Sunday, July 13, 2008

Consequence Management (CM): Suatu Pendidikan atau Penyeksaan?

Consequence Management (hereinafter called “CM”)
CM adalah kali kedua dilaksanakan pada semester ini di UTP setelah satu semester mencorak sistem UTP bagi mereka yang bergelar PETRONAS scholar. CM dilaksanakan dalam rangka untuk meningkatkan kualiti akademik di kalangan pelajar UTP yang seringkali digelar cream of the cream. Dengan pelaksanaan sistem CM [as mentioned below],

GPA Below 2.5

1st time
Allowance: Withheld
Tuition: On-continue payment
Remarks: Allowance can be reinstated only after scholar satisfies any of the following requirements:
· Improved mid-semester result
· Positive report from UTP counsellor
· Positive report from Programme Head
2nd time
Allowance: Off-Automatic Suspension
Tuition: On-continue payment
Remarks:
· Automatic suspension of all allowances. No appeal
· Tuition fees are still paid to enable scholars to continue study
· Reinstatement of allowance for next semester only if GPA is above 2.5
3rd time
Allowance: Off-stop payment
Tuition: Off-stop payment
Remarks:
· Automatic suspension of all allowances. No appeal
· Termination of sponsorship (status: BOC-Breach of Contract)
· Continue study at their own cost
pelajar lebih memberi perhatian kepada prestasi akademik mereka. Mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri mereka at least mendapat 2.5 ke atas. Dalam kerancakan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan teknologi di Malaysia dan serata dunia, permintaan daripada syarikat-syarikat besar semakin tinggi untuk mengambil pekerja. Justeru, PETRONAS dan UTP sememangnya selari dengan permintaan dunia dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti.
Bagi pelajar yang pertama kali CM, biasiswa mereka akan dipotong semuanya iaitu sebanyak RM 500 sebulan sehingga mereka menunjukkan peningkatan dalam prestasi pelajaran mereka sewaktu mid-semester test. Kemudian, biasiswa akan dimasukkan kembali ke akaun mereka. Bagi mereka kali kedua CM, biasiswa mereka akan dipotong semuanya tetapi bayaran tuition akan ditanggung. Dan bagi kali ketiga CM, biasiswa bulanan dan bayaran tuition akan diberhentikan serta merta.
Cuma adakah pelaksanaan CM ini sememangnya relevan untuk pelajar di UTP? Frankly speaking pelaksaan CM ini memang banyak kebaikan dari sudut mewujudkan technical competence di kalangan pelajar dan critical thinking dalam mengendalikan masalah-masalah yang muncul dan saya sangat setuju dengan pelaksanaan ini. Cuma pendekatan yang digunakan PETRONAS adalah terlalu drastik dan kebanyakan pelajar seakan-akan terkejut dengan pelaksaan sistem ini. Bagi pelajar yang sumber kewangan nya bergantung kepada PETRONAS semata-mata, mereka tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa akur dengan kehendak sumber kewangan mereka.
Satu lagi masalah yang timbul adalah kepada pelajar-pelajar yang miskin yang terkena CM. Mereka terpaksa bergantung kepada diri mereka sendiri untuk mencari duit kerana tidak mahu meminta kepada ibu bapa yang berasal dari keluarga susah. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar dan akhirnya tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran mereka sendiri dan implikasinya CM kali kedua dan ketiga. Pihak yang sepatutnya lebih meneliti isu-isu seperti ini dan menimbangtara tentang relevansi CM ini. Kita juga tidak dapat menolak kemungkinan bahawa mungkin ada pelajar yang terpaksa membuat kerja “kotor” untuk mendapat duit untuk meneruskan pelajaran mereka. NauzubiLlah..
Bukan menolak seratus-peratus dengan CM, kaedah yang lebih efektif perlu dibentuk supaya kebajikan pelajar lebih terjaga. Mungkin perlu dilakukan secara perlahan-lahan sistem ini. Seperti pada peringkat awal mungkin biasiswa yang diberikan boleh dikurangkan daripada memberhentikan semuanya seperti mengurangkan daripada RM 500 sebulan kepada RM 200 sebulan sebagai memberi pengajaran kepada pelajar. Justeru pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keputusan mereka. Pendekatan secara mendidik lebih memberi kesedaran daripada pendekatan secara menyeksa.
Namun kita adalah manusia biasa, sistem yang diuji perlulah ada tempoh masa yang matang untuk menguji keberkesanannya. Jika ada kesilapan dalam sesuatu sistem ianya perlulah diakui dan ditambahbaikan dari masa ke masa. Di harapkan pihak yang sepatutnya dapat meletakkan diri mereka dikalangan pelajar miskin yang dikenakan CM.

7 comments:

Anonymous said...

Posting yang menarik dan kena pada masanya!

Saya bersetuju dengan penulis bahawa CM ada pro n cont tersendiri. Memandangkan CM masih baru dalam peringkat perlaksanaannya, banyak yang boleh diperbaiki untuk mengelakan kesan negatif kepada pelajar.

Saya melihat, MPP seharusnya memainkan peranan besar untuk berdiskusi dengan pihak akademik dan juga ESU untuk menghasilkan win-win situation.

Memang ESU ingin memberi tekanan kepada pelajar bawah 2.5, tetapi kita mengharapkan tekanan tersebut dalam bentuk yang lebih positive and motivating, not punishing.

While punishing may be good in some cases, motivating has been good in merely all cases.

Apapun, mereka yang terkena dengan CM ini perlulah berusaha untuk menaikkan result mereka. Mungkin susah untuk sebahagian, dan senang untuk yg lain.

Yang menambah sesalan kepada saya ialah sikap kebanyakan pelajar UTP yang terlalu HANTU KOMPUTER dan INTERNET. Sikap inilah yang menjadi punca utama kurangnya masa ditumpukan kepada study.

menonton movie, anime, series dan main game bukanlah perkara asing di bumi UTP dan mungkin di kampus-kampus lain. Dan sekiranya ini berjaya dikawal, tidak mustahil keputusan peperiksanaan golongan under CM ini boleh meningkat.

Wallahualam

jaff said...

salam...

Saya sangat bersetuju dengan cadangan penulis tentang pendekatan CM melalui pemotongan elaun dari RM500 ke RM200 untuk pertama kali terkena CM.Justeru, MPPUTP mungkin boleh membawa cadangan ini ke pihak pengurusan untuk dipertimbangkan.

Walaubagaimanapun, saya kurang bersetuju dengan tajuk artikal ini, iaitu dengan menggunakan perkataan penyeksaan.

Bagi saya, perkataan penyeksaan tidak sesuai untuk digunakan sebagai tajuk artikal ini.Sebaliknya, penggunaan perkataan cabaran lebih sesuai digunakan untuk memberi pandangan yang positif dari sudut sebagai seorang pelajar.

CM adalah suatu pendekatan yang baru diperkenalkan oleh ESU untuk mempertingkatkan prestasi pelajar bukan sahaja untuk kepentingan syarikat PETRONAS dan negara sahaja malahan ianya bertujuan untuk memastikan kejayaan pelajar itu sendiri.

Namun yang demikian,tidak dapat dinafikan sebahagian pelajar mempunyai anggapan bahawa CM adalah suatu beban yang baru dan menyifatkan ESU kejam.
Nasihat saya, jangan cepat melenting.Setiap perkara yang berlaku mesti ada baik dan buruknya.

Bagi saya, CM merupakan satu suntikan kepada pelajar untuk lebih berusaha dengan kuat untuk mencapai pointer 2.5 ke atas. Pelajar ini boleh menilai sejauh mana usaha yang dilakukan dengan keputusan yang diperolehi. CM juga berupaya menguji sejauh mana kekuatan pelajar kita dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam diri masing-masing.

Sebagai contoh, bagi 'gamers', mereka akan menghabiskan banyak masa dengan permainan video dan kurang waktu belajar. Perlaksanaan CM boleh menguji sejauh mana kekuatan dan kekentalan pelajar itu dalam menghadapi cabaran pertama dalam hidup iaitu diri sendiri atau lebih tepat dikatakan nafsu.

Akhir kata, terima khabar dari telinga,nilai dengan hati dan pertimbangan yang telus...i'allah,kebenaran takkan ke mana

terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum,

Consequence Management-pendidikan atau penyeksaan adlah bergantung kepada seseorang pelajar itu sendiri.Bahkan ianya tidak pun menjadi masalah kepada mereka yang belatarkan keluarga yang mewah.

Penyeksaan- A adlh seorang pelajar yang rajin study tetapi tidak perform dalam exam disbbkn faktor tertentu sprt sibuk dengan event, tidak minat dengan course trsebut dsb.A perlu berjumpe dengan pensyarah utk mndptkn sokongan/jaminan dari mereka spy mmbolehkn mendpt scholar semula.Namun tidak semua pensyarah
mahu mmberi kerjasama mungkin dsbbkn A tidak mnunjukn prestasi yg baik dlm kelas mereka dsb.Dlam masa yang sama scholar A tidak masuk.A pergi mencari kerja,mminjam duit kwan,dsb.Jika A bukan seorang yang tabah mungkin A tidak dpat fokus dlm studynya.Mgkn akan kene CM lg.

Pendidikan-B seorang yang bijak tetapi malas.Selalu menghadap komputer, gaming, kluar mapley dsb itu biase.Bile exam, kantoi.CM.Jd, B insaf dan study dlm sem yg strusnye.B pergi mndptkn sokongan dari pensyarah.Pensyarah berpuas hati dengan prestasi B dlm kelas.Scholar B hnye ditahan sekejap sje.

kesimpulannye CM ade baik buruknye.MPPlah patut bijak melihat
perkara ini dari segala aspek.Mereka yang dlm kesusahan patut dibantu.

Anonymous said...

Salam..
Saya pernah kene CM last sem and rasa sangat x bez ble kene CM..sebabnya :

1. X nk malukan parents ble tau duit kene hold..segan nk mtk..mtk pn skek2 je..

2. Terpaksa pjam member duit

3. Tensyen sbb duit buku kene pakai utk makan..

4.Sakit gastrik yg teramat smpi kene msk spital..x bez2

5.Rasa makin down kadang2 ble kene pakai wet nk bayar wet baju kelab ke..nk masuk event ke..ble nk bayar yuran..tade duit..

Tapikan..ade gak r baiknya CM ni..

1. Bagi insaf sikit..sbb dugaan camni dpt dktkan diri ngn Tuhan..

2. Smangat nk kejar pointer

3.Ble pointer 2.5 ..dpt balik wet yg x dpt.. byk tuuu..hehe


Tapikan (tapi lagi).. ESU x bez wat mcm ni la...btul kate yg tulis blog ni..kurangkan la wet tp bkn sume..sbb ble ade skek duit pn..masih boleh hidup lagi..dulu MARA student dpt 270++ leh je..tu blum bayar yuran asrama n etc.. means still leh hidup la..

Mybe 1st time kene kurangkan wet,2nd time kene baru hold 1/2 sem ke..kalau camtu x terkejut la student nk hidup ble tgk2 wet tade..kan?

Sorry for tooo informal way of writing..

Anonymous said...

btol...

just wanna say.. blog ni lg bgus dr utppress utk jd wadah plajar utp...

Rausyanfikir said...

Bekas mangsa CM

Anonymous said...

salam..thanx to the writer and we can see truly the commitment of MPP ..

see things equally, there are pros n cons...

CM akan dirasakan tidak adil bagi pihak yg bermasalah dalam pelajar A(merujuk kepada post syafiq). Dan apabila seseorang itu kurang berminat dgn bidang yg diambil tetapi masih tiada pilihan untuk menukar bidang(kerana UTP mmg xde bnyk bidang pon), dan walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh, namun penerimaan yg kurang berbanding pelajar lain lalu sekali lagi mendapat CM, sangatlah tidak adil dirasakan jika kita berada dalam situasi tersebut.

apabila sesuatu jika diletakkan bukan pada tempatnya,tentu ia tidak akan berfungsi dengan elok. sama jugalah pd manusia.manusia semuanya berlainan.itu adalah fitrah.Ada 7 jenis kebijaksanaan(merujuk Kepada '7
Multiple Intelligences') dan setiap kebijaksanaan ini ada bahagian masing2 yg dengan semulajadi MUDAH bagi mereka menerimanya.. ada org mmg otak mmbaca, ada yg otak programming etc..
Jadi adakah Pelajar A ini perlu keluar dari UTP dan terbazirlah tahun2 yg telah diluangkan di UTP...pada pendapat sy, sistem UTP x mmberi peluang kpd pelajar untuk bertukar bidang, kerana dari foundation lg dah specialize...mungkin UTP bleh edjas sket spy lebih general. ini boleh mmbantu mmberi option lain kpd pelajar..

semua permasalahn ada penyelesaiannya, walaupun sesuatu yg mustahil, pasti Allah boleh merungkainya...

yg perlu adalah kita percaya dan Berserah KepadaNya..sebelum dan selepas kita berusaha...bukan lepas XM je. Sebelum kelas, sebelum test, sebelum XM...kenapa x letak target 4flat? mustahil? jwpn org mukmin ialah tidak mustahil, kerana kami ada Allah...

kesimpulannya, berbalik kepada diri sendiri, pilihan pd diri sendiri...