Tuesday, June 9, 2009

Revolusikan Melayu (I)

Melayu adalah kaum yang terawal menjejakkan kaki ke bumi Tanah Melayu. Menjadi penduduk asal Malaysia di samping menerima kedatangan pendatang-pendatang asing bangsa Cina dan India suatu ketika dahulu menjadikan mereka terasa gah. Mendapat keistimewaan dan hak yang terjaga dalam perlembagaan Malaysia menjadikan mereka semakin layu dan gagal bersaing di pentas dunia. Tidak dinafikan ada di antara Melayu yang mampu membawa nama Malaysia ke serata dunia dengan pencapaian yang membanggakan, namun jika dinisbahkan jumlah yang berjaya mengharumkan negara dan mereka yang berjaya menduduki kandang-kandang besi sungguh besar jurangnya.
Dari satu bangsa yang gagah di Zaman Kesultanan Melayu Melaka menjadi satu bangsa yang kehilangan jati diri di era ini.

Di manakah silapnya? Persoalan ini mungkin mempunyai pelbagai jawapan mengikut tafsiran masing-masing.

Jawapannya mungkin salah melayu sendiri.

1. Rancangan Televisyen
Dalam era teknologi kini, setiap rumah sudah pasti mempunyai televisyen sendiri di rumah. Televisyen merupakan suatu alat hiburan yang boleh jadi member manfaat dan dalam masa yang sama boleh memberi mudharat yang besar kepada pengguna. Di sini ingin saya mengutarakan beberapa rancangan televisyen yang merosakkan orang Melayu sendiri antaranya ialah rancangan seram Keliwon dan Tom Tom Bak di Astro.

-Rancangan-rancangan seram seperti Keliwon dari TV3 menceritakan tentang realiti yang dilakukan oleh kebanyakkan masyarakat Melayu yang masih berpegang pada kepercayaan khurafat dan mensyirikkan Allah. Rancangan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa orang melayu itu lemah dan masih berada dalam keadaan jahiliah yang sekaligus memberi persepsi negative kepada orang melayu sendiri. Penerangan yang tidak jelas dalam aspeks agama Islam mengenai perbuatan khurafat yang dilakukan dalam rancangan tersebut pasti sahaja boleh menyesatkan mereka yang menonton dan menjadikan aqidah yang mereka pegang terpesong.

Rancangan Tom Tom Bak di Astro merupakan suatu rancangan kanak-kanak yang popular pada hari ini. Rancangan yang berunsur ceria ini pasti mendapat tempat dikalangan masyarakat khususnya Melayu. Kebanyakkan peserta dan penonton yang hadir di studio rakaman terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu. Rancangan ini terdiri daripada

3 segmen iaitu
• Anmum Essential Jom Borak - adik-adik berkongsi pendapat
• Ada Bakat Ke? - Saksilah persembahan hebat
• Anmum Essential EJA! - Mari mengeja bersama-sama!

Walaupun mempunyai slot yang mengajar dan mengajak kanak-kanak mengeja, ia tidak mampu menutup mudharat yang dibawa daripada slot-slot yang lain di mana kanak-kanak disuruh menari menunjukkan bakat mereka dengan berpakaian yang kurang sopan dan slot bertukar pendapat yang matlamatnya bukan menguji IQ kanak-kanak tetapi menjadi bahan gelak kepada penonton. Pendedahan awal kanak-kanak terutamanya Melayu kepada perkara sedemikian sudah pasti membantutkan usaha melahirkan generasi yang berdaya saing untuk mewarisi kepimpinan negara nanti.

Mereka adalah kanak-kanak yang tidak arif tentang dunia dan sudah menjadi tanggungjawab untuk kita sebagai orang dewasa menjadi guider mereka yang baik.

Selain menyediakan Rancangan Televisyen yang bermatlamatkan untuk mendapat rating yang tinggi dikalangan penonton, pemilik-pemilik syarikat saluran televisyen dan Kementerian Penerangan perlu memainkan peranan dengan melihat kesan jangka masa panjang sesuatu rancangan sebelum di keudarakan.
Rancangan ilmiah seperti kanak-kanak Kilat, Bicara Siswa, Mari Mengaji perlu pertingkatkan untuk menjadikan Malaysia mampu melahirkan masyarakat yang berdaya saing khususnya Melayu.






3 comments:

Hasmadi Hasbi said...
This comment has been removed by the author.
Hasmadi Hasbi said...
This comment has been removed by the author.
Hasmadi Hasbi said...

Salam,ana terpaksa bersetuju dgn isu media ini, terutama melalui media utama. Ana sempat mengintai, memerhati & meneliti rancangan2 yang disiarkan, dengan ulasan fakta yang tdk telus,bias dan berat sebelah, ditambah lagi dgn rancangan2 yg mengugat aqidah umat Islam lagi x perlu ana perjelaskan, jauh menyimpang dr lunas2 ISlam.Ketidakprofesionalan media ini juga memperkosa kredibiliti kewartawanan.. Setakat ini, ana melihat 1 sahaja yang rancangan yg menambah pembugaran intelektualan penonton iaitu 'Suara Siswa' setiap hr slasa, pkl 9-10pm. Rancangan yg menampilkan Presiden2 MPP/MPM universiti seluruh ngr sbg panelis mengupas tentang isu2 yang kritikal, yang menyentuh soal politik, ekonomi & sosial negara. sgt menarik dan harapan supaya wacana2 ilmu sebegini diperbanyakkan. Terlupa!! Hujah(tv9,930-10pm,slasa) dan juga B-spot(tv9,10-1030pm,slasa) pun bgs jg.