Monday, September 1, 2008

UNIT TAJAAN PELAJARAN PETRONAS PERLU BERSIFAT RASIONAL


Education Sponsorship Unit (ESU) Perlu Lebih Terbuka

ESU adalah satu unit di bawah PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) yang mengendalikan urusan tajaan pelajar-pelajar dari PETRONAS. Tidak kira sama ada pelajar itu melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara, selagi mana pelajar itu bergelar tajaan PETRONAS, ESU menjadi punca kewangan mereka.

PETRONAS telah menyambut baik seruan kerajaan bagi merealisasikan Visi 2020 iaitu
“Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan Negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi Negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak Negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah dan fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pengwujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh Negara-negara maju yang lain.”

Kerajaan telah menyeru sector swasta untuk mengambil penglibatan secara aktif dalam memastikan visi 2020 ini dilaksanakan dengan menawarkan penajaan kepada ribuan pelajar dari seluruh negara dan menubuhkan universitinya sendiri iaitu Universiti Teknologi PETRONAS. Tahniah kepada PETRONAS.

Untuk memastikan para pelajar tajaan PETRONAS mempunyai kelayakan yang tinggi dalam keputusan akademik, pada Januari 2008, ESU telah melaksanakan suatu sistem yang dikenali sebagai Consequence Management (seperti yang diterangkan pada artikel sebelum ini). Secara ringkasnya sistem ini memaksa pelajar tajaan PETRONAS untuk mendapat GPA 2.50 ke atas untuk meneruskan tajaan PETRONAS yang mereka perolehi. Jika dilihat dari personality dan gaya hidup pelajar PETRONAS yang mendapat tajaan bulanan RM 500 sebulan, memanglah satu kaedah yang terbaik untuk menggalakkan pelajar mengambil serius tentang aspek pelajaran. Secara umumnya, pelajar menyambut baik usaha ini dengan relevancy pada waktu sekarang walaupun ada segelintir yang berpendapat bahawa pelaksanaan ini bersifat terlalu drastik dan kurang praktikal dari sudut mendidik pelajar dan dilihat lebih kepada suatu bentuk penyeksaan.
Tanggal 27 Ogos 2008 yang lalu, ESU telah membuat sesi engagement bersama pelajar tajaan PETRONAS. Kali ini pelajar dikejutkan pula dengan pelaksanaan terbaru sistem yang masih lagi setahun jagung ini di mana pada

JULY 2009 para pelajar perlu mendapat 2.75 ke atas;
JULY 2010 para pelajar perlu mendapat 3.00 ke atas;

untuk mengelakkan diri mereka di bawah Consequence Management.


Pengumuman yang dibuat secara mengejut oleh ESU pada waktu itu menerima tepukan dari para pelajar sebagai tanda menyindir perbuatan ESU yang boleh disifatkan keterlaluan dan tidak mengambil kira suara mahasiswa di UTP dalam membuat keputusan.

Para pelajar tidak diterangkan dengan lebih lanjut bagaimanakah atau mengapakah perubahan ini berlaku. Para pelajar tajaan PETRONAS terkedu dan dipaksa menerima sistem ini kerana mereka tahu status mereka sebagai peminjam biasiswa daripada PETRONAS.

Persoalannya di sini, adakah wajar ESU mengambil tindakan seperti ini sedangkan sistem yang sedia ada masih berada dalam peringkat pengujian tentang keberkesanannya. Berikut adalah salah satu sebab yang dirasakan wajar ESU menimbang semula keputusan mereka:

2nd Mission Statement of UTP


“Our objective is to produce well-rounded graduates who are
creative and innovative with the potential to become leaders
of industry and the nation.”


Seperti yang tertera di atas, UTP sendiri telah mengariskan bahawa UTP adalah untuk melahirkan bukan sahaja pelajar yang berkelayakan dari sudut akademik, malahan berpotensi untuk menjadi ketua. Jika sebelum dipraktiskan 2.75 atau 3.00 ke atas, pelajar UTP kurang mempartispasikan diri dalam aktiviti berbentuk leadership(campaign, event dsb), jika dipraktiskan undang-undang terbaru ini, dikhuatiri bilangan yang akan menyertai berkurangan kerana sibuk memfokuskan diri ke arah akademik semata-mata dan melahirkan graduan yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi tetapi tidak berupaya untuk bersaing dari sudut soft skills dsb. Jadi PETRONAS perlulah selari dalam mengejar misi UTP.
Terdapat banyak lagi alasan yang boleh diberikan kepada ESU dalam menolak pelaksanaan sistem baru ini. Sifat ESU yang kurang mesra pada sesi itu dalam melayan pelajar tajaannya juga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pelajar.





8 comments:

rabsani said...

UTP = IPTS = Bisnes = no interest in student problem. they only care on their "products"

Hakim Mohd Nor said...

1. "Ana rasa blogger UTP perlu bersatu dalam isu ini. Tak leh jadi macam ni abang Hakim".

2. Spontan respon dari sahabat-sahabat yang duduk satu barisan dengan ana semasa pengumuman "new rule of CM" di Chancellor Complex UTP.

3. Ana diam. Dalam minda terlontar seribu satu persoalan. Diam ana bukannya diam bererti setuju.

4. Ana diam kerana didiamkan. Mulut ingin bersuara namun disekat. Lalu ana meminta adik yang duduk di sebelah kanan ana ketika itu untuk membangkit kegusaran ana di khalyak ramai.

5. Namun, apa respon ESU? "Kita sekarang tak cukup masa dan harap dapat jumpa balik selepas ini."

6. Jenuh adik itu meminta untuk diberi peluang untuk bersuara namun tak dilayan.

7. Kami tersentak dengan tindakan drastik ESU ini.

8. Tapi tak apa, kalau lidah tidak dapat bersuara, biarlah medan tulisan berbicara.

9. Wahai blogger2 sekalian, tampillah untuk respon pada isu ini.

10. Walaupun ana sudah final year (this new rule will not effect on me).... namun siapakah lagi yang nak memperjuangkan nasib ribuan lagi manusia jika bukan kita.

11. Berikanlah lontaran pendapat.

12. Tuliskanlah rencana.

13. Hebahkanlah berita.

14. Kita di'zalimi' tanpa disedari. Jika lidah sudah dikunci, biarlah tangan pula berbicara.

Mohd Hakim
Presiden RM UTP
muhakim.blogspot.com

Rausyanfikir said...

Salam En Ibnu Insan,

Ana sedang persiapkan satu proposal or should I say memorandum menentang CM ini. Sebelum ana keluar UTP ana insyaallah akan terus menerus cuba memperbetulkan birokrasi akademik dan corporatization UTP.

Kalo teringn nak join perjuangan ana ni, bolehlah tolong bagi input.

Amir Hamzah said...

UTP and UTP is a bisnes center

hadio said...

Salam.

Tidak dinafikan tindakan meningkatkan syarat tersebut akan membebankan pelajar. Tumpuan kepada akademik terpaksa dipertingkatkan; sekaligus perasaan terbeban dalam memikul tanggungjawab bergiat dalam bidang-bidang sampingan (kelab dan persatuan contohnya) turut kian terasa. Dibimbangi akan berlaku kemerosotan pembabitan pelajar dalam bidang-bidang yang turut menyumbang besar ke arah penyuburan sika-sikap kepimpinan ini; seperti dikehendaki PETRONAS sendiri.

Tetapi dari perspektif yang berbeza, dengan kenaikan syarat tersebut, PETRONAS telah menapis ataupun meningkatkan kualiti pemilihan mereka. Pelajar yang serba boleh; tinggi akademik dan juga pada masa yang sama tinggi aspek lainnya. Ia tampak membebankan, tapi masih tidak mustahil untuk memperoleh tahap akademik yang membanggakan dan pada masa yang sama aktif dalam bidang-bidang; banyak dibuktikan pada hari ini.

Maaf andai buah fikiran saya tidak sampai pada pemahaman anda. Agak sukar untuk saya terangkan. Secara peribadinya saya tidak menolak bahawa turut rasa terbeban dan tidak adil, namun saya melihat ada baiknya juga keputusan tersebut, jadi saya rasa saya antara yang menerima keputusan ESU.

Admin said...

Terima kasih kepada yang memberikan komen-komen yang pelbagai terhadap isu yang hangat ddi UTP pda waktu ini.

Sedikit respon kepada hadio69. Saya tidak menyatakan yang saya menolak sepenuhnya CM yang diimplementasi oleh PETRONAS tetapi beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh mereka. Secara jujurnya CM adalah suatu cara yang terbaik dalam kita untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dan menjadi pemudah cara untuk kita menuju kepada APEX University.

Namun dari suatu sudut yang berlainan, kita perlu ingat bahawa CM adalah peraturan baru yang masih diperingkat percubaan oleh PETRONAS. Hanya 2 semester diimplementasi dan kemudiannya mahu meningkatkan lagi gred CM itu adalah satu langkah yang sepatutnya tidak berlaku. Benar peningkatan pelajaran telah berlaku kepada segolongan pelajar. Namun pihak minoriti yang masih lagi merangkak dalam proses mengadaptasikan diri mereka dgn CM ini terus didiskriminasi. Mungkin ayat ini adalah tidak sesuai tetapi isu ini telah dibincangkan diperingkat ESU dan MPP sendiri. Sebahagian pelajar mendapat CM kali kedua dan dikejutkan lagi dengan peningkatan gred CM.

Dari sudut yang berlainan, ESU PETRONAS tidak menerangkan sepenuhnya mengenai sebab musabab kenaikan gred CM akan datang ini. Bagi saya, satu kajian secara mendalam perlu dibuat dari segi prestasi akademik semasa, penglibatan pelajar dalam aktiviti dan organisasi, penerimaan pelajar , latar belakang pelajar secara keseluruhan etc.

Selain itu juga, seperti yang hendak dibawa oleh saudara Farouqi calon MPPUTP 08/09, setiap peraturan yang hendak diimplementasi kepada pelajar perlu mengambil kira pandangan di peringkat pimpinan pelajar. Ini kerana pelajar yang akan merasai kesusahan untuk menjalani peraturan yang baru ini.

Bagi saya, pendapat anda tidak salah dan saya menerimanya namun pemerkasaan terhadap kajian yang dibuat secara meneluruh perlu dilakukan. Jika peraturan yang baru telah diimplementasi, amatlah sukar untuk menarik balik arahan tersebut. just my 2cents opinion

budak_kecik said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kecemerlangan adalah impian semua orang, malangnya ibu bapa memberikan anak-anak cemerlang mereka kepada petronas, tetapi di Petronas mereka x menjadi, apakah tindakan susulan mereka d Unit Tajaan, Selepas tak perform mereka campak anak-anak cemerlang ini begitu sahaja, tanpa ada plan pemulihan, satu kerugian besar kepada negara, apabila Petronas gagal memastikan mereka terus cemerlang...Bukankah mereka patut diberi peluang kedua?? Tuan-tuan pegawai klu jadi kat anak sendiri cam ne??