Wednesday, July 30, 2008

Event dan Consequences kpd Mahasiswa. You need to know it!



Kala ini UTP sering sahaja dibanjiri dengan pelbagai event-event yang dianjurkan oleh pelajar sendiri. Tidak cukup dengan itu di kalangan management juga sudah mengorak langkah untuk menganjurkan event-event berskala besar untuk menjulang nama UTP setara dengan universiti lain contohnya FESCO, Tilawah Al-Quran PETRONAS, Casfumal, Symphonifest dan sebagainya. Tidak dinafikan dalam pada itu, nilai-nilai kepimpinan dan pemikiran berstrategi dapat disemai di kalangan mahasiswa UTP. Tahniah!

Walau bagaimanapun adakah semua event yang dianjurkan ini bermatlamat akhirnya untuk melahirkan golongan-golongan mahasiswa yang mempunyai kebolehan atau capability untuk meneraju sesebuah negara kelak. Adakah event-event ini berobjektif untuk melahirkan barisan-barisan graduasi yang dikatakan sebagai well-rounded student yang acapkali digembar-gemburkan oleh UTP? Ataupun perkara ini tidak pernah terfikir di benak hati mereka yang menganjurkan dan meluluskan sesuatu program? Statement saya ini tidak bermaksud untuk menyebelahi mana-mana pihak tetapi untuk membuat kita semua terfikir ke mana hala tuju kita sebenarnya.

Basically, Secularism is an ideology whereby practices or institutions should exist separately from religion beliefs (www.wikipedia.org). On the other hand, Hedonism is an ideology that sees pleasure is the only thing that is good for a person, and stresses upon the enjoyment and lavishness in life while rejecting religious value and moral etiquettes. Both ideologies were developed in the western civilization in the 19th century and had brought a great impact and widespread influence towards the unthinking majority of the world. Most of our minds now are greatly influenced by the western culture and ideologies, whereby we perceive things brought from the western world as better than others. Indirectly, our minds and nation have been neo-colonized. (http://www.utpress.blogspot.com/)

“Different people have their different perspectives of thinking”

Umum tahu bahawa Tanah Melayu telah dijajah seawal tahun 1511 oleh zaman penjajahan Portugis. Kemudian diikuti dengan negara-negara lain seperti British, Jepun dan Belanda.Namun itu bukan persoalannya di sini. Mahasiswa perlu bergerak lebih jauh dalam pada kekalutan politik dan ekonomi yang berlaku di negara kita. Tetapi bagi saya mahasiswa di UTP telah secara tidak langsung telah diracuni oleh pemikiran yang menjadikan hiburan sebagai teman hidup mereka. Era ini sepatutnya melahirkan masyarakat yang bukan sahaja menelaah bahan pelajaran tetapi jauh daripada itu seperti buku-buku fikrah, strategi, leadership skills, politics dan sebagainya.

Begitu juga dengan event-event yang dianjurkan di UTP seharusnya perlu ada anjakan paradigma di kalangan mahasiswa. Event-event yang dianjurkan mesti diselarikan dengan mission UTP untuk melahirkan well rounded student dan motto utp iaitu melahirkan mahasiswa yang mampu menjuruterakan masa hadapan (engineering futures). Hiburan memang diperlukan dalam kehidupan tetapi ia tidak diperlukan dalam dos yang berlebihan agar tidak berlaku hedonisme. Perlu diingat bahawa istilah hedonisme ini bukan hanya digunakan untuk muslim sahaja tetapi ia tidak digalakkan pada mana-mana agama kerana kesan jangka masa panjang yang boleh membantutkan pertumbuhan minda sesuatu bangsa. Sedar atau tidak kita telah dijajah secara perlahan-lahan dengan kehidupan kita yang tidak dapat dipisahkan dengan dunia hiburan.

Jadi event bagaimanakah yang dapat membentuk mahasiswa supaya bersedia untuk menjadi seorang pemimpin negara suatu hari nanti? Anda yang menentukannya…





Thursday, July 24, 2008

KENAPA MAHASISWA PERLU BERBLOG?


Pasca PRU 12 membuktikan kehadiran bloggers dirasai oleh semua pihak sehingga mencetuskan tsunami politik pada pilihanraya itu. Golongan yang dianggap terpencil dan juga dianggap sebagai beruk jalanan oleh sesetengah pihak memberi amaran bahawa mereka tidak boleh dipandang enteng. Lantaran daripada itu selepas sahaja PRU 12 ramailah pak-pak menteri berjinak-jinak untuk menjadi bloggers selepas menyedari kelemahan yang ada. Selamat datang ke dunia BLOGGERS wahai pakcik2.

Blog DEFINITION- A blog (short for weblog) is a personal online journal that is frequently updated and intended for general public consumption. Blogs are defined by their format: a series of entries posted to a single page in reverse-chronological order.Blogs generally represent the personality of the author or reflect the purpose of the Web site that hosts the blog. Topics sometimes include brief philosophical musings, commentary on Internet and other social issues, and links to other sites the author favors, especially those that support a point being made on a post.


Mahasiswa merupakan perkataan keramat dan sejarah membuktikan bahawa golongan-golongan inilah yang menjadi nadi rakyat untuk menyuarakan kesusahan mereka. Pak Suharto sendiri pernah berkata “Jika diberikan aku sepuluh orang pemuda, nescaya aku boleh mengegarkan dunia”. Perkataan ‘maha’ pada mahasiswa menunjukkan bahawa mahasiswa ini mempunyai kuasa dalam mewarnai politik negara. Marilah bangkit wahai mahasiswa perjuangkan keadilan.

Blog merupakan wadah yang terbaik untuk melahirkan pendapat tentang isu-isu semasa tidak kira di kampus ataupun di peringkat nasional. Gerakan mahasiswa lesu? Mahasiswa zaman ini lemah dan tidak mampu menjadi juara dalam isu-isu nasional dan sebagainya adalah persoalan-persoalan yang dimainkan oleh sesetengah pihak. Tidak dinafikan bahawa ini adalah perkara yang perlu diakui. Dalam ledakan teknologi yang melanda pada era ini, mahasiswa perlu mengambil cakna tentang isu-isu semasa dan menyampaikan suara mahasiswa itu dalam media atau blog secara mudahnya. Kita tidak boleh terlalu mengikut pemimpin negara malahan kita perlu menjadi check and balance tidak kira Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Seorang tokoh Islam, Saidina Abu Bakar pernah menyebut:

“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”

Kata-kata ini bermaksud kita perlu berdiri pada paksi kebenaran dan menjadi pengukur kepada pemimpin. Inilah yang akan melahirkan masyarakat yang berfikir dan menjadi negara yang maju selari dengan wawasan 2020. Namun bersediakah mahasiswa untuk bergerak dengan lebih jauh? Atau kita memilih untuk duduk belajar didalam bilik sahaja? Lu pikirla sendiri...


Tuesday, July 22, 2008

RAKYAT MISKIN, MENTERI BERKERETA MERCEDEZ. Ape kejadahnya semua ini?

Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu, mengejutkan Malaysia dengan pembelian 14 Mercedez E200 Kompressor yang bernilai RM 3.43 juta bersamaan dengan pembelian 171 buah rumah kos rendah yang bernilai RM 20,000 untuk kegunaan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan pegawai kanan yang sebelum ini “hanya” diberi Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi. Dalam kegawatan ekonomi ini golongan yang miskin terus tertindas manakala golongan yang kaya semakin berleluasa melakukan pembaziran.

Agak kontra dengan seruan kerajaan Malaysia sendiri yang menyuruh untuk rakyat berjimat-cermat, berkongsi kenderaan untuk ke tempat kerja, menggunakan kenderaan-kenderaan awam dan sebagainya. Tetapi pada masa yang sama menggunakan peruntukan yang diberikan kepada kerajaan negeri yang sebenarnya adalah wang DARIPADA RAKYAT dengan sewenang-wenangnya.

‘‘Sebagai contoh, kereta yang digunakan oleh anggota Exco kerajaan negeri, Toh Chin Yaw sudah dua kali disenggara dalam tempoh dua tahun melibatkan kos RM50,000,” ujar Datuk Ahmad Said.

Tambahnya lagi, ‘‘Setelah dibuat kajian, kerajaan negeri mendapati untuk tujuan jangka panjang, penggunaan kereta baru ini adalah lebih baik menggantikan Perdana V6 Executive yang digunakan sejak lebih empat tahun lepas,” ujarnya.

Tindakan ini dilihatkan lebih advance dari Perdana Menteri dan Timb Perdana Menteri kita sendiri yang masih menggunakan kereta nasional sebagai kenderaan rasmi dan mendapat kecaman pelbagai pihak antaranya ialah Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha'ani Abdullah, Setiausaha Kelab Perdana V6: V-Sixers , Mohd. Yazmeen Md. Yusof dan Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Darshan Singh yang rata-rata menyifatkannya sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Kereta nasional menjadi bahan murahan yang dipandang sebagai kenderaan yang tidak berkualiti oleh pemimpin sendiri.

Dalam kegawatan ekonomi dan kadar inflasi yang semakin meningkat ini di manakah mereka-mereka yang dahulunya menagihkan simpati untuk diundi dalam pilihanraya untuk menolong semula rakyat. Adakah dalam keadaan ekonomi sekarang mengizinkan untuk para pemimpin negeri dan negara untuk hidup dalam keadaan mewah lagi? Manifesto yang dilayangkan bertalu-talu perlu disusuri dengan tindakan ke arahnya tidak kira Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Kepimpinan melalui teladan perlu diperlihatkan agar rakyat mempercayai semula kepimpinan kerajaan pada kali ini. YB Paroi Mohd Taufek Abd Ghani yang memotong 50 peratus gajinya setiap bulan untuk kebajikan rakyat Paroi pada awal tahun ini perlulah dicontohi oleh kepimpinan negeri dan negara kerana kesan kenaikan harga minyak ini jelas terasa pada golongan miskin dan mahasiswa sendiri.

Khalifah Umar Abd Aziz pada zaman pemerintahannya tidak menggunakan wang kerajaan untuk menanggung makan-minumnya. Baginda bercucuk tanam sendiri untuk menanggung hidupnya. Pernah sekali seorang pengembara melihat rumahnya, lalu berkata rumah khalifah langsung tidak nampak seperti rumah seorang khalifah yang rata-rata terdiri daripada istana dan mahligai mewah. Baginda sanggup menawarkan cerai untuk isterinya jika isterinya memilih kekayaan lebih daripadanya. Pada saat kematian baginda yang disebabkan keracunan, baginda memanggil orang yang meracuniya lalu menyuruh orang itu untuk melarikan diri agar tidak ditangkap dan dihukum.

Begitulah pengorbanan seorang pemimpin ketika dahulu dan tidak hairanlah baginda menjadi contoh kepada Lim Guang Eng.

Perlulah diingat bahawa tanggungjawab sebagai pemimpin adalah besar dan amanah yang sangat berat.

Friday, July 18, 2008

Minyak Naik, Perlu atau Tidak Scholarship Naik?


MINYAK NAIK, SCHOLARSHIP BILA LAGI?

Kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.90 bagi petrol sangat meruncing saban hari. Bukan sahaja harga minyak naik, malahan makanan dan barang-barang asasi juga terkena tamparan daripada kenaikan harga minyak yang begitu mendadak. Taraf hidup makin meningkat dan inflasi terus berlaku.

Jika kita pergi meninjau bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sibuk dengan jaringan pengangkutan yang padat, sudah pasti keretapi seperti STAR LRT, PUTRA LRT, MONOREL dan Komuter menjadi tumpuan rakyat. Kesesakan yang digambarkan seperti ikan sardin di celahan pagi dan petang tidak menjadi persoalan yang besar demi menjaga duit makan mereka. Keadaan ini pastinya tidak dirasai diperingkat orang yang membuat keputusan untuk menaikan harga minyak, dek kerana itu orang bawahan terpaksa menanggung kesengsaraan. Krisis minyak yang meruncing ini berlaku diseluruh dunia, justeru pihak yang betanggungjawab perlulah mencari alternatif untuk membantu rakyat dalam menghadapi kadar inflasi yang tinggi iaitu dikatakan sebanyak 7%.

Inflasi boleh di definisikan sebagai suatu proses kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi. Oleh kerana kenaikan harga ini berlaku untuk semua jenis barang maka kita perlu melihat kenaikan harga itu secara purata iaitu dengan menggunakan indeks harga.

Oleh itu untuk menghitung kadar inflasi, kita menggunakan rumus berikut;

Kadar inflasi = (I.H 1 - I.H 0)/I.H 0 x 100

Dimana, I.H 1=indeks harga tahun semasa

I.H 0=indeks harga tahun sebelum

http://www.tutor.com.my/creative/Jun/image/STPM_Eko2b.gif

Keadaan ini bukan sahaja dirasai oleh golongan yang telah berumah tangga tetapi juga oleh golongan pelajar sendiri khususnya di IPTA/S. UTP seumpamanya mempunyai kedudukan yang jauh dari Bandar IPOH dan memaksa untuk menaiki kenderaan untuk membeli keperluan yang tiada di kawasan berdekatan. Harga minyak yang meningkat naik sangat terasa bagi mereka yang memiliki kenderaan. Tambahan pula, harga makanan dan minuman di dalam dan kawasan berdekatan UTP terus naik tanpa memandang kasihan bagi golongan yang masih tidak berkerja seperti pelajar.

Oleh itu, timbul pula satu persoalan yang bermain di benak hati iaitu adakah wang RM 500 sebulan yang menjadi normal practise dari PETRONAS masih relevan atau tidak? Dengan peningkatan taraf hidup dan kadar inflasi di seluruh negara, satu research or review perlu dibuat oleh PETRONAS dan juga scholarship lain seperti MARA dan JPA agar mahasiswa tidak menjadi mangsa keadaan dalam kekalutan ekonomi yang melanda.

Update dari Education Sponsorship Unit (ESU) hanya mengatakan bahawa perkara ini telah dinotekan kepada ESU di KLCC iaitu kepada Senior Manager Pn Fawzia Binti Ibrahim dan satu review akan dirancang untuk permasalahan ini. Persoalannya adakah pelajar-pelajar UTP benar-benar menyokong untuk scholarship dinaikkan?

Namun golongan mahasiswa diseru unutk membeli barangan buatan Malaysia dan berjimat cermat untuk menghadapi inflasi.


Sunday, July 13, 2008

Consequence Management (CM): Suatu Pendidikan atau Penyeksaan?

Consequence Management (hereinafter called “CM”)
CM adalah kali kedua dilaksanakan pada semester ini di UTP setelah satu semester mencorak sistem UTP bagi mereka yang bergelar PETRONAS scholar. CM dilaksanakan dalam rangka untuk meningkatkan kualiti akademik di kalangan pelajar UTP yang seringkali digelar cream of the cream. Dengan pelaksanaan sistem CM [as mentioned below],

GPA Below 2.5

1st time
Allowance: Withheld
Tuition: On-continue payment
Remarks: Allowance can be reinstated only after scholar satisfies any of the following requirements:
· Improved mid-semester result
· Positive report from UTP counsellor
· Positive report from Programme Head
2nd time
Allowance: Off-Automatic Suspension
Tuition: On-continue payment
Remarks:
· Automatic suspension of all allowances. No appeal
· Tuition fees are still paid to enable scholars to continue study
· Reinstatement of allowance for next semester only if GPA is above 2.5
3rd time
Allowance: Off-stop payment
Tuition: Off-stop payment
Remarks:
· Automatic suspension of all allowances. No appeal
· Termination of sponsorship (status: BOC-Breach of Contract)
· Continue study at their own cost
pelajar lebih memberi perhatian kepada prestasi akademik mereka. Mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri mereka at least mendapat 2.5 ke atas. Dalam kerancakan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan teknologi di Malaysia dan serata dunia, permintaan daripada syarikat-syarikat besar semakin tinggi untuk mengambil pekerja. Justeru, PETRONAS dan UTP sememangnya selari dengan permintaan dunia dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti.
Bagi pelajar yang pertama kali CM, biasiswa mereka akan dipotong semuanya iaitu sebanyak RM 500 sebulan sehingga mereka menunjukkan peningkatan dalam prestasi pelajaran mereka sewaktu mid-semester test. Kemudian, biasiswa akan dimasukkan kembali ke akaun mereka. Bagi mereka kali kedua CM, biasiswa mereka akan dipotong semuanya tetapi bayaran tuition akan ditanggung. Dan bagi kali ketiga CM, biasiswa bulanan dan bayaran tuition akan diberhentikan serta merta.
Cuma adakah pelaksanaan CM ini sememangnya relevan untuk pelajar di UTP? Frankly speaking pelaksaan CM ini memang banyak kebaikan dari sudut mewujudkan technical competence di kalangan pelajar dan critical thinking dalam mengendalikan masalah-masalah yang muncul dan saya sangat setuju dengan pelaksanaan ini. Cuma pendekatan yang digunakan PETRONAS adalah terlalu drastik dan kebanyakan pelajar seakan-akan terkejut dengan pelaksaan sistem ini. Bagi pelajar yang sumber kewangan nya bergantung kepada PETRONAS semata-mata, mereka tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa akur dengan kehendak sumber kewangan mereka.
Satu lagi masalah yang timbul adalah kepada pelajar-pelajar yang miskin yang terkena CM. Mereka terpaksa bergantung kepada diri mereka sendiri untuk mencari duit kerana tidak mahu meminta kepada ibu bapa yang berasal dari keluarga susah. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar dan akhirnya tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran mereka sendiri dan implikasinya CM kali kedua dan ketiga. Pihak yang sepatutnya lebih meneliti isu-isu seperti ini dan menimbangtara tentang relevansi CM ini. Kita juga tidak dapat menolak kemungkinan bahawa mungkin ada pelajar yang terpaksa membuat kerja “kotor” untuk mendapat duit untuk meneruskan pelajaran mereka. NauzubiLlah..
Bukan menolak seratus-peratus dengan CM, kaedah yang lebih efektif perlu dibentuk supaya kebajikan pelajar lebih terjaga. Mungkin perlu dilakukan secara perlahan-lahan sistem ini. Seperti pada peringkat awal mungkin biasiswa yang diberikan boleh dikurangkan daripada memberhentikan semuanya seperti mengurangkan daripada RM 500 sebulan kepada RM 200 sebulan sebagai memberi pengajaran kepada pelajar. Justeru pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keputusan mereka. Pendekatan secara mendidik lebih memberi kesedaran daripada pendekatan secara menyeksa.
Namun kita adalah manusia biasa, sistem yang diuji perlulah ada tempoh masa yang matang untuk menguji keberkesanannya. Jika ada kesilapan dalam sesuatu sistem ianya perlulah diakui dan ditambahbaikan dari masa ke masa. Di harapkan pihak yang sepatutnya dapat meletakkan diri mereka dikalangan pelajar miskin yang dikenakan CM.

Thursday, July 10, 2008

ADAKAH DEMOKRASI DI UTP MASIH WUJUD?

Demokrasi di UTP sangat tidak tertegak di mana pada pemilihan MPP yang terakhir, MPP telah disekat oleh pihak pengurusan di mana pihak pengurusan telah meletakkan beberapa syarat tanpa berbincang dahulu dengan pelajar. Dalam syarat-syarat pemilihan MPP yang terakhir, seorang pelajar yang ingin menjadi MPP semestinya berada sepenuh masa selama setahun di UTP semasa sesi pimpinan.

Pada pendapat saya, tindakan pihak pengurusan seolah-olah mereka yang memilih cabinet yang mewakili pelajar bukan pelajar yang diberi kuasa memilih pemimpin mereka. Dalam suasana UTP yang mempunyai kerja latihan industri (praktikal) selama 8 bulan, mana mungkin dapat di elak untuk menjadi MPP pada keseluruhan penggal pimpinan. Syarat yang digubal pada tahun lepas sangat tidak relevan dan impak dari itu hanya 2 batch dari 10 batch di UTP boleh bertanding dan 2 batch ini adalah dari kalangan tahun ke-2. Di manakah demokrasi di UTP?

IPTS mungkin tidak mempunyai kerancakan berpencak di arena politik seperti IPTA dan pilihanraya nya adalah sekadar untuk memenuhi kerusi MPP itu sendiri. Tetapi dalam rangka untuk melahirkan graduan yang well-rounded yang mempunyai 7 attributes iaitu Technical Competency, Solution Synthesis Ability, Communication and Behaviour Skills, Business Accument, Critical Thinking, Practical Aptitude and Lifetime Learning Capacity; kepimpinan dikalangan mahasiswa di UTP masih di peringkat yang lemah. Mahasiswa tidak berani tampil ke hadapan untuk berlawan dengan pihak pengurusan dalam menegakkan hak mereka untuk memilih pimpinan mereka. Maka amatlah susah untuk mencapai mission statement UTP yang ke-2 iaitu

Our objective is to produce well-rounded graduates who are
creative and innovative with the potential to become leaders
of industry and the nation.

Mungkin pandangan dari pihak pengurusan yang mengatakan bahawa adalah tidak adil bagi mereka yang menjadi MPP untuk satu penggal jika dibandingkan dengan mereka yang bekerja untuk sepenuh penggal pimpinan MPP, tapi ini adalah hak pelajar. Selagi mana mereka terima perwakilan mereka dan demokrasi itu terjamin; pihak pengurusan tidak seharusnya menjadi rigid malah come out dengan modus operandi lain untuk menangani masalah kekosongan dalam MPP jika ada MPP yang hanya berkhidmat untuk separuh penggal seperti merangka pilihanraya kecil dan sebagainya.

Kelesuan dikalangan mahasiswa dapat dirasai diseluruh negara. Perjuangan mahasiswa yang tidak bersifat Politik Nilai dan kekangan dari pihak tertentu memperlumpuhkan mahasiswa. Bukan sahaja di UTP tetapi di serata Malaysia tidak kira sama ada IPTA atau IPTS. Mahasiswa kelihatan terikat dengan pihak-pihak tertentu dan tidak bebas untuk melahirkan pendapat mereka.

Dengan ini diharapkan semua pejar UTP bangkit untuk menyuarakan pendapat mereka agar pihak pengurusan tidak secara sewenang-wenangnya mengambil keputusan mengikut pandangan mereka tanpa mendengar suara mahasiswa terlebih dahulu. Semoga pengalaman hitam dalam pilihanraya kampus UTP 2007 lalu tidak akan berulang.