Wednesday, November 19, 2008
ADAKAH KITA DAI’E ATAUPUN….
Islam adalah agama yang sesuai untuk sepanjang zaman. Selari dengan ajarannya yang berpandu pada Al-Quran dan As Sunnah, sepatutnya Islam boleh diguna pakai sebagai undang-undang sebuah Negara yang bukan sahaja didiami oleh masyarakat Muslim malahan kepada Non-Muslim. Lihat sahaja pimpinan Rasulullah S.A.W. di Madinah, baginda yang pada awalnya hanyalah sekadar orang yang berhijrah dapat memimpin masyarakat Madinah yang mempunyai pelbagai latar belakang budaya dengan aman dan damai. Inilah kemuliaan dan uniknya Islam. Namun pada masa sekarang kita gagal melakukan seperti mana yang Rasulullah lakukan. Di manakah salah kita? Adakah kita extremist? Adakah kita pernah berfikir sejauh manakah pandangan non-muslim terhadap dakwah yang kita bawa? Sejauh manakah persediaan kita untuk memerintah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai bangsa? Kita tidak perlu pergi jauh, adakah kita bersedia menjadi pemerintah kepada masyarakat pelbagai agama di kampus kita? Renungkan..
Kala ini, pelbagai perspektif negatif terhadap Islam yang kita dengari berbanding dengan kemurniaan yang sepatutnya berlaku. Bagi para dai’e yang seringkali menganggap mereka ialah pejuang-pejuang yang meneruskan rantai perjuangan masyarakat dahulu, dimanakah sebenarnya peranan kita sebagai dai’e. Adakah kita dai’e yang sebenar ataupun sebenarnya kita adalah fitnah kepada Islam? Apakah yang dimaksudkan dengan fitnah disini? Fikirkan..
Jauh disudut hati kita tidak mahu perkara ini berlaku, namun marilah kita mengambil masa sejenak berfikir dimanakah kedudukan kita. Muhasabahlah diri kita seketika sebelum mengambil langkah seterusnya.
Anjakan paradigma perlu dibuat selari dengan keadaan semasa di mana-mana kita berada. Pendekatan kita terhadap sesuatu perkara perlu disemak semula untuk memastikan keberkesanannya. Tidak kira di mana kita berada, jangan takut untuk melakukan perubahan terhadap gerak kerja kita asalkan ia masih selari dengan kehendak syar’ie. Dai’e perlu lebih kritkal dan kreatif dalam mendekati mad’u yang kebanyakkannya mahu kepada Islam cuma kurang dari sudut kefahaman. Dai’e should be independent rather than depend on others in many perspectives. Apa perubahan yang perlu kita lakukan? Saya bukan lah orang yang layak untuk membincangkan dengan mendalam isu ini. Referlah kepada ustaz-ustaz dan yang lebih berkelayakan. Memang susah perjuangan dakwah ini namun titik peluh kita lah yang bakal menjadi saksi untuk kita mendapatkan syurga kelak.
“Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.”
Syed Qutb menafsirkan ayat ke-3 Surah Al-Asr, bahawa orang yang hendak membawa kebenaran ini pasti akan melalui kesusahan dan hendaklah dia bersabar.
Ya Allah rahmatilah kami, terimalah taubat dan amal ibadah kami. Semoga kami tidak tergolong dalam golongan yang menjadi fitnah kepada Islam. Amen..
(sekadar memuhasah diri..Wallahu'alam)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment