Saturday, January 24, 2009

BANTAHAN GAZA DARI MAHASISWA UTP




Pada awal semester ini tanggal 16 Januari yang lepas Majlis Perwakilan Pelajar UTP dengan kolaborasi RCSU, FIRC, RM, SRM dan ISC di UTP telah berjaya mengadakan demonstrasi secara aman di dalam UTP bertujuan untuk menyuarakan bantahan terhadap serangan Zionis kepada Palestin. Demonstrasi tersebut berjaya mengumpulkan lebih 1500 orang warga UTP. Tahniah kepada Majlis Perwakilan Pelajar UTP dan badan-badan lain yang turut terlibat.

Memetik ucapan dari Presiden MPPUTP, Ahmad Farouqi Bin Hassan kepada pemberiita selepas perarakan dari Masjid UTP ke Chancellor Hall dan disiarkan dalam akhbar UTUSAN

“Apa yang berlaku sama sekali tidak boleh diterima kerana pencerobohan Israel itu telah menyebabkan banyak nyawa wanita, kanak-kanak dan orang tua di Gaza terkorban.Kami juga mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaksa Israel menghentikan serangan ketenteraan serta merta dan sekali gus menghantar pasukan pengaman bagi melaksanakan gencatan senjata."


Namun diharap bantahan di UTP dan lain-lain universiti tidak hanya berakhir pada demonstrasi sahaja, malahan akan diperhebatkan lagi dengan kempen-kempen selepas ini. Jika kerajaan tidak menyeru supaya rakyat Malaysia untuk memboikot secara besar-besaran terhadap barangan yang boleh menyumbang kepada ekonomi Israel.

Ayuh, kita mulakan di UTP. Serulah warga UTP dari pelajar, pensyarah, café dan pak guard sekalipun supaya tidak membeli barangan tersebut. Bahkan jangan membawa masuk walau sedikitpun barangan tersebut dan dijual di café-café dalam UTP.

Katakan sahaja bahawa kami memang tidak merestui serangan Zionis yang mengakibatkan kematian yang dahsyat kepada umat Islam. Justeru kami juga tidak merestui wang ringgit warga UTP dialirkan untuk menjadi bom-bom dan peluru-peluru yang menghujani saudara kami di Palestin.

Walaupun usaha ini kelihatan sedikit, buktikan bahawa kita bukan umat Islam yang berdiam diri dalam menangani isu Palestin ini dan terus berusaha segala termampu.




No comments: