Tuesday, June 9, 2009

Retorik Perjuangan MAHASISWA: Salah Siapa?

Artikel ini adalah berdasarkan penghayatan penulis terhadap senario yang acapkali dihadapi oleh mahasiswa.

Kita sering dengan perkataan seperti kebangkitan, revolusi, rebranding dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang mengambarkan tentang suatu perubahan yang perlu dilakukan ke arah pembaikan.

Bilamana perkataan ini dikaitkan dengan perjuangan mahasiswa di kampus ianya menjadi seakan perkataan yang retorik. Tidak kira di peringkat tertinggi kepimpinan mahasiswa hingga ke peringkat bawahan.

Mengapa?

Persoalan yang perlu dijawab oleh anda sendiri. Kita sering membangkitkan di dalam mesyuarat, usrah, perbualan-perbualan mahupun presentation bahawa adalah menjadi suatu yang sangat penting untuk kita mengetahui isu-isu semasa. Isu semasa dikatakan perkara asas untuk kita tahu supaya kita tidak tenggelam dengan arus perdana yang membawa dakyah.

Namun sebanyak mana yang bertanya itu tahu tentang isu semasa yang berlaku di sekitar kampus. Untuk kita mengetahui isu semasa yang berlaku di luar universiti adalah satu perkara yang sangat baik namun terdapat segelintir mahasiswa yang terus melupakan perjuangan dakwah mereka di kampus.

Seolah-olah mereka meletakkan diri mereka jauh lebih penting untuk berperang di lingkungan perang yang luar dari kuasa mereka dan akhirnya menjadikan perjuangan di kampus adalah bersifat estetika. Kemudian di sekitar mereka menjadi lebih teruk. Jangan lupa bahawa jika masyarakat di sekeliling teruk akhlaknya, maka ia akan menjadi penyumbang yang lebih besar apabila sudah bergraduasi nanti dan menjadi penerus kepada perosak di dalam komuniti.

Badan-badan kepimpinan Mahasiswa yang menjadi wadah untuk menegakkan yang Haq di kampus berusaha memperjuangkan perubahan di kalangan mahasiswa tanpa mendapat overall support dari rakan sekeliling.

Inilah yang menjadikan perjuangan mahasiswa sekadar tinggal semangat dan hilang punca. Kesedaran tidak dapat disamaratakan dengan generasi sezaman.

Check and balance dan details investigation diperlukan supaya sumbu yang dipasang tepat arahnya.

Sekadar menunggu Gurun Sahara menjadi padang rumput tidak akan bisa terjadi tanpa sunnah alam yang memerlukan usaha ke arahnya melainkan dengan kuasaNya.



6 comments:

Hasmadi Hasbi said...

Salam Ya Akhi Hanif, gud post, bt ana terfikir, gud reminder for pejuang2 mahasiswa.. ana bersetuju, bak kata pepatah 'yang dikejar x dpt, yang dikendong berciciran'.. yang plng bgs, cakne terhadap halehwal kampus dlm & luar secara selari..

Admin said...

Wslm. Semoga anda dan seangkatan dapat memacu mahasiswa UTP lebih ke hadapan. Beranikan diri memberi pendapat tentang isu-isu yang lebih kritikal dan nasional selari nama MPP.

Perubahan perlukan keberanian

A for Alhamdulillah said...

kalau ana kate sbb terlalu byknye teori dr praktikal yg dibuat bole?

i'm not of those yg layak nk ckap mcm ni, just spilling what come crossing my mind

things're always easier said than done

semoga berjaya memacu perubahan yg semua impikan

:)

Admin said...

to Ammira

-thnks

-Teory more than practical? You and yourself determine it

-Perjuangan usaha yang berterusan, sbg mata rantai usaha secara berperingkat perlu dibuat tanpa mengharapkan kejayaan dalam masa terdekat

-Kesedaran perlu dipupuk oleh semua. Bergerak berseorang semestinya tidak dapat mengubah apa-apa, namun jika secara berjamaah mungkin akan ada hasilnya

-Keadaan Islam sekarang tidak mengizinkan kita untuk berhenti berehat, sumbangkan apa yg ada selagi bernafas

Anonymous said...

Salam Aleik..a Ana Stuju dengan Ammira Azmi ckp...Na'am, jika berjalan islam atas dasar ilmu sahaja, maka ia bukan islam... yasluk ilmu ma'al amal... itu adalah penyebab besar ustaz2 mutaakhirin tidak berjaya dalam dakwah mereka...
walau sejauh kejordan,mesir,moroco au mama2 institusi, itu bukan murradnya... Murradnya humul ilmu wal amal wal ihsan...
Insya Allah...
tune sikit je,Allah sntiasa bersama...
Maaf...Ana bukan dr mana2 institusi pembelajaran mcm UTP dan lain2...

Cuma apa yg baik... ia tidak akan kekal disisi Jaahil...
dan yang mungkar jua akan kekal disisi si Jaahil...
jika tidak ada penyucian pada Hati di dalam amalnya...
Elakkan dari beramal krn nafsu...
krn ia adalah penyebab utama kekalahn pd insan...

"ala kulli hal...

pegang pd 3konsep td...
enta blh jd dai'e yg soleh di UTP...Ma'a Allah wa ma'aNabiy...
Rasulullah asalnya dr seorang berdakwah...lalu,biidznillah dpt kumpul mjdi satu jemaah yg bertambah...
janji ada musyaratah,mujahadah,muhasabah dan musyahadah yg kuat...tanpa menafikan kata Rasulullah " "alaikum Bil Jamaah"...kalau blh jalankan kerja dakwah tanpa terlalu menunggu bilangan...

Muhammad Al-Baisuuti

Anonymous said...

mohon di share...syukran