Wednesday, October 13, 2010

UTUSAN: Satu Kesalahan Menutupi Seribu Kebaikan



UTP secara rasmi telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997 kerana menyambut seruan kerajaan untuk menyediakan modal insan yang tinggi dan berdaya saing ke arah mencapai Wawasan 2020.

UTP memberi fokus kepada aspek kejuruteraan dan teknologi telah melahirkan beribu-ribu graduan yang kini menyumbang kepada negara di dalam industri. PETRONAS sendiri menggunakan banyak tenaga manusia dari UTP untuk memastikan kelestarian PETRONAS sendiri.

Pada tahun ini, UTP telah meletakkan dirinya setaraf dengan IPT lain yang jauh lebih tua apabila diangkat antara 18 universiti yang mendapat anugerah cemerlang(Tier 5) dalam Sistem Penarafan Institut Pengajian Tinggi (SETARA) 2009. Selain itu UTP juga telah membuka ruang pelajar tempatan untuk menikmati suasana pembelajaran di luar negara melalui pelbagai program antaranya Program Penukaran Pelajar melalui menandatangani Memorandum Kesefahaman dengan kebanyakan universiti-universiti ternama di seluruh dunia seperti Universiti Meiji (JEPUN), Universiti Lehigh(US), Universiti Missouri(US) dan lain-lain.

Setiap tahun pelbagai aktiviti kemasyrakatan akan diadakan untuk membantu masyrakat tempatan dan seluruh dunia. Antara program-program kemasyarakatan yang menjadi program tahunan ialah Titian Budi, Mission Awareness Program, RECMO, Kem Bakti Siswa dan pelbagai lagi. Program ini dirangka dan terus menerus memberi sumbangan kepada masyarakat di setiap lapisan. Baru-baru ini telah diadakan kutipan derma untuk masyarakat di Pakistan yang dilanda banjir teruk dan beberapa siri himpunan aman dibuat sebelum ini untuk menimbulkan kesedaran masyarakat mengenai isu Palestin.


Namun, sumbangan-sumbangan ini langsung tidak diambil kira oleh akhbar yang ‘TERSOHOR’ di dalam negara iaitu UTUSAN yang secara rakus mencerca pelajar UTP melalui ruangan RENCANA m/s 9 keluaran 10 Oktober 2010 yang bertajuk Kreativiti menipu, Tronoh menjadi Toronto.

Rencana tersebut memberi impak yang besar kepada para pelajar dan juga universiti kerana telah dipandang sinis dan memberi persepsi negatif UTP di mata masyarakat. Bukan tidak dapat memikirkan tentang keburukan di masa akan datang kepada universiti, tetapi artikel tersebut disiarkan dengan gaya penulisan yang penuh emosi.

Antara ayat yang digunakan ialah

“Ketika mana umat Islam menyuci diri menjalani ibadah puasa, mereka mencuci otak untuk menipu”

“Penipuan itu kononnya didorong rasa meluat terhadap penuntut luar negara yang menghantar gambar mereka dengan latar belakang salji untuk disiarkan diruangan tersebut.”

“..hujah-hujah pendek akal dilontarkan oleh pelajar kini menuntut di peringkat universiti” dan sebagainya.

Ayat-ayat tersebut seolah-olah para pelajar UTP terdiri dari golongan yang teruk dan langsung tidak bermoral. Kesalahan hanya diletakkan seratus peratus kepada pelajar UTP. Perlu diingat hanya seorang pelajar yang menghantar tidak bermakna keseluruhan isi UTP ini adalah teruk.

Tambahan pula pelajar yang menghantar gambar tersebut secara ikhlas memohon kemaafan melalui pihak pengurusan dan meminta mereka yang menyiarkan mengenai Salam Perantauan dari Universiti Toronto, Kanada untuk menarik balik posting mereka di media online. Adakah itu masih tidak cukup lalu perlu dikeluarkan artikel yang mencerca pelajar tersebut dan universiti sendiri?

Isu ini perlu dilihat dari perspektif yang berlainan iaitu meningkatkan kualiti semakan (jika ada) pada tahun-tahun akan datang supaya perkara yang sama tidak berulang. Ini hanyalah ruangan Salam Perantauan yang terdedah bahawa fakta yang diambil adalah dari sumber yang tidak benar; belum lagi kita meneliti artikel-artikel lain yang dibawa oleh akhbar UTUSAN tersebut.

Malas untuk saya untuk saya ceritakan mengenai keburukan UTUSAN, cukuplah sekadar saya memberi link untuk sama-sama kita fikirkan.

http://www.jomkongsi.info/blog/politik/utusan-malaysia-menipu-dan-berbohong-untuk-menjaga-nama-pihak-tertentu

Warga UTUSAN sepatutnya berfikiran matang dalam mencari info yang akan disiarkan. Bukan setahun jagung dalam arena akhbar, UTUSAN telah bermula sebagai UTUSAN MELAYU pada 29 May 1939 dan sepatutnya menjadi contoh kepada yang lain.

Kepada staff UTUSAN, banyak lagi perkara-perkara yang boleh diambil sebagai berita HANGAT yang sangat memerlukan pendedahan oleh staff-staff UTUSAN yang berkaliber. Dan pada hari ini saya mengisytiharkan secara rasmi saya BENCI UTUSAN and you are not a reliable newspaper.

Forum SURVIVAL AKHBAR MELAYU?

10 comments:

AK 47 said...

aku memamng dari dlu xlayan dah utusan meloya neh..sume isi dalam tu bullshit ah..

Faris said...

memang dah lama tak layan Utusan dan memang dah lama Utusan menipu.

dah lama jugak Utusan tak laku.

tak lama lagi hancurlah akhbar ni kalau polisi sebegini masih diteruskan.

Macam tak percaya seorang bekas pensyarah UIA boleh melatah dgn perkara-perkara remeh macam ni. Boleh tak nak kata pendek akal?

A.Alizul said...

bek aku baca utpdaily walaupun takde la daily sgt utp daily tuh..

nur 'izzat said...

sape bekas lect uia? cik noraini tu ke?

Muhammad Haniff Humam said...

utusan perlu dan wajar diboikot kerana tdak dapat menjaga kesahihan dalam berita yg disiarkan. perkara yg sepatutnya tidak mungkin terjadi kepada akhbar 'tertua' negara

Faris said...

WARAS, WAJAR DAN WAJIB!

ir_nauf said...

UTUSAN MELOYA. Wajib! Belia benci UTUSAN

Anonymous said...

JOM..JOM...BOIKOT UTUSAN...terlalu banyak berita palsu...

Siamang Gagap said...
This comment has been removed by the author.
Siamang Gagap said...

Melayu otak KELDAI jer yang tak baca UTUSAN. Sememangnya Orang melayu :
Pemalas
Suka MC dan EL
Suka jadi kuli
Paling SUKA dengar cerita dr mulut orang daripada selidik fakta melalui akhbar
Tak suka MEMBACA terutama buku dan akhbar
Suka benda free daripada berusaha
Tak mampu simpan duit melalui bank, ASB atau Tabung Haji walaupun seringgit
LEMBIK!!!!
Suka jaga tepi kain orang
Paling mudah berpecah belah dan susah bersatu

Melayu paling suka cakap besar, meninggi diri, suka berperang