Tuesday, August 26, 2008

MENGAPA DSAI MENANG DI PERMATANG PAUH?


Pelbagai teori disebalik kemenangan DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh mengalahkan 2 calon lain iaitu dari Arif Shah Barisan Nasional dan calon Hanafi Hamat AKIM. DSAI bukan sahaja menang malah meningkatkan majority undi yang diperoleh DS Wan Azizah pada PRU-12 yang lalu. Majoriti undi meningkat sebanyak 2273 undi iaitu 15671 undi berbanding 13398 undi pada 8 Mac yang lalu. [kiraan secara tidak rasmi]

Umum mengetahui bahawa DSAI merupakan seorang pemimpin yang “kotor” dengan isu liwat yang dikenakan ke atasnya. Sumpah oleh Saiful Bahari di hadapan “imam besar” nyata tidak menjejaskan penerimaannya oleh rakyat Malaysia. Dikatakan tidak bijak dengan teorinya untuk menurunkan harga minyak di Malaysia berdasarkan pengalamannya yang “sedikit”. Bukan sahaja itu, parti dibawah nasihatnya turut “kotor” dengan menerima tuduhan rasuah terhadap projek yang tidak ada dalam perancangan kerajaan negeri lagi dan pelbagai lagi.

Walaupun pelbagai taktik dan strategi yang dilakukan oleh jentera Barisan Nasional, gelombang reformasi Pakatan Rakyat nyata tidak dapat disekat. Harga minyak yang diumumkan turun pada 31 Ogos, tetapi diawalkan dengan penurunan sebanyak RM 0.15 juga tidak dapat mengembalikan trust rakyat kepada Barisan Nasional. Rakyat langsung tidak bersimpati kepada kerajaan pusat sekarang. Kenapakah hal ini berlaku?

Selain itu, menyedari bahawa Mahasiswa mempunyai pengaruh yang besar dikalangan masyarakat, pelbagai agenda telah diatur secara berhati-hati demi meraih sokongan mahasiswa tapi menumpui jalan buntu, PTPTN yang turun caj perkhidmatannya sehingga 1% juga tidak dapat meraih hati mahasiswa. AUKU yang akan dipinda juga tidak mendapat persetujuan yang baik dikalangan mahasiswa sehingga demonstrasi 18 Ogos dilaksanakan dan dihalang oleh pak-pak POLISI yang sungguh baik. Kenapalah agaknya di UiTM boleh dibenarkan demonstrasi tanpa halangan?

DSAI juga dikatakan akan menerajui pembangkang sebagai Ketua Pembangkang apabila mengangkat sumpah nanti. Pemimpin yang dinobatkan antara 100 pemimpin yang paling berpengaruh di dunia akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat ini.
Berikut merupakan beberapa sebab DSAI menang dalam PRK – Permatang Pauh:


1) Pengaruh individu-DSAI; Rakyat bosan dengan isu yang sama dikenakan terhadap DSAI iaitu isu liwat yang sememangnya diragui sejak kali pertama dahulu. Tambahan pula dengan pengakuan Imam Masjid Wilayah , Ramlang Porigi yang menjadi saksi sumpahan itu di hadapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mengatakan bahawa
"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angkat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

2) Pengaruh Media Yang "Melampau"- Saya rasa BN tidak membuat post mortem mengenai sebab kekurangan undi mereka pada PRU 12 iaitu salah satu sebabnya ialah media. Walaupun media dapat melaksanakan satu perang saraf atau psycho-war yang bagus, rakyat kini telah celik dan tidak mempercayai sestengah media. Seharusnya BN tidak perlu menggunakan kuasanya ke atas media utama kerana umum tahu bahawa media milik BN. Media seharusnya berpaksikan kebenaran dan neutral untuk mendapat kepercayaan rakyat Malaysia semula. Jadi pada pilihanraya akan datang lebih berkesan jika psycho-war ini dijalankan pada masa media tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Dalam satu akhbar baru-baru ini contohnya menyatakan bahawa penduduk Permatang Pauh mahu DSAI bersumpah terlebih dahulu sebelum meraih undi di PP. Namun tidak berjaya...

3) Bloggers- Seperti biasa bloggers memainkan peranan penting dalam pilihanraya. Setiap kali ada isu mengenai DSAI dalam media massa, Bloggers inilah akan memainkan peranan mencari sumber yang baik untuk menerangkan perkara sebenar. Contohnya sejurus Ariffsyah diumumkan calon BN, bloggers inilah yang menyiarkan cerita lanjut mengenai Ariffsyah.


4) BN lemah dan PR semakin kuat- Banyak manifesto PRU 12 yang ditawarkan BN tidak dapat dilaksanakan lagi dan suatu ketika dahulu sebelum PRU 12, BN menyatakan jika mereka terus memgang tampuk pemerintahan, minyak tidak akan naik. Jelas itu hanya retorik semata. Tambahan pula dengan isu mercedez Terengganu yang tidak dapat ditanggani baik oleh BN. Kejayaan demi kejayaan dilakarkan oleh Pakatan Rakyat terutama di Perak dan Selangor yang memberi kepercayaan rakyat kepada mereka. Air percuma oleh kerajaan Selangor, bantuan kewangan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPT oleh kerajaan Perak dan banyak lagi menjadi kekuatan PR.

5) Pengaruh Mahasiswa- Walaupun tidak nampak sumbangan secara terus oleh mahasiswa, pilihanraya PP ini juga memperoleh sokongan penuh mahasiswa yang mahukan perubahan. Mahasiswa merupakan agen-agen check and balance kepada kerajaan. Isu-isu PTPTN dan AUKU yang diperjuangkan mahasiswa menunjukkan beberapa kelemahan kerajaan BN contohnya isu PTPTN. Walaupun turun sebanyak 1 % caj perkhidmatan, kerajaan BN dilihat tidak bersedia untuk bekorban demi mahasiswa. Pinjaman tanpa caj perlu diberikan untuk menunjukkan sokongan kerajaan ke arah memartabatkan pendidikan pada rakyat. Tuntutan dari mahasiswa yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan menjadi punca tidak mendapat sokongan dari golongan terpelajar.

Banyak lagi pengaruh yang menyebabkan DSAI menang dengan mudah di PP. Namun kejayaan ini adalah sebenarnya berpunca dari pemberian ALlah kepada kita. Kita tidak perlu terlalu fanatic dengan kemenangan ini kerana perjuangan kita masih jauh untuk membentuk khilafah Islamiyyah.

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).”

(As-Saff : 8)


Monday, August 25, 2008

Adakah Modal Insan dikalangan Rakyat Malaysia?

KONVENSYEN KEPIMPINAN MAHASISWA 2008
23 OGOS 2008, DEWAN SENAT UIAM
“KE ARAH MEMARTABATKAN MODAL INSAN MELALUI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA”

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Dr Ramli b Hassan, Timb Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tarikh di atas dengan jayanya. Dengan kehadiran pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Klang dan termasuk UTP sendiri nyata memberi impak yang cukup baik dalam proses memartabatkan modal insan melalui sistem pendidikan negara.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan modal insan? Apakah sistem negara benar-benar memberi kesan baik kepada modal insan di negara kita? Apakah kepentingan modal insan ini kepada Malaysia?

Definisi MODAL INSAN atau human capital

The set of skills which an employee acquires on the job, through training and experience, and which increase that employee's value in the marketplace.
http://www.investorwords.com/2359/human_capital.html

Human capital refers to the stock of productive skills and technical knowledge embodied in labour.
http://en.wikipedia.org/wiki/Human_capital

Modal insan bermaksud:
• Mempunyai sakhsiah yang terpuji
• Menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip
• Berintegriti: ada wawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, pemantaun dan adab dan akhlak terpuji
(kertas kerja I Dr. Che Noraini Bt Hashim, Pensyarah UIAM pada konvensyen tersebut)

Kepentingan Modal Insan

“Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.

Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi.”
PM Malaysia (Petikan Perutusan Hari Kemerdekaan ke-48)

Modal Insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Oleh itu, pembangunan modal insane akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistic merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalu pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.
(Rancangan Malaysia ke-9: RMK 9)

"Tiada satu penekanan khusus yang diberikan bagi membangunkan insan khususnya golongan muda terpelajar ini dalam sasaran utama pelan tersebut," ujar Kamarudin mempertikaikan keseriusan kerajaan yang pernah menyebut agenda pembangunan modal insan sebagai aset utama negara yang kelihatan tidak selari dengan perancangan dan tindakan yang dibuat setakat ini.

Di bawah rancangan jangka panjang yang dinamakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 yang dilancarkan Perdana Menteri itu menggariskan tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasakan institut pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan mengukuhkan sistem penyampaian KPT.
(sumber: Harakahdaily.net)

Tidak dapat kita nafikan modal insan merupakan satu-satunya jawapan untuk mengisi kelompongan-kelompongan nilai murni dikalangan rakyat Malaysia tatkala ini. Kejadian rasuah, pecah amanah, gangguan seksual dan jenayah lain terjadi kerana ketiadaan modal insan dikalangan masyarakat. Bukan hendak menuding jari ke mana-mana pihak, tetapi disebalik ambang kemerdekaan ke-51 negara pada 31 Ogos ini, di manakah kedudukan modal insan di Malaysia yang menjadi subjek utama untuk ditekankan di peringkat atasan.

Kita lihat sahaja, sistem pendidikan sekarang yang kebanyakan menekankan tentang praktikal bekerja semata-mata, dimanakah nilai-nilai murni yang sepatutnya diterapkan dikalangan pelajar tidak kira di peringkat sekolah mahupun universiti. Jika kita meneruskan pelajaran di universiti, berapakah banyakkah agaknya jam kredit wajib diambil hanya untuk meningkatkan modal insane di kalangan pelajar university?
Bagi umat Islam, apabila kita membincangkan tentang modal insan pasti sekali kita akan berbalik kepada pengisian dari sudut rohani. Dalam menghadapi zaman fitnah yang dahsyat ini, tarbiyyah(didikan) semestinya diperlukan oleh semua. Jangan kata pelajar sahaja, pak-pak menteri juga perlu diisi dengan pengisian rohani mereka. Isu rasuah yang berlegar-legar dikalangan mereka seakan-akan menjadi suatu kebiasaan pada akhir-akhir ini. Orang yang memegang amanah untuk menjadi BPR juga menghadapi tuduhan rasuah.

Mengikut statistic pada tahun 2008, sehingga bulan Jun sebanyak 319 kes rasuah yang dilaporkan. Adakah ini satu perkara yang normal? Amanah dipersia-siakan apakah mereka tidak menilai tentang implikasi pada hari pembalasan nanti? Lebih dekat dari itu, adakah mereka akan tenang dalam kehidupan? Lebih pelik dari itu, orang yang menerima rasuah ini rata-rata mempunyai pendidikan yang baik. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya ialah mereka yang berilmu." (Surah Fatir, ayat ke-28)

Namun, modal insan bukan sahaja khusus untuk masyarakat Islam malah kepada seluruh manusia. Kerajaan perlu mengambil serius mengenai isu ini kerana negara yang kuat lahir dari pemimpin yang berkaliber. Perlu diingat bahawa untuk mengubah nasib orang lain, diri sendiri perlu dimulai dahulu.

Pada pendapat saya, salah satu halangan yang menjadi batu di tengah jalan ialah AUKU itu sendiri. AUKU dilihat sebagai suatu akta yang mengonkong pelajar. Ini menyebabkan pemikiran dan pendapat pelajar tidak dapat disalurkan sebaiknya. Mana mungkin Malaysia dapat melahirkan pemikir hebat yang bakal memimpin negara untuk menangkis anasir-anasir jahat. Jika kita membaca akhbar, blog, web dan sebagainya pasti akan membicarakan tentang isu-isu politik nasional; AUKU tidak relevan bagi mereka yang sentiasa mengambil tahu isu-isu semasa dan hanya normal untuk dipraktikkan bagi mereka yang tidak cakna dengan isu semasa yang berlaku di negara. AUKU juga menyekat kebebasan bersuara yang sepatutnya negara demokrasi seperti Malaysia berikan kepada rakyat. Jika kita lihat negara seperti Indonesia, mahasiswa dibenarkan untuk berdemonstrasi; diberikan tempat dan waktu yang khas untuk menyuarakan pendapat mereka pada kerajaan.

Selain itu, sistem pendidikan negara perlu dikaji semula dengan mengambil kira pendapat keseluruhan kerajaan, pensyarah, pelajar, ulama’ dan sebagainya. Dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang bagus, sentiment politik perlulah diketepikan agar negara akan terus maju. Kerajaan juga perlu mengkaji sebaiknya tentang satu platform yang boleh mengira tentang keberkesanan sistem pendidikan negara dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan tidak memfokus pendidikan untuk melahirkan pelajar yang hanya terbaik dalam akademiknya.

Wednesday, August 20, 2008

TOLONGLAH SELAMATKANLAH KAMI-PALESTIN



http://palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=2057
Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza. Situasi yang amat kritikal yang sedang berlaku di Gaza ini adalah kerana konspirasi jahat yang dilakukan oleh Yahudi Zionis dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS daripada memerintah Gaza semenjak awal tahun 2006.

Kepungan yang sudah menjangkau dua tahun yang dilakukan oleh rejim Zionis telah memberikan pelbagai kesengsaraan yang berpanjangan kepada rakyat Palestin. Kemuncaknya, akibat gelaran ‘entiti musuh’ yang telah diluluskan oleh kabinet Israel terhadap HAMAS di Gaza, penduduknya yang seramai 1.5 juta orang telah menerima hukuman secara kolektif daripada Israel.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu Mazein). Pilihanraya yang telah diperhatikan oleh PBB dan diakui sendiri oleh mantan Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter sebagai pemerhati bebas; merupakan pilihanraya yang bersih dan terhindar daripada segala penipuan.


Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu Mazein).


Malangnya rejim yahudi zionis tidak memperakui kehendak maoriti rakyat Palestin dengan memperhebatkan serangan tanpa mengira waktu dan tempat, umur dan jantina sehingga menyebabkan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza yang hanya seluas 360 km menderita kesengsaraan. Bukan setakat itu sahaja, sekatan demi sekatan terutamanya kemasukan keperluan utama rakyat Palestin dikuasai sepenuhnya oleh rejim zionis sehinggalah kemuncaknya apa yang berlaku sekarang ini.

Keadaan di Semenanjung Gaza amat menyedihkan dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi yang lain terutamanya minyak telah disekat kemasukannya oleh rejim zionis melalui pintu-pintu sempadan yang dikawal oleh mereka. Bekalan tenaga elektrik juga tidak dapat diagihkan akibat sekatan kemasukan petrol ke Gaza. Hospital tidak dapat beroperasi dengan para pesakit terus mengalami kesakitan dan ada yang mati kerana kesejukan serta pembedahan yang tidak dapat dilakukan.

Anak-anak kecil menangis kelaparan kerana kilang roti tidak dapat membekalkan roti disebabkan bekalan tepung tidak diperolehi. Para pesakit yang ada di hospital terus mengalami penderitaan dan kesakitan kerana ubat yang sepatutnya diberikan kepada mereka tidak diperolehi kerana bekalan ubat tidak sampai. Bayi yang dilahirkan tidak mendapat makanan yang mencukupi yang boleh mengakibatkan kematian, anak-anak yang bersekolah terus menghadapi pelbagai kesusahan kerana bekalan elektrik yang diputuskan dan malam yang gelap adalah fenomena yang terpaksa diterima oleh rakyat Palestin di Gaza.

Akibat kesengsaraan dan kezaliman yang berterusan tanpa ada suara pemimpin antarabangsa termasuklah daripada negara Islam sendiri; meletupkan tembok pemisah gergasi di Rafah adalah penyelesaian sementara yang dilakukan oleh pasukan keselamatan HAMAS bagi menyelamatkan rakyat Gaza daripada terus kebuluran dan tidak mendapat keperluan asasi yang sepatutnya diterima sebagai seorang manusia. Adalah diharapkan kerajaan Mesir tidak menutup kembali sempadan Rafah kerana itulah satu-satunya jalan yang digunakan oleh rakyat Palestin di Gaza bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian mereka.



Keadaan di Semenanjung Gaza amat menyedihkan dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi yang lain terutamanya minyak telah disekat kemasukannya oleh rejim zionis melalui pintu-pintu sempadan yang dikawal oleh mereka


Umat Islam di seluruh dunia perlu menginsafi hakikat ini. Keperitan yang dialami oleh rakyat Palestin yang sudahpun terlalu menderita semenjak tahun 1948 lagi perlu dikongsi oleh seluruh manusia khususnya umat Islam. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap keprihatinannya sama ada di dalam isu-isu kemanusia dan isu-isu perjuangan untuk kebebasan perlu mengambil bahagian dengan memberikan sumbangan yang tidak berbelah-bahagi kepada rakyat Palestin. Jika dahulu semasa era penjajahan negara-negara kuasa-kuasa besar terhadap negara-negara lain di dunia ini termasuklah di Malaysia, penentangan yang dilakukan terhadap rakyat negara dijajah adalah terhadap negara yang menjajah.

Penentangan ini boleh dilihat melalui perjuangan yang dilakukan oleh rakyat negara ini menentang British dan juga Jepun. Walaubagaimanapun apa yang berlaku di Palestin amat berbeza sekali. Ini adalah kerana Palestin dijajah oleh seluruh dunia yang didokongi oleh rejim zionis melalui proksinya Amerika Syarikat. Kesatuan Eropah dan negara-negara lain berganding bahu melumpuhkan Palestin terutamanya di Gaza melalui pelbagai sekatan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin. Rakyat Palestin berjuang bersendirian bagi memastikan kebebasan mutlak diperolehi oleh mereka. Persengkokolan kuasa-kuasa besar bagi memastikan Palestin terus “diratah” oleh rejim zionis menunjukkan apa sebenarnya yang dilakukan oleh dunia kepada Palestin khususnya di Semenanjung Gaza.

Keadaan aman yang dirasai oleh rakyat Malaysia perlulah disyukuri dengan nikmat pemberian Tuhan ini. Walaubagaimanapun adakah kita perlu melupakan saudara seakidah kita di Palestin khususnya di Gaza. Adakah kita terfikir di saat kita menyuapkan roti canai dan nasi lemak setiap pagi sama ada di hotel atau di warung, rakyat Palestin di Gaza sedang bertarung dengan nyawa untuk mendapatkan sekeping roti.



Adakah kita menyedari di saat kita sedang sakit dan sedang menjalani rawatan di hospital swasta mahupun hospital kerajaan swasta tidak kira kelas berapa, rakyat Palestin di Gaza tidak memperolehi pun ubat-ubat asasi yang diperlukan oleh mereka.


Adakah kita menyedari di saat kita sedang sakit dan sedang menjalani rawatan di hospital swasta mahupun hospital kerajaan swasta tidak kira kelas berapa, rakyat Palestin di Gaza tidak memperolehi pun ubat-ubat asasi yang diperlukan oleh mereka. Adakah kita menginsafi, kesusahan yang kita alami di Malaysia sekarang masih lagi ada yang prihatin untuk membantu sedang rakyat Palestin di Gaza tiada siapa yang membantu atau prihatin terhadap mereka. Atas dasar sifat kemanusiaan, atas dasar persaudaraan seislam dan atas dasar pegangan akidah, rakyat Palestin di Gaza perlu dibantu.

Aman Palestin Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2006 adalah badan yang memberikan fokus dan penumpuan kepada isu yang berlaku di Palestin. Untuk itu pelbagai projek yang telah dan akan dilakukan oleh Aman Palestin untuk menjamin rakyat Palestin terus mendapat hak-haknya sebagai seorang manusia biasa. Aman Palestin telah bekerjasama dengan badan-badan kerajaan, badan NGO dan orang perseorangan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti penerangan sambil mengumpulkan dana untuk disalurkan terus kepada rakyat Palestin melalui projek-projek yang dirancang.

Aman Palestin juga bekerjasama dengan pihak media dan penerbitan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV 3, RTM dan TV 9 dengan matlamat mengumpulkan dana bagi membantu pelarian Palestin yang sedang menghuni kem-kem pelarian di Lubnan dan Syria serta rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Semoga usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia menjadi amal kebajikan yang memberi kemurahan rezeki yang berpanjangan. Selamatkan Gaza!.

Tuesday, August 19, 2008

Tiada Pilihanraya Semester Ini: MPPUTP sudah tidak relevan?


POLITIK KAMPUS: PILIHANRAYA MPPUTP TIADA SEMESTER NI?

Setiap kali semester July muncul setiap tahun, satu perkara yang pasti menjadi tumpuan ramai ialah pilihanraya kampus untuk memilih MPP. Jika tahun lepas tiada orang yang bertanding dan menyebabkan MPPUTP 2007/08 menang tanpa bertanding, kali ini lebih dahsyat lagi bahawa kemungkinan tiada pilihanraya semester ini. Mengapa perkara ini berlaku? Adakah MPP sudah tidak relevan pada student UTP sendiri? Isunya adalah seperti di bawah.



MPPUTP 2007/08 membuktikan bahawa mereka bukanlah budak suruhan management apabila mereka mengambil keputusan pada kali ini untuk membantah keputusan management yang mengetatkan syarat-syarat pilihanraya dan menjurus kepada hanya 2 batch bagi jurusan kejuruteraan boleh bertanding manakala mereka yang mengambil jurusan teknologi hanya 1 batch boleh bertanding. Dalam rules and regulation pada pilihanraya tahun lepas, menyatakan bahawa MPP perlu berada 2 sem penuh untuk berkhidmat.

Tetapi dengan mengambil pendekatan bahawa ini akan menyebabkan pencabulan demokrasi berlaku di kalangan UTP students, MPPUTP bangun melawan isu ini. Ini kerana jika syarat ini di teruskan, MPP akan datang juga dilihat tidak mewakili semua pelajar UTP. Dalam 60 batch dari pelbagai aliran di UTP ini, hanya 12 batch sahaja boleh bertanding merebut kerusi MPP.

Hasil perbincangan pertama antara MPP dengan JPSP iaitu SPR bagi pilihanraya MPP, ada cadangan dari management untuk membuat pilihanraya pada bulan Januari supaya menambah lebih banyak batch boleh menyertai pilihanraya. Perkara ini dilihat akan membebankan MPP sendiri pada waktu itu yang tidak sempat untuk menguruskan organisasi terbesar di UTP dan terpaksa catch up dengan pelajaran lagi pada waktu itu. Banyak gerak kerja perlu di lakukan pada peringkat awal dari sudut planning, halatuju dan sebagainya.

Dari pihak MPP sendiri mencadangkan supaya mengadakan pilihanraya kecil jika berlaku kelompongan mereka yang terpaksa menyambung pelajaran ke internship. Ini dilihat lebih relevan kerana seperti mana yang kita tahu university kita mempunyai internship dalam jangka masa 8 bulan, justeru kita tidak perlu takut untuk membuat perubahan terhadap sisitem pilihanraya kita bila mana praktikal kita memang sudah sedia lain dari lain university. Perlukah kita takut untuk berubah?

Namun dimanakah student bila mana MPP memperjuangkan isu mereka di mata management? Adakah mereka tidak sedar bahawa ini akan member impak kepada perwakilan mereka? Bangkitlah...




Thursday, August 14, 2008

ISU SAMAN: SIAPAKAH YANG SALAH?

Di kala Convofair semakin menghampiri tirai pembukaan pada 22 Ogos ini, Security Guard (SG) semakin menjadi-jadi dalam kemurahan hati untuk memberi saman kepada pelajar di UTP. Kelibat SG yang berpakaian serba biru sering kali tidak disenangi oleh semua pihak samada staff atau pun pelajar sendiri.

Saman merupakan sistem yang diadakan untuk menghukum dan member pengajaran kepada orang yang melakukan kesalahan dan orang sekitarnya. Ada sesetengah pelajar yang menggelarkan SG ini dengan gelaran tertentu menunjukkan tanda protes mereka kepada golongan SG ini. Namun bagi saya kedua-dua pihak (termasuklah empunya diri) ada kesalahannya.

Pelajar :
1) Tidak menghormati SG sebagai seorang yang tidak ubah seperti ibu bapa yang menjaga kita 24 jam memastikan keselamatan di UTP.
2) Tidak mengamalkan budi pekerti yang baik kerana tidak menghormati SG sebagai seorang yang lebih tua daripada kita. Pelajar perlu membudayakan etika memberi salam kepada SG.
3) Menggelarkan SG dengan perkataan yang tidak elok dan sebaliknya tidak pergi untuk berjumpa SG sekiranya ada perkara yang tidak puas hati.



SG :
1) Ketidak adilan yang berlaku pada sesetengah SG dimana mendikotomi kan antara pelajar International dan Local hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris.
2) Ketidak adilan yang berlaku pada sesetengah SG dimana mendikotomi kan antara pelajar lelaki dan perempuan. Kebanyakan saman di beri kepada pelajar lelaki dengan alasan
“Jika ada sepuluh buah kereta memandu dengan laju, tidak semua yang akan ditahan. Hanya segelintir yang tercicir sahaja akan ditahan. Jadi kenalah rasional sikit.” Kenapa lelaki yang pelu menjadi golongan tercicir?
3) Personaliti SG sendiri yang memburukkan nama SG. SG melarang pelajar dari merokok. Tetapi SG juga yang merokok. SG menyaman kenderaan yang tidak parking pada tempat yang betul tetapi SG pun membuat benda yang sama.
4) Saman kerana benda yang remeh temeh rather than menegur. Contohnya ada pelajar di saman pada kali pertama ditegur berambut panjang dengan nilai saman RM 30.
Banyak lagi alasan yang boleh digunakan untuk mencari kesalahan orang lain. Mahasiswa perlu rational dalam mengambil sebarang tindakan. Jika salah maka mengaku lah kesalahan, jika anda di pihak yang benar jangan malu untuk menegakkan kebenaran. Serulah ke arah kebenaran!

Note:
1) Parking V4 ditutup sementara Convofair dan diganti dengan parking di padang V4.
2) Pelajar yang dikenakan saman boleh membuat surat rayuan di JPSP tetapi jika saman anda ialah saman ke-4 anda. Maka rayuan kemungkinan besar akan ditolak.
3) Saman tertunggak pelajar di UTP mencecah angka RM 200k.
4) Rekod pelajar di UTP yang memegang saman adalah sebanyak RM 2k.
5) Duit saman akan disalurkan kepada mereka yang mengalami kematian ahli keluarga, kemalangan dan sebagainya.

PTPTN TURUN KEPADA 1%. PERLUKAH MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KERAJAAN?

ISU PTPTN : TAHNIAH KEPADA KERAJAAN?

Kadar caj perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan 1 peratus melihatkan bahawa kerajaan semakin “bijak” dalam merencana keputusan. 1.04 juta peminjam diploma dan ijazah sarjana muda dan 2,473 lagi peminjam dari ijazah sarjana dan kedoktoran pasti menyambut “baik” usaha kerajaan ke arah memajukan pendidikan negara.

Jika sebelum ini kadar yang dikenakan PTPTN ialah 4 peratus pada 1997 sebelum ia turunkan kepada 3 peratus dan kini 1 peratus pastinya mengaburi mata pelajar yang merasakan diri mereka sudah terbela. Kerajaan mungkin berasa dengan penurunan ini mahasiswa akan berpuas hati dan terus menyokong kerajaan. Namun mahasiswa semakin intelek dalam membuat keputusan dan melalui anjakan paradigma yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pejuang memberi impak baru terhadap pemikiran mereka.

Pada dasarnya kerajaan perlu melihat bahawa pinjaman kepada pendidikan sebenarnya adalah tidak relevan untuk dikenakan caj perkhidmatan kerana faedah jangka masa panjang yang akan kembali semula kepada negara dalam bentuk tenaga kerja yang kompeten. Siapakah yang akan menjadi pewaris pimpinan negara? Siapakah yang akan memastikan ekonomi dan politik negara sentiasa stabil? Siapakah yang akan merealisasikan visi 2020? Siapakah yang akan membela nasib Malaysia di mata dunia?
Tidak lain dan tidak bukan mereka-mereka itu pastinya seorang pelajar pada waktu ini. Jika pinjaman ini diberi secara qardhul Hassan iaitu pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa caj pasti dilihat sebagai satu usaha yang menunjukkan kerajaan benar-benar prihatin kepada mahasiswa.

Di dalam buku Preaching Way: between Leaders and Followers karangan Mustafa Masyur menyatakan beberapa peringatan untuk pimpinan dan satu yang saya mahu ungkapkan di sini ialah

“Pimpinan hendaklah bersungguh-sungguh untuk mengangkat tingkat keupayaan mereka yang berada dalam kedudukan barisan “pelapis”, serta melatih mereka dalam bidang tanggungjawab mereka, dengan mengambil faedah dari setiap benda baru yang berguna..”

Walaubagaimanapun, keputusan menurunkan kadar caj perkhidmatan yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri minggu lalu dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengesahkan ia tidak bertentangan dengan syariah juga masih diragui. Jika merujuk kepada laporan di dada akhbar-akhbar utama contohnya UTUSAN http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0814&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive ; MFK memberitahu bahawa caj perkhidmatan selama ini yang dikenakan adalah tiada unsur riba’ :

“Bagaimanapun, pada 28 Julai lalu, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan caj perkhidmatan itu tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar caj tiga peratus sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar.”

Jika kita merujuk kepada blog Mufti Perlis Ustaz Asri http://drmaza.com/home/?p=338 menyatakan:
“Apa yang saya difahamkan, bahawa yang dianggap oleh Jawatankuasa Fatwa sebagai tidak bertentangan dengan syarak adalah kaedah caj baru yang bakal diubah, bukan yang ada sekarang.”

Jika begitu ini adalah bercanggah dengan laporan yang dibuat oleh media massa. Di manakah kebenarannya? Atau masih ada pihak yang mahu mengambil kesempatan dari belakang terhadap isu lapuk ini?

Ustaz Zaharuddin mengulas tentang kepincangan yang berlaku ini dalam laman web nya http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=741&Itemid=72 :
“Saya merasakan, jika benarlah wartawan mencatat kenyataan itu dengan tepat, maka apa yang dicatatkan adalah mengelirukan jika dibuat perbandingan dengan kenyataan Mufti Perlis. Selain itu, jika ia kenyataan yang benar, saya kira ia telah membuka aib dan menunjukkan ketidakfahaman mereka yang diberi amanah fatwa tentang isu caj dalam kewangan moden, selain agak ketinggalan dalam menyemak ijtihad dan kajian-kajian terkini Shariah oleh ulama Shariah dan kewangan berwibawa tinggi di seluruh dunia. Wallahu'alam.

Sewajarnya setiap isu kewangan dan Shariah, perlu dibincang bersama dengan Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Mereka lebih berautoriti, berpengalaman dan berwibawa dalam hal Shariah dan kewangan.
Perlu saya dedahkan di sini, pengalaman saya dan rakan-rakan penasihat Shariah di seluruh dunia. Terdapat antara penasihat Shariah ini yang kerap berhadapan dengan 'permainan', 'helah' dan ayat-ayat mengelirukan dari pihak pengurusan bank, institusi kewangan dan komersial apabila diminta mengesahkan sesuatu produk atau masalah.

Tidak dapat dinafikan sememangnya ada pihak pengurusan yang sengaja berbuat demikian sehingga menyorokkan sebahagian informasi semata-mata untuk mendapat kata 'halal' atau harus' dari pihak Majlis Shariah mereka. “

Pada pendapat saya segala permasalahan yang diutarakan dan kepincangan yang berlaku boleh dielakkan dengan pemansuhan terus caj PTPTN ini. Lebih banyak lagi sumber kewangan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan. Kenapa mesti mahasiswa yang menjadi mangsa keadaan? Fikir-fikirkan...Jika anda bukan salah seorang daripada mereka, mungkin perkara yang sama akan berlaku kepada ahli keluarga atau rakan baik anda.

Sunday, August 10, 2008

Muslimat Frontliner Dakwah?



GERAKAN MUSLIMAT PERLU KEMBALI MENJEJAK REALITI, BANGKIT MENDOKONG VISI
Dari: Siti Munawirah

Saya dijemput untuk menjadi pewacana terhadap tajuk gerakan mahasiswi Islam perlu perubahan. Pada mulanya, pelbagai persoalan bermain di minda saya apabila diajukan soalan sedemikian. Perubahan?

Ada yang berpandangan gerakan wanita Islam perlu berubah selaras kehendak massa , ada yang kata perlu lebih menonjol dan ada juga yang kata perlu lebih bermasyarakat. Di mana silapnya apabila kita melihat gerakan muslimah kelihatan lebih lesu daripada gerakan feminisme?

Saya teringat pada kata-kata saudara Syeikh Umar dalam satu forum. Katanya, beliau amat kagum dengan Sisters In Islam, namun bukan atas perkara dasar yang dibawa mereka yakni kesaksamaan gender tapi atas dasar sikap dan keberanian yang mereka miliki dalam mempertahankan pendirian dan fahaman mereka. Katanya lagi, seharusnya wanita Islam kini harus mula lantang kembali mewarnai massa dengan kefahaman sebenar Islam mengenai isu-isu wanita.

Kesilapan terbesar gerakan wanita Islam sekarang adalah salah faham terhadap konsep malu. Ya, wanita dan malu sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun biarlah bertempat. Jika ingin menyatakan pendirian dalam mesyuarat ataupun sewaktu sesi brainstorming pun malu-malu alah, berat kes ni. Apabila kita membicarakan soal ummah, kita harus menjadi serius mengembleng tenaga jihad berfikir dan sepatutnya semangat jihad itu bisa membuahkan pula keberanian kepada kemahuan untuk bercakap dan bertindak. Entah di mana tarbiyyah kita, sesudah digelar ahli gerakan, masih ramai yang terpotret menjadi tawaddhu’ tak kena tempat. Ini menjadi masalah besar sekiranya kita menanam keinginan untuk mendidik masyarakat. Bagaimana mereka hendak yakin pada kita sekiranya kita sendiri tidak mempunyai keyakinan kepada diri sendiri?


Kedua, ahli gerakan muslimah perlu lebih matang apabila bermasyarakat. Pernah saya bertembung dengan beberapa kejadian di majlis keramaian, terdapat segelintir ahli gerakan muslimah tidak pandai membawa diri. Seharusnya, apabila ditarbiyyah dengan kefahaman Islam, kita sepatutnya mengepalai adab-adab yang diajar oleh Islam selaku anak gadis muslim apabila berada dalam majlis yang bersama orang tua. Sukar senyum dan agak lambat bergerak turun ke dapur mahupun ringan-ringankan tangan untuk membantu apa yang patut, walau nampak remeh, sebenarnya memberi impak besar pada orang ramai untuk menilai akhlak kita.

Apabila bertembung dengan pelbagai jenis orang dalam sesebuah majlis, tidak kira yang tua atau muda, yang kelihatan baik atau sebaliknya, kita seharusnya terlebih dahulu memulakan salam dan merendahkan diri menyapa mesra. Apabila berbual dengan yang lebih tua, janganlah kelihatan seperti kita mahu menang dalam setiap perbualan.

Ketiga, ahli gerakan muslimah perlu lebih aktif, pantas dan kreatif dalam bertindak. Seandainya dilihat kaum lelaki kelihatan semakin lesu bergerak, sebagai tiang kepada gerakan, orang perempuan perlu bangkit memberikan satu tekanan, simbolik kepada provokasi untuk membantu kaum lelaki kembali sedar akan tanggungjawab mereka. Isu-isu wanita yang berkaitan dengan hak dan penindasan yang seringkali dijaja oleh golongan feminisme haruslah punya penyelesaian yang disediakan oleh gerakan wanita Islam. Gerakan wanita Islam sekarang haruslah lebih banyak cuba menerobosi media untuk kembali menjuarai pendominasian cara masyarakat umum berfikir. Golongan feminisme sangat berani dan lantang dalam mencanangkan pendirian mereka kerana mereka lihat tidak ada gerakan wanita lain yang berani menonjol seperti mereka dalam memperjuangkan isu wanita.

Keempat, ahli gerakan muslimah perlu lebih banyak membaca dan menambah pengetahuan mengenai isu semasa. Hal-hal semasa politik perlulah dititikberatkan dalam kefahaman seharian. Ibu Imam A-Syafie telah bersedia menyiapkan diri sebelum Imam As-Syafie lahir lagi untuk membentuk keperibadian mujahid ulung terhadap beliau.Begitu juga dengan ibu-ibu para pahlawan lain. Seharusnya, kita harus sedar peranan kita dalam melahirkan generasi pejuang masa hadapan. Jika kita mahukan anak-anak kita mahupun seluruh keturunan kita menjadi mujahid dan mujahidah ulung dalam perjuangan, kita harus terlebih dahulu memantapkan diri. Seorang wanita yang mampu membaca politik dan mempunyai pengetahuan yang bagus insyaAllah akan mampu melahirkan anak yang mampu mempunyai dayajuang politik dan punya kefaqihan agama yang tinggi. Perhatikan mengapa ada kata pepatah berbunyi, tangan yang menghayun buaian, bisa menggoncang dunia.

Kelima, walaupun, ahli gerakan telah ditanamkan dengan jatidiri sebagai aktivis dakwah, namun jangan sesekali kita tinggalkan tugas asasi kita sebagai seorang wanita. Kebolehan memasak, mengurus rumahtangga juga sangat penting diambilkira sebagai didikan utama terhadap setiap ahli gerakan wanita. Semuanya perlu persediaan dari awal agar apabila bergerak kerja dalam lapangan sesudah berumahtangga tidak menimbulkan masalah. Perlu diingat, tidak guna gerak kerja dakwah masyarakat sangat aktif, sekiranya kita tidak pandai menguruskan keluarga sendiri di rumah. Cara bekerja ahli gerakan dakwah muslimah yang belum berkahwin dan sudah adalah sangat berbeza kerana keutamaan sudah bertambah. Maka di sini, teknik pengurusan masa dan pembahagian tanggungjawab adalah penting untuk di pelajari.

Wanita memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah organisasi apatah lagi gerakan. Ahli gerakan muslimah harus kembali merebranding imej agar menjadi ikon kepada semua wanita tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Yang penting , wanita Islam menerajui perjuangan isu hak wanita selaras dengan kehendak syara’. Apapun, tidak dilupakan juga, muslimin juga memainkan peranan penting dalam membimbing wanita dalam memperjuangkan isu mereka..

Kemungkinan besar, isu feminisme tidak akan timbul seandainya semua lelaki benar-benar menghayati ajaran Islam. Adalah satu penipuan seandainya mengatakan tidak langsung berlaku penindasan terhadap hak wanita dalam kes-kes tertentu. Sesetengah lelaki yang berfahaman kolot dan tidak melihat wanita sebagai anugerah Tuhan, sewenangnya memanipulasi kelemahan wanita demi keuntungan mereka. Maka, tidak wajar sama sekali jika dikatakan tidak perlu ada perjuangan terhadap isu-isu wanita.. Isu perjuangan wanita bermula di Malaysia dalam tahun 1962 di mana tika itu, Kesatuan Guru-Guru perempuan dengan kerjasama Badan Wanita Kebangsaan mengadakan sebuah konvesyen menuntut gaji sama rata dengan pekerja lelaki. Waktu itu, walaupun wanita bekerja sama masa malah lebih daripada lelaki, gaji mereka tetap rendah. Malah lebih malang lagi, ada di antara sector yang tidak memberikan wang pencen pada bekas pekerja wanita. Ini menyulitkan wanita terutama yang bergelar ibu tunggal. Oleh, kesedaran kaum lelaki dalam menjaga kaum wanita juga berupaya membantu menangani masalah feminisme.

Fitnah banyak dimomokkan oleh para musuh Islam. Muslimah Islam kolot, ditindas dan dinafikan hak bersuara. Justeru, wanita Islam itu sendiri perlu bangkit menjernihkan kekotoran khabar angin tersebut. Mahasiswi Islam harus mula bertindak dan buat persediaan.

Persoalannya, bila kita mahu mulakan?



Thursday, August 7, 2008

ISU : PEMBUANGAN BAYI



JANGAN SALAH KAN IBU YANG MENGANDUNG. SALAHKAN DIRI SENDIRI YANG TIDAK MENOLONG!


Saban hari, negara kita digembar gemburkan dengan pelbagai analisa, berita, ulasan dan pendapat di dada akhbar mengenai satu situasi yang berlaku di sekita UTP baru-baru ini. Fitna atau kontroversi murahan di muatkan di media massa hanya untuk meraih publisiti melariskan jualan. Tidak cukup dengan itu, ada pihak yang dituduh untuk dipertanggungjawabkan dalam isu ini.

Sudah pastinya ini adalah isu pembuangan bayi. Memetik dari sebuah akhbar nasional (bukan Barisan Nasional) mengatakan bahawa berkemungkinan bayi itu adalah lahir daripada perbuatan orang tempatan dengan pelajar luar negara di UTP ini. Dari manakah datangnya bayi itu? Hasil siapakah bayi itu lahir ke dunia ini tanpa rasa bersalah? Yang pasti isu ini hangat sekali diperbualkan bukan sahaja dikalangan pelajar UTP malah juga tersebar luas dikalangan pensyarah dan staf di UTP.

Namun, perlu diingat bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi untuk menyebarkan kebenaran dan menewaskan kebatilan.


Masyarakat di Malaysia cukup sensitive dengan isu-isu seumpama ini dan pasti akan menyalahkan ibu yang mengandungkan anak itu sebagai punca utama atau root cause dalam hal ini. Mula lah ke sana ke mari menyebarkan berita dari mulut ke mulut. Perlu diingat bahawa mungkin sahaja kejadian ini dikurniakan kepada kita di UTP ini sebagai balasan maksiat yang kita buat selama kita berada di UTP.

Saya tidak menolak kenyataan bahawa sesetengah pihak menyalahkan bahawa hubungan social di kalangan pelajar UTP semakin lama semakin teruk. Bukan kita tidak tahu bahawa banyak kes-kes terpencil yang disembunyikan bertujuan untuk menjaga nama baik sendiri. Kes zina, perempuan masuk ke bilik lelaki dan berdua-duaan di waktu malam di padang menjadi satu kebiasaan.

Mengikut satu bancian di kalangan student UTP sendiri di k5, seramai 40 orang daripada 200 mengaku telah mengadakan hubungan seks sebelum kahwin.
Di manakah silapnya semua ini? Adakah kita perlu menuding jari semata-mata ke arah si ibu yang mengandungkan anak yang tidak bersalah? Atau pihak pengurusan yang melaksanakan tanggungjawab menggubal undang-undang? Atau pun diri kita yang tidak mengambil cakna dengan rakan-rakan kita lalu proses amar makruf nahi mungkar tergendala? Di sini adalah beberapa teori yang saya rasa mungkin menjadi cause kepada masalah gejala social di UTP:


1) Peraturan UTP yang terlalu longgar
Bagi pelajar IPTS, pelajar dianggap sebagai client dan peraturan yang dibuat adalah berpandukan hubungan antara peniaga dan pelanggan. Pelajar UTP yang bebas bergerak ke luar UTP antara lelaki dan perempuan mungkin menjadi punca.

2) SECURITY yang SOPAN?
Security di UTP sememangnya di geruni ketika kita membuat salah contohnya parking di tempat yang salah, tidak pakai helmet dan sebagainya. Ini kerana saman RM 30 yang dibawa ke hulu ke hilir menjadi mimpi ngeri ramai. Tapi, di manakah security ketika mana melihat aksi-aksi menarik pelajar di padang pada 12 mlm? Pelajar lelaki dan perempuan berdua-dua di bilik umum pada pukul 3,4 pagi. Mungkin security menghormati pelajar UTP.

3) Hujan EVENT
Fitrah manusia memang mahukan hiburan dan saya tidak menolak hiburan itu perlu untuk mengisi masa lapang yang ada. Cuma di manakah event-event untuk membentuk jati diri pelajar? Mahasiswa perlu berfikir sejenak dalam rangka kita sebagai mahasiswa terlalu banyak benda yang perlu kita buat seperti menolong masyarakat kampung, org miskin tertindas daripada kita sibuk berhibur. Pihak pengurusan perlulah bijak dalam memberi kebenaran kepada event yang bersifat pembentuk jati diri.

4) ATTITUDE
Bila menyebut tentang attitude, suka saya meningatkan bahawa diri saya dan rakan UTP berada dalam keadaan selesa a.k.a. comfort zone. Kita dibekalkan pelbagai kemudahan yang kadangkala melupakan kita erti syukur. Budaya couple sememangnya telah menjadi fenomena yang biasa. Rujuklah pihak tertentu untuk mengetahui cara berkeluarga yang terbaik.

Ini adalah sekadar teori 20 cents dari saya. Jadi dimanakah kita ketika ini? Berblog ? DoTa? Membuang masa..? Kita perlu berfikir lebih jauh dan terus bergerak dalam merencana agenda kita sebagai seorang student. Letakkan lah diri kita dalam rasa bersalah dengan kejadian yang berlaku di UTP baru-baru ini supaya kita mengambil ia sebagai satu benchmark untuk melakukan anjakan paradigma di UTP.

Monday, August 4, 2008

TIADA PILHANRAYA MPPUTP 2008/09?

PILIHANRAYA KAMPUS 2 BULAN LAGI?

Kita tidak mungkin terlepas dari tanggungjawab menjadi seorang pemimpin. Tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Leaders are made not born. Kata-kata yang sering dilontarkan untuk memotivasikan seseorang pemimpin. Hakikatnya, semua pasti menjadi seorang pemimpin tidak kira pemimpin bagi keluarga, seorang abang kepada adiknya, seorang majikan kepada pekerjanya ataupun seorang Perdana Menteri kepada rakyatnya. Tanggungjawab adalah sesuatu yang amat berat tetapi malangnya ia tidak dapat dilihat dan diukur supaya kita akan terus menerus memajukan diri. Like people said “The biggest room is room of improvement”. Tetapi malangnya bagi mereka yang hanyut, dek kerana dosa tidak menjalankan tanggungjawab itu tidak dapat dilihat, maka sesetengah mengambil endah tidak endah akan tanggungjawab menjadi pemimpin.

Majlis Perwakilan Pelajar adalah satu platform yang terbaik untuk mengasah bakat kepimpinan namun beban amanah yang dipertanggungjawabkan itu jauh lebih besar. Kepimpinan MPP disesebuah institusi seringkali menjadi perhatian. Sejak awal tahun 1970-an dahulu era kebangkitan mahasiswa di pelopori oleh golongan-golongan ini. Suara-suara mahasiswa yang kencang mengoyah tampuk pimpinan Negara menjadikan pilhanraya kampus itu dicorak dengan strategi-strategi 2 blok yang iaitu Aspirasi dan Pro-Mahasiswa disesetengah IPTA. Walaupun ada yang mengatakan pilihanraya ini adalah kotor dan dihiasi dengan pelbagai helah serta tipu daya untuk mengalahkan musuh tetapi bagi saya disinilah pemikiran yang sihat untuk bersaing antara satu sama lain selari dengan salah satu attributes to be well-rounded students iaitu technical competence.
Dalam satu kenyataan Prof Ungku Aziz
"Cabaran memberi perangsang dan jika kita menjelaskan sesuatu cabaran kita pun berasa senang dan tenang di dalam jiwa dan hati kita. Perlu saya ingatkan pula cabaran tanpa kuasa untuk menyelesaikannya boleh menimbulkan tekanan yang paling hebat. Sebagai penutup pesanan saya : Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar".

Prof Ungku A.Aziz sempat menukilkan bait kata-kata perangsang kepada pemimpin mahasiswa:
"Belajar sambil mencabar,
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang,
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin,
Berpengalaman mencabar DAN terpelajar".
( Prof. Ungku A. Aziz)


Itu adalah cerita di sekitar UM. Bagaimanakah pula di UTP? Mahasiswa adalah pencorak Negara suatu masa nanti kerana yang akan menjadi perdana menteri dan kabinetnya adalah kita. Jika tiada kesedaran berpolitik di peringkat university lagi adalah susah untuk mahasiswa bergerak di peringkat nasional apabila tamat belajar. Justeru, marilah kita mewarnakan pilihanraya UTP pada kali ini dengan persaingan yang sihat…!


Fiqh Keutamaan

Judul: Fiqh Keutamaan (Keutamaan Tugas-tugas Kaum Muslimin); Satu Kajian Baru Dari Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah
Judul asal: Fiqh Al-Awlawiyyat
Penulis: Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi

DEFINISI
Fiqh al-Awlawiyyat adalah meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia.

ASAS FIQH KEUTAMAAN
1. Perbandingan antara al-Masalih (kemaslahatan) atau al-Manafi’ (kemanfaatan), ataupun perbandingan antara semua kebaikan.
2. Perbandingan antara al-Mafasid (kemafsadatan) atau al-Madar (kemudaratan), ataupun perbandingan antara semua kemudaratan.
3. Perbandingan antara al-Masalih (kemaslahatan) dan al-Mafasid (kemafsadatan), ataupun perbandingan antara kebaikan dan kemudaratan.

PERBANDINGAN ANTARA AL-MASALIH
Tiga peringkat al-Masalih
1. Al-Daruriyyat (perkara yang darurat)- perkara mutlak yang diperlukan untuk kehidupan manusia.
a. Memelihara agama.
b. Memelihara jiwa.
c. Memelihara keturunan.
d. Memelihara akal.
e. Memelihara harta benda.
f. Memelihara nama baik.
2. Al-Hajiyyat (perkara yang diperlukan)- perkara yang apabila ia tidak ada maka kehidupan manusia akan menjadi sangat susah.
3. Al-Tahsiniyyat (perkara yang menjadi pelengkap)- hiasan tambahan dalam kehidupan.



Perbandingan antara pelbagai al-Masalih
1. Utamakan kemaslahatan yang telah diyakini berlaku ke atas kemaslahatan yang belum diyakini berlaku.
2. Utamakan kemaslahatan yang besar ke atas kemaslahatan yang lebih kecil.
3. Utamakan kemaslahatan jamaah ke atas kemaslahatan individu.
4. Utamakan kemaslahatan golongan yang lebih banyak ke atas kemaslahatan golongan yang lebih sedikit.
5. Utamakan kemaslahatan yang kekal abadi ke atas kemaslahatan yang bersifat sementara dan terhad.
6. Utamakan kemaslahatan asasi dan mendasar ke atas kemaslahatan sampingan dan pinggiran.
7. Utamakan kemaslahatan masa depan yang kuat ke atas kemaslahatan sekarang yang lemah.

PERBANDINGAN ANTARA AL-MAFASID
Berbeza-beza dan berperingkat-peringkat
Perbandingan antara pelbagai al-Mafasid
1. Dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan (kerosakan/kerugian), dan dilarang membalas balik kemudaratan/kerugian kepada orang lain.
2. Kemudaratan mesti dihalangi terjadi, sekadar kemampuan.
3. Kemudaratan tidak boleh dihalangi dengan melakukan kemudaratan yang seumpama atau yang lebih besar daripadanya.
4. Apabila ada dua kemudaratan, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil dan lebih kurang akibatnya.
5. Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil.
6. Untuk menghalangi kemudaratan yang akan menimpa orang ramai, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang akan menimpa individu.

PERBANDINGAN ANTARA AL-MASALIH DAN AL-MAFASID
Pengharaman khamar dan judi [2:219]
Perbandingan antara al-Masalih dan al-Mafasid
1. Mencegah kerosakan mesti diutamakan daripada memetik kebaikan.
2. Melakukan kerosakan yang kecil dibolehkan demi mendapatkan kebaikan yang besar.
3. Melakukan kerosakan yang bersifat sementara dibolehkan demi mendapatkan kebaikan yang bersifat abadi.
4. Kebaikan yang diyakini kewujudan tidak boleh ditinggalkan kerana kerosakan yang masih berupa angan-angan.

KEUTAMAAN KUALITI KE ATAS KUANTITI
Kisah Talut vs Jalut [2:149]
Awal dakwah [8:26]
Perang Badar [3:123]
Perang Hunain [9: 25-26]
Mukmin sejati [8:65]
Mukmin lemah [8:66]

KEUTAMAAN ILMU KE ATAS AMAL
Ayat yang pertama diturunkan [96:1-5]- ilmu. Selepas itu, [74:1-4]- amal; diturunkan.
Rujuk [47:19]- Pertamanya, Allah perintah Nabi Muhammad saw fahami ilmu tauhid, kemudian
beristighfar (amal).
Hadis- “Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka akan diberikan ilmu (kefahaman) mengenai agama-Nya. Kerana seseorang yang berilmu dan memahami ajaran Islam, ia akan mengamalkannya dengan benar dan baik.”
(Lihat Ibnu Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari Sharah Sahih al-Bukhari)

KEUTAMAAN KEFAHAMAN KE ATAS SEMATA-MATA HAFALAN
Rujuk [9:122], [8:65], [59:13]

KEUTAMAAN AL-MAQASID KE ATAS AL-ZAWAHIR
Al-Maqasid ialah tujuan dan intipati sebenar daripada sesebuah ayat yang datang daripada Allah SWT, atau pengertian secara kontekstual.
Al-Zawahir ialah pengertian dan kefahaman sesebuah ayat mengikut pengertian yang zahir tanpa melihat kepada intipati dan tujuan yang tersembunyi di balik itu, atau pengertian secara tekstual.

KEUTAMAAN IJTIHAD KE ATAS TAQLID
Ilmu yang sebenar ialah ilmu yang berdiri sendiri dan merdeka, seiring dengan hujah dan dalil, dan berpegang teguh dengan hak dan kebenaran.
Taqlid ialah mengikut-ikut dan mengulang-ulang perkara yang telah sedia ada.
Imam al-Syafi’i ra- ada dua pendapat, iaitu qaul qadim (pendapat lama-sebelum tinggal di Mesir) dan qaul jadid (pendapat baru-setelah tinggal di Mesir). Di Mesir, terdapat banyak perkara baru yang tidak dijumpainya semasa di tempat lain.