Tahun 2009 mempunyai banyak kejadian yang tidak mungkin dilupakan. Dari kesedihan umat Islam di Gaza, kemenangan sekali lagi Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu, isu PPMSI yang masih tidak diselesaikan lagi, kemenangan dan kekalahan Pro-Mahasiswa di IPTA dan bermacam-macam lagi isu yang menarik menghiasi kalendar 2009.
Namun perkara yang menarik untuk dibawa pada kali ini yang dirasakan dekat sekali dengan kehidupan mahasiswa ini sudah tentunya perjuangan mahasiswa di kampus-kampus.
Apakah agenda yang hendak dibawa oleh pelajar-pelajar yang mengelarkan diri mereka dengan gerakan Islam, Pro-Mahasiswa, dan lain-lain term yang digunakan? Adakah mereka ini hanyalah sekadar sebuah pasukan yang hidupnya semata-mata untuk mencabar kerajaan? Adakah mereka ini bermatlamatkan untuk mencari publisiti? Ataupun mereka ini adalah golongan extremis agama?
Berikut adalah beberapa bait kata-kata yang pernah dilaungkan oleh mereka yang bergelar aktivis mahasiswa:
"Mahasiswa kena berani buat salah. Inilah sahaja masa yang kamu ada. Masa mahasiswalah masa kamu belajar buat silap...." - bekas aktivis mahasiswa PBUM, YB Husam Musa ketika memberikan pidatonya berkenaan attitude student leader
"Untungnya kamu mahasiswa kerana kamu boleh berjumpa dengan semua jenis orang dan semua jenis pemimpin. Tiada guna menjadi aktivis mahasiswa jika tiada seorang pemimpin besar negara pun yang kamu tidak temui." - bekas aktivis PMI-MPMUM, Hisomudin Bakar, Strategi Mobilasi Massa
“Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.” – Bapak Natsir
“Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Profesor Diraja Ungku A.
"Mahasiswa seharusnya menjadi “conscience of the majority” berlandaskan prinsip murni. Kita harus punyai keberanian dan kebijaksanaan, tidak meluru menghentuk tembok dan tidak menyorok gaya si bacul." - Anwar Ibrahim
Secara teorinya, mahasiswa adalah golongan yang akan menjadi pewaris kepada pimpinan negara yang ada kala ini. Namun secara realitinya di Malaysia ini, mereka yang menyokong kerajaan yang ada sekarang ini yang bakal menerajui kepimpinan negara.
Kewujudan mereka-mereka yang lebih mudah digelar sebagai gerakan mahasiswa ini sebenarnya perlu bermatlamatkan untuk melahirkan golongan mahasiswa intelektual yang mampu berfikir secara waras tentang baik buruk sesuatu perkara serta mempunyai daya kepimpinan bukan sahaja menjadi pengikut semata-mata.
Pada hemat saya, jika anda adalah golongan yang menghabiskan hidup sebagai mahasiswa dengan hiburan, game, anime, mangga, bercinta, mengutuk kerajaan di belakang-belakang, menjadi pemerhati rakan-rakan lain memperjuangkan isu berkaitan hak-hak mahasiswa atau rakyat dan belajar 24 jam mengejar anugerah kecemerlangan, percayalah anda telah membazirkan separuh dari hidup anda sebagai mahasiswa.
Gerakan Mahasiswa yang dilihat sebagai Pro-Islam sebenarnya jauh lebih matang kerana mereka memahami realiti yang perlu diperjuangkan. Saya cukup yakin dan percaya jika golongan-golongan ini yang memerintah negara kelak, tidak mungkin akan terjadinya OIC dan PBB seperti sekarang yang hanya mampu menjadi pemerhati keganasan penindasan oleh negara-negara berkuasa besar.
Kunci kepada semua ini ialah ILMU. ILMU adalah sesuatu yang sangat beharga. Praktikal yang dibuat oleh Nabi Muhammad untuk menyemai ilmu dan semangat jihad dikalangan sahabat-sahabat pada zaman dahulu ialah USRAH. Jika anda golongan yang malas ke usrah, andalah golongan yang melambatkan kemenangan ISLAM. Golongan naqib yang tidak diberi wang ringgit, kontra dari itu mereka pula yang bersungguh-sungguh mengajak kita menyertai usrah sehingga sanggup ke bilik-bilik mencari kita. Tapi kita yang melarikan diri..Dunia..Dunia..
No comments:
Post a Comment