Wednesday, October 29, 2008

PILIHANRAYA KAMPUS UTP: BERAKHIR DENGAN KEGEMBIRAAN





Jika IPTA lain masih ketiadaan MPP kerana penangguhan pilihanraya tetapi di UTP, MPP baru bagi sessi 2008/09 telah berjaya membentuk sebuah kerajaan pada pukul 1.30 pagi tadi (30 Oktober 2008).
UTP adalah sebuah IPTS yang mempunyai visi untuk melahirkan pemimpin-pemimpin di peringkat dunia. Walaupun terdapat banyak perbezaan dari sudut suasana pilihanraya dengan IPT lain, pada kali ini pilihanraya di UTP tidak kurang hebatnya. Sebanyak 5 orang calon perlu dipilih daripada 11 orang calon yang bertanding untuk kerusi umum dan 6 orang perlu dipilih daripada 9 orang yang bertanding untuk kerusi program.
Pada tahun lepas iaitu 2007/08, kerusi MPP telah dimenangi tanpa pertandingan kerana kekurangan orang untuk menyertai pilihanraya. Ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya ialah perubahan pada syarat pilihanraya itu sendiri dan kesedaran politik yang amat kurang dikalangan mahasiswa UTP. Memandang serius pada perkara ini, kerajaan MPP pada sesi 2007/08 telah mengambil inisiatif dengan bersemuka dengan pihak HEP untuk mengubah beberapa syarat yang dirasakan tidak perlu di dalam pemilihan calon MPP. Selain itu, Kempen Mengundi yang diadakan pada awal Februari dan disusuli dengan Kempen Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pelajar pada bulan Julai yang lepas menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran berpolitik dikalangan pelajar.
Pilhanraya kali ini menampakkan hasilnya dengan penyertaan 11 orang calon untuk memenangi 5 kerusi umum (Majlis Tertinggi MPPUTP) dan 16 orang calon (7 menang tanpa bertanding) untuk kerusi program (Majlis Eksekutif MPPUTP).
Walaupun tempoh berkempen telah mengambil masa yang lama iaitu selama 14 hari, para calon menunjukkan prestasi dan komitmen yang mantap dari hari ke hari. Kereta jentera, blog, menara, bunting, banner, perang poster, roadshow bilik dan kuliah talah menjadi penyeri sepanjang tempoh berkempen. Namun, kemeriahan ini telah dicemari dengan beberapa insiden sabotaj yang berlaku kepada beberapa calon seperti poster dikoyak dan dispray, dikutuk ketika memasang poster dsb.
Walaubagaimanapun, keadaan ini telah menaikkan semangat dikalangan pelajar dan peningkatan terhadap jumlah undi sekali ganda daripada pilihanraya 2006/07 yang lalu iaitu 40 percent (approximately 2000 pelajar dari 5000 populasi pelajar dalam UTP) pelajar telah keluar untuk mengundi pada kali ini.
Berikut adalah keputusan piliahanraya MPPUTP bagi kerusi Umum UTP mengikut ranking:

KERUSI UMUM (MAJLIS TERTINGGI MPPUTP 2008/09)
HASMADI BIN HASBI =1683 UNDI
AHMAD FAROUQI BIN HASSAN =1600 UNDI
NORZILA BTE NOH= 1535 UNDI
NIK AKMAL AFIF = 1468 UNDI
NOOR SYUHADA BINTI HALIM= 1450 UNDI
MOHD FARRIZ IJAZ= 710 UNDI
SOFIA SHAHAROM=643 UNDI
ADONIS SINGH= 499 UNDI
MOHD ASYRAF FADZLEE= 473 UNDI
KHALIB ISMAIL= 449 UNDI
RAHIMAH MOHAMAD NAWAI= 423 UNDI

(5 YANG TERATAS DIPILIH MENJADI MAJLIS TERTINGGI MPPUTP 2008/09)

KERUSI PROGRAM (2 Nama Teratas Dipilih Menjadi Majlis Eksekutif MPPUTP)
Information Communication Technology
1. Nurul Farhan Normi
2. Amir Hamzah
2. Khael Abdul Malik


Chemical Engineering
1. Nur Farhani Mohd Zulhairi
2. Wan Ahmad Faiz Wan Razali
3. Muhammad Aimen bin Isa


Petroleum Engineering
1. Awangku Alizul Azahari Bin Awangku Mathali
2. Muhammad Hafiz Bin Khairul Azmi
3. Ron Fernandez


Business Information Systems (win unopposed)
1. Aizi Syazwan Azman
2. Nazurah Husna

Electrical & Electronic Engineering (win unopposed)
1. Mohd Zulhilmi Zaini @ Pungik @ Martin

Mechanical Engineering (win unopposed)
1. Shalini a/p Subramaniam
2. Mohd Safwan Izzudin


Civil Engineering (win unopposed)
1. Mohd Amin
2. Siti Nadiah Norbeh



Dengan berakhirnya Hari Mengundi pada 29 Oktober 2008, Pilihanraya MPPUTP 2008/09 melabuhkan tirainya. Kepada yang menang, jalankan tanggungjawan dan manifesto anda dengan sebaik mungkin. Kepada yang tidak berjaya, anda adalah calon yang terbaik dan menjadi agen check and balance kepada MPP. Selamat BEKERJA!

10 comments:

aya hidayah said...

knp xde civil??

rahimah mohamed nawai said...

salam.. hehe..
walaupun kalah, ini bukan titik noktah utk meneruskan perjuangan. malah, mungkin perjuangan di side lain lebih diperlukan.

kepada new line up MPP, tahniah! sememangnya anda layak dan anda telah diberi amanah. maka, sedarlah, amanah itu suatu yang amat berat dan sebelah kaki anda telah pun berada di neraka. jadi, pastikan sentiasa rasa tidak puas dengan prestasi dan kualiti anda dlm menjalankan amanah itu.

wallahualam.. wassalam..

Admin said...

dah masukkan cve..tak perasan..
kpd rahimah, teruskan perjuangan ana. InsyaAllah setiap perkara ada hikmahNya yang kita sendiri tidak tahu.

Kekalahan adalah satu proses pembelajaran (quoted from Tn Hj Jalil)dan tidak bermakna ia merupakan titik penghalang untuk meneruskan perjuangan di bumi UTP ini.

p/s-menjadi seorang ketua tidak bermakna kita perlu berada di atas. Kepimpinan di peringkat pelajar biasa juga boleh merubah suatu mimpi kpd realiti. Believe in yourself

achan said...

good luck to all the new line-up of MPPUTP 2008/09. We will support you from as long as you be our *representative*..the real one huh..to all candidates yg tak berjaya.. congratulations because you are among the students with high political awareness and success to break the comfort zone of UTP students

dOtZ aL-BanGi said...

mungkin bleh dibetulkan statement tu.....

tahniah pada yg menang..... ianya amanah dri Allah...

Admin said...

comment to rahimah:
Correction *teruskan perjuangan anda

a said...

Salam w.b.t,

Tahniah kepada semua calon-calon yang menang mahupun tidak terpilih dalam MPP. Sesungguhnya anda memberikan satu dimensi baru dalam senario UTP.

Walaupun kalah, saya pasti masih ada ruang lain untuk memberikan bakti kepada masyarakat. Mungkin Allah sudah takdirkan MPP bukan platform yang sesuai untuk saya

Wallahualam... wassalam

Amir Hamzah said...

MPP == Haye je lebih..muhahaha

Mohd Nurul Amin said...

tahniah la kerana menang. aku harap korang dapat la tukar persepsi kebanyakan pihak termasuk aku terhadap MPPUTP ni. aku da penat dah

Bijen M. said...

satu perkembangan baik dan memberansangkan bagi era baru kesedaran politik di kampus khasnya juga tanah air amnya..