Tuesday, August 26, 2008

MENGAPA DSAI MENANG DI PERMATANG PAUH?


Pelbagai teori disebalik kemenangan DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh mengalahkan 2 calon lain iaitu dari Arif Shah Barisan Nasional dan calon Hanafi Hamat AKIM. DSAI bukan sahaja menang malah meningkatkan majority undi yang diperoleh DS Wan Azizah pada PRU-12 yang lalu. Majoriti undi meningkat sebanyak 2273 undi iaitu 15671 undi berbanding 13398 undi pada 8 Mac yang lalu. [kiraan secara tidak rasmi]

Umum mengetahui bahawa DSAI merupakan seorang pemimpin yang “kotor” dengan isu liwat yang dikenakan ke atasnya. Sumpah oleh Saiful Bahari di hadapan “imam besar” nyata tidak menjejaskan penerimaannya oleh rakyat Malaysia. Dikatakan tidak bijak dengan teorinya untuk menurunkan harga minyak di Malaysia berdasarkan pengalamannya yang “sedikit”. Bukan sahaja itu, parti dibawah nasihatnya turut “kotor” dengan menerima tuduhan rasuah terhadap projek yang tidak ada dalam perancangan kerajaan negeri lagi dan pelbagai lagi.

Walaupun pelbagai taktik dan strategi yang dilakukan oleh jentera Barisan Nasional, gelombang reformasi Pakatan Rakyat nyata tidak dapat disekat. Harga minyak yang diumumkan turun pada 31 Ogos, tetapi diawalkan dengan penurunan sebanyak RM 0.15 juga tidak dapat mengembalikan trust rakyat kepada Barisan Nasional. Rakyat langsung tidak bersimpati kepada kerajaan pusat sekarang. Kenapakah hal ini berlaku?

Selain itu, menyedari bahawa Mahasiswa mempunyai pengaruh yang besar dikalangan masyarakat, pelbagai agenda telah diatur secara berhati-hati demi meraih sokongan mahasiswa tapi menumpui jalan buntu, PTPTN yang turun caj perkhidmatannya sehingga 1% juga tidak dapat meraih hati mahasiswa. AUKU yang akan dipinda juga tidak mendapat persetujuan yang baik dikalangan mahasiswa sehingga demonstrasi 18 Ogos dilaksanakan dan dihalang oleh pak-pak POLISI yang sungguh baik. Kenapalah agaknya di UiTM boleh dibenarkan demonstrasi tanpa halangan?

DSAI juga dikatakan akan menerajui pembangkang sebagai Ketua Pembangkang apabila mengangkat sumpah nanti. Pemimpin yang dinobatkan antara 100 pemimpin yang paling berpengaruh di dunia akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat ini.
Berikut merupakan beberapa sebab DSAI menang dalam PRK – Permatang Pauh:


1) Pengaruh individu-DSAI; Rakyat bosan dengan isu yang sama dikenakan terhadap DSAI iaitu isu liwat yang sememangnya diragui sejak kali pertama dahulu. Tambahan pula dengan pengakuan Imam Masjid Wilayah , Ramlang Porigi yang menjadi saksi sumpahan itu di hadapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mengatakan bahawa
"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angkat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

2) Pengaruh Media Yang "Melampau"- Saya rasa BN tidak membuat post mortem mengenai sebab kekurangan undi mereka pada PRU 12 iaitu salah satu sebabnya ialah media. Walaupun media dapat melaksanakan satu perang saraf atau psycho-war yang bagus, rakyat kini telah celik dan tidak mempercayai sestengah media. Seharusnya BN tidak perlu menggunakan kuasanya ke atas media utama kerana umum tahu bahawa media milik BN. Media seharusnya berpaksikan kebenaran dan neutral untuk mendapat kepercayaan rakyat Malaysia semula. Jadi pada pilihanraya akan datang lebih berkesan jika psycho-war ini dijalankan pada masa media tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Dalam satu akhbar baru-baru ini contohnya menyatakan bahawa penduduk Permatang Pauh mahu DSAI bersumpah terlebih dahulu sebelum meraih undi di PP. Namun tidak berjaya...

3) Bloggers- Seperti biasa bloggers memainkan peranan penting dalam pilihanraya. Setiap kali ada isu mengenai DSAI dalam media massa, Bloggers inilah akan memainkan peranan mencari sumber yang baik untuk menerangkan perkara sebenar. Contohnya sejurus Ariffsyah diumumkan calon BN, bloggers inilah yang menyiarkan cerita lanjut mengenai Ariffsyah.


4) BN lemah dan PR semakin kuat- Banyak manifesto PRU 12 yang ditawarkan BN tidak dapat dilaksanakan lagi dan suatu ketika dahulu sebelum PRU 12, BN menyatakan jika mereka terus memgang tampuk pemerintahan, minyak tidak akan naik. Jelas itu hanya retorik semata. Tambahan pula dengan isu mercedez Terengganu yang tidak dapat ditanggani baik oleh BN. Kejayaan demi kejayaan dilakarkan oleh Pakatan Rakyat terutama di Perak dan Selangor yang memberi kepercayaan rakyat kepada mereka. Air percuma oleh kerajaan Selangor, bantuan kewangan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPT oleh kerajaan Perak dan banyak lagi menjadi kekuatan PR.

5) Pengaruh Mahasiswa- Walaupun tidak nampak sumbangan secara terus oleh mahasiswa, pilihanraya PP ini juga memperoleh sokongan penuh mahasiswa yang mahukan perubahan. Mahasiswa merupakan agen-agen check and balance kepada kerajaan. Isu-isu PTPTN dan AUKU yang diperjuangkan mahasiswa menunjukkan beberapa kelemahan kerajaan BN contohnya isu PTPTN. Walaupun turun sebanyak 1 % caj perkhidmatan, kerajaan BN dilihat tidak bersedia untuk bekorban demi mahasiswa. Pinjaman tanpa caj perlu diberikan untuk menunjukkan sokongan kerajaan ke arah memartabatkan pendidikan pada rakyat. Tuntutan dari mahasiswa yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan menjadi punca tidak mendapat sokongan dari golongan terpelajar.

Banyak lagi pengaruh yang menyebabkan DSAI menang dengan mudah di PP. Namun kejayaan ini adalah sebenarnya berpunca dari pemberian ALlah kepada kita. Kita tidak perlu terlalu fanatic dengan kemenangan ini kerana perjuangan kita masih jauh untuk membentuk khilafah Islamiyyah.

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).”

(As-Saff : 8)


3 comments:

Rausyanfikir said...

Dont focus on the person but rather try to understand who Anwar Ibrahim really is. Anwar Ibrahim tidak lahir dalam vakum. Ada faktor yg membentuk dia sehingga anda dan yang lain2 begitu kagum kepada dia. Ni bro Pacak.

Servant Of Allah said...

betul kata sudara pacak. apa faktor yg membentuk DSAI ni sehingga die dikagumi oleh ramai orang.Bacalah kisah hidup Anwar, menarik perjalanan hidup dia. Ana nak cari cerita2 waktu dia dalam UMNO dulu..apa serangan2 dia terhadap PAS waktu itu. yelah, dia kan jemaah ABIM dulu, mesti pasal jemaah,perjuangan,usrah,hukum islam mesti tahu. so if ada rujukan sila bagi tau ana tentang Anwar ni terhadap PAS pada waktu dulu

Amir Hamzah said...

Ek ele, bertanding tempat sendri mmg la menang...tu la faktor utama..cube try bertanding kat kepala batas ke,, pekan ke..baru fight..It just home win bro