ilmu :)