Thursday, June 18, 2009

Isu SPM Dihadkan Kepada 10 Subjek: Kerajaan Sekular yang Mengsekularisasikan Pendidikan

Kenyataan Muhyiddin Yassin: Kenapa perlu dihadkan SPM kepada 10 subjek menjelang SPM 2010 (kepada aliran sains agama dibenarkan 11 subjek hingga 2010 sahaja, pada SPM 2011 ke atas hanya 10 subjek kepada semua)

1. Untuk meningkatkan sistem pemarkahan dalam peperiksaan sebagai refleksi pencapaian akademik pelajar-pelajar.

2. Untuk menyelaraskan para pelajar sekaligus memudahkan pemberian biasiswa.

3. Untuk meringankan beban guru kerana apabila pelajar dihadkan matapelajaran dalam SPM, guru-guru tidak dibebankan dengan mengajar matapelajaran lain.

4. Ibubapa tidak perlu bersusah payah untuk menghantar anak mereka ke banyak kelas tuisyen.

5. Supaya pelajar ada masa yang lebih untuk extracurricular activities dan mengasah potensi dan kreativiti selari dengan National Education Blueprint.

Muqadimmah

"Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan Jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati (tetapi) tidak mengerti dengannya, dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengannya, dan bgai mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Al-‘Alaq: 179)

"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)

Ayat Al-Quran dan Hadith di atas merupakan muqadimmah kepada post ini yang menunjukkan bahawa menuntut ilmu adalah wajib dan dituntut dalam Islam. Umum perlu tahu bahawa Islam adalah agama yang menghargai ilmu sehingga ke tahap wajib diletakkan umatnya untuk mencari ilmu.

Islam sangat menggalakkan umatnya menuntut dan mencari ilmu sebanyak mungkin.

“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina”-Al-Hadith

Sejarah telah menunjukkan bahawa kegemilangan Islam yang didokongi oleh ilmuwan-ilmuwan seperti Ibn Sina, Ibn Nafis, Al-Khawarizmi, Al-Farabi dan banyak lagi.

Ilmuwan-ilmuwan ini bukan hanya mahir dalam satu bidang sahaja tetapi pelbagai bidang setiap seorang daripada mereka. Sebagai contoh ialah Ibnu Sina. Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan, malahan beliau adalah mahir dalam bidang kosmologi, kimia, geografi, kejuruteraan, sajak dan pelbagai lagi.



Pendapat
1. Jika kita mengimpikan masyarakat yang berdaya saing, mampu berfikir dan memacu negara ke arah yang lebih jauh, KITA PERLU MEMIKIRKAN BAGAIMANA UNTUK MENDIDIK MASYARAKAT UNTUK MENCINTAI ILMU bukan menghalang mereka dari mencintai ilmu. Rata-rata mereka yang mengambil lebih subjek adalah mereka yang cemerlang dan mampu dan yakin untuk menghadapi peperiksaan SPM yang diambil. Justeru tiada masalah yang perlu timbul jika hendak mengambil lebihan subjek.

2. Guru bertindak sebagai guider kepada pelajar bukan batu penghalang untuk melihat anak-anak didikan mereka berjaya. Sepanjang pengetahuan saya, tiada guru yang mengajar 2 subjek yang jauh berbeza, jika adapun mungkin subjek yang hanya sedikit berbeza. Sebagai mengambil contoh kemungkinan ada guru yang mengajar Matematik Moden dan Matematik Tambahan. Namun ianya dilihat sebagai minor kerana sehingga sekarang tiada aduan yang diwar-warkan mengenai hal ini kepada umum. Ini mungkin hanya spekulasi yang ditimbulkan untuk menyokong kenyataan Muhyiddin Yassin.

3. Ibubapa tidak perlu bersusah payah untuk menghantar anak-anak ke banyak pusat tuisyen? Alasan yang sangat tidak munasabah. Agaknya mana mudarat yang lebih besar apabila anak-anak sibuk mencari ilmu dari sibuk melepak tidak tentu hala dengan kawan mereka. Mungkin isu disini adalah dari segi kewangan. Namun, jika keluarga itu mampu apa salahnya. Selain dari itu, tuisyen bukan merupakan satu-satunya punca kecemerlangan pelajar. Madihah dapat 20A pun tidak pergi ke tuisyen.

4. Pemberian Biasiswa adalah kepada pelajar cemerlang. Tidak timbul sebarang permasalahan jika pelajar itu mengambil lebih subjek.

5. Jika mahu membiarkan pelajar mempunyai lebihan masa untuk aktiviti-aktiviti extracurricular adalah baik. Ini adalah penting untuk melahirkan masyarakat yang bagus dari sudut kepimpinan, komunikasi dan pemikirannya. Namun, tidak perlu sehingga mengehadkan SPM kepada 10 subjek. Lebih baik diberi penekanan dari sudut pengurusan masa dan diri dari mereka dimanjakan dengan ruang-ruang yang tidak sepatutnya diberikan. Penekanan ini yang akan menjadikan mereka berdaya saing.

Kes I: Pelajar Kurang Aktif dan dengan mengehadkan 10 subjek SPM diharapkan supaya dia aktif.
Ini tidak mungkin berlaku selagi tiada kewajipan dalam pelaksanaan. Kerana pelajar seperti ini


6. “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” –Falsafah Pendidikan Negara
Saya melihat kontra pedapat Muhyiddin Yassin ini dengan falsafah negara yang Malaysia pegang. Sepatutnya memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh adalah dengan meningkatkan potensi pelajar bukan membantutkan potensi pelajar. Bagaimana hendak melahirkan masyarakat yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan dengan mengehadkan kebijaksanaan pelajar.

7. Jika perkara ini diluluskan, mindset pelajar yang belajar untuk mendapatkan pekerjaan semata-mata akan meranapkan masa depan negara dalam jangka masa panjang. Malaysia akan menjadi negara yang bukan melahirkan insane tetapi adalah mesin.

8. Jika Najib nak mencipta nama dengan OneMalaysia, ianya adalah idea yang menarik tetapi pelaksanaannya masih diragukan. Muhyiddin pula dengan idea yang pada awal-awalnya ditolak kerana terlalu mengarut apatah lagi pelaksanaannya nanti.

9. Tidak perlu untuk menutup kejayaan yang cemerlang pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Kelantan seperti Nik Nur Madihah dan Siti Fatimah Mukhtar dengan menjadikan had maksimum subjek SPM kepada 10 mata pelajaran.

Kesimpulan

1. Harap tiada lagi idea yang lebih ‘hebat’ dari idea ini dalam Kerajaan Najib agar Barisan Nasional tidak undur lebih awal dari jangkaan.
2. Manusia adalah manusia, bukan robot. Tidak dapat dirancang dengan logik semata-mata, perlu berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah dan sumber- sumber lain yang Islam diiktiraf.
3. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu. Janganlah mengsekularkan pendidikan setelah pelbagai benda lain disekularkan.

“Jika manusia itu merasa hebat(besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah.Jika manusia merasa kuat makan,sebenarnya besar lagi perut lembu.Jika manusia merasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang buas (seperti singa atau harimau).Jika manusia merasa bangga dengan tahan lasaknya ,sebenarnya tahan lasak lagi unta.Jika manusia merasa bangga dengan kecantikkanya ,sebenarnya cantik lagi buruk merak……Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya”Imam Ghazali



7 comments:

AnjeRuby a.k.a Kak Abell said...

kenapa kerajaan kita xmau tambahkan kualiti subjek agama yer?..kata negara islam..pelik kan? pelik pelik...maka, gejala sosial bermaharajalela.

maxikin said...

saya pun xfaham ape yang kerajaan nak buat sebenarnya... isu bahasa x habis lagi sekarang ni timbul isu baru lagi...kesian budak2 kene 'hadap' dengan masalah politik orang dewasa... saya rasa x salah klu amik lebih subjek, itu semua atas pilihan masing2. Setiap orang dilahirkan dengan pelbagai tahap kecerdasan akal dan fikiran... terpulang bagi mereka nak mengeksploitasikan macam mana..
kadang2 pada tahap SPM nie kita x tau lagi minat dan kecenderungan. Masa ni lah budak2 tu di perluaskan lagi mindanya dengan pelbagai disiplin ilmu...

NiK said...

salam,
pembetulan: tuntut ilmu sampai ke negeri cina bukanlah dari nabi tapi dari para sahabat

insan said...

astaghfiruLlah..
syukran Nik atas teguran
Hadith tersebut adalah batil

civilizedee said...

pendidikan~~~
satu lagi aspek dalam 1 malaysia..
(harap ade la post pasal nie)

xsalah cadangan ni
cume byk kompilasi
1. pelajar xboleh mengambil subjek tambahan spt seni, geografi, dsb...
lantas, ada kemungkinan negara kehilangan bakat2 besar...
2. guru yg mengajar subjek2 tambahan nak keje ape???
3. betulke dapat kurangkan exam oriented???


(ambo segan la nak post sebnarnye seblum2 nie....har2...sori anep...ngan ko pon ambo segan2 laie)

latecomer said...

bukan nak sokong memane pihak.
okay ape kalo 10 subjek je spm.
ni la mentaliti yg kita xnak.
dah amek 10 subjek je spm,
adekah menghalang kita nak blaja subjek2 laen tu?
nampak sgt blaja utk exam je.
ataupun nak bangge sebab mampu amek byk2 subjek?
penulis seolah2nak ckp,pihak yg hadkan subjek tu hadkan pembelajaran.
pasahal just hadkan exam sistem je.
ko nak blaja byk2 blaja la.just bile nak spm amek 10 cukup.
that's it.simple pimple a'ight?

sorry kalo opinion bercanggah.ni utk diskas aje.

insan said...

salam n syukran kepada yang merespon,
setiap orang pasti akan ada pendapat mereka masing-masing terhadap sesuatu perkara. terimakasih kpd latecomer yang menganjurkan satu perbincangan ilmiah..

sy sgt menghargai pandangan yang bertongkah arus. betul apa yang anda katakan bhw 10 subjek tidak menghalang utk kita terus belajar subjek-subjek lain yang ada.

cuma perkara yang perlu difikirkan ialah adakah ianya berlaku di zaman ini? adakah kesedaran terhadap kepentingan ilmu itu tinggi dikalangan masyarakat dunia umumnya dan masyrkt Malaysia khususnya.

Jadi saya menganjurkan untuk kjaan supaya mencari jalan untuk mendidik masyarakt utk mencintai ilmu.

Jangankan jalan itu belum dijumpai, sudah datang dengan ketukan yang membantutkan/menyekat usaha ke arah mewujudkan msyrkt berilmu dalam mana tiada daun pun yang berguguran.