Tuesday, July 22, 2008

RAKYAT MISKIN, MENTERI BERKERETA MERCEDEZ. Ape kejadahnya semua ini?

Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu, mengejutkan Malaysia dengan pembelian 14 Mercedez E200 Kompressor yang bernilai RM 3.43 juta bersamaan dengan pembelian 171 buah rumah kos rendah yang bernilai RM 20,000 untuk kegunaan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan pegawai kanan yang sebelum ini “hanya” diberi Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi. Dalam kegawatan ekonomi ini golongan yang miskin terus tertindas manakala golongan yang kaya semakin berleluasa melakukan pembaziran.

Agak kontra dengan seruan kerajaan Malaysia sendiri yang menyuruh untuk rakyat berjimat-cermat, berkongsi kenderaan untuk ke tempat kerja, menggunakan kenderaan-kenderaan awam dan sebagainya. Tetapi pada masa yang sama menggunakan peruntukan yang diberikan kepada kerajaan negeri yang sebenarnya adalah wang DARIPADA RAKYAT dengan sewenang-wenangnya.

‘‘Sebagai contoh, kereta yang digunakan oleh anggota Exco kerajaan negeri, Toh Chin Yaw sudah dua kali disenggara dalam tempoh dua tahun melibatkan kos RM50,000,” ujar Datuk Ahmad Said.

Tambahnya lagi, ‘‘Setelah dibuat kajian, kerajaan negeri mendapati untuk tujuan jangka panjang, penggunaan kereta baru ini adalah lebih baik menggantikan Perdana V6 Executive yang digunakan sejak lebih empat tahun lepas,” ujarnya.

Tindakan ini dilihatkan lebih advance dari Perdana Menteri dan Timb Perdana Menteri kita sendiri yang masih menggunakan kereta nasional sebagai kenderaan rasmi dan mendapat kecaman pelbagai pihak antaranya ialah Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha'ani Abdullah, Setiausaha Kelab Perdana V6: V-Sixers , Mohd. Yazmeen Md. Yusof dan Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Darshan Singh yang rata-rata menyifatkannya sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Kereta nasional menjadi bahan murahan yang dipandang sebagai kenderaan yang tidak berkualiti oleh pemimpin sendiri.

Dalam kegawatan ekonomi dan kadar inflasi yang semakin meningkat ini di manakah mereka-mereka yang dahulunya menagihkan simpati untuk diundi dalam pilihanraya untuk menolong semula rakyat. Adakah dalam keadaan ekonomi sekarang mengizinkan untuk para pemimpin negeri dan negara untuk hidup dalam keadaan mewah lagi? Manifesto yang dilayangkan bertalu-talu perlu disusuri dengan tindakan ke arahnya tidak kira Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Kepimpinan melalui teladan perlu diperlihatkan agar rakyat mempercayai semula kepimpinan kerajaan pada kali ini. YB Paroi Mohd Taufek Abd Ghani yang memotong 50 peratus gajinya setiap bulan untuk kebajikan rakyat Paroi pada awal tahun ini perlulah dicontohi oleh kepimpinan negeri dan negara kerana kesan kenaikan harga minyak ini jelas terasa pada golongan miskin dan mahasiswa sendiri.

Khalifah Umar Abd Aziz pada zaman pemerintahannya tidak menggunakan wang kerajaan untuk menanggung makan-minumnya. Baginda bercucuk tanam sendiri untuk menanggung hidupnya. Pernah sekali seorang pengembara melihat rumahnya, lalu berkata rumah khalifah langsung tidak nampak seperti rumah seorang khalifah yang rata-rata terdiri daripada istana dan mahligai mewah. Baginda sanggup menawarkan cerai untuk isterinya jika isterinya memilih kekayaan lebih daripadanya. Pada saat kematian baginda yang disebabkan keracunan, baginda memanggil orang yang meracuniya lalu menyuruh orang itu untuk melarikan diri agar tidak ditangkap dan dihukum.

Begitulah pengorbanan seorang pemimpin ketika dahulu dan tidak hairanlah baginda menjadi contoh kepada Lim Guang Eng.

Perlulah diingat bahawa tanggungjawab sebagai pemimpin adalah besar dan amanah yang sangat berat.

4 comments:

Anonymous said...

salam..saya amat bersetuju dengan ringkasan artikel diatas...bila kita fikirkan balik ape sebab yang memungkinkan ahmad said nak tukar kereta merc..?? adakah kerana kemewahan? keselesaan?? ke-eleganan?? hingga melupakan rakyat MARHEAN yang terpaksa bersusah payah menongkah arus kehidupan yang amat memeritkan sejak kebelakangan ini sampaikn ada yang terpaksa bagi anak kecil yang masih bayi susu tin pekat manis disebabkan harga susu semakin mahal?? KEJAM!! terlalu kejam saya kira...rakyat marhean di luar sana amatlah prihatin dengan ekonomi sekarang hinggakan mereka berjimat di dalam perbelanjaan harian dan itupun dituduh oleh kerajaan yang rakyat malaysia suka membazir?? tuduhan sebegitu oleh pihak kerajaan atau pun pak pak menteri teramatlah dangkal serta amatlah cetek tahap pemikiran mereka...umpama gaya pemikiran budak darjah 6!! eloklah kita fikir masak masak sebelum membuat pemilihan dalam penentuan kerajaan yang akan datang. kite tidak perlukan pemimpin yang hanya mementingkan periuk nasi sendiri beserta kroni kroninya...tetapi kita memerlukan pemimpin yang mementingkan kebajikan rakyat, keadilan dan yang paling penting di sini adalah pemimpin yang berjuang atas nama Allah..TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!!!!

dOtZ aL-BanGi said...

latest news in berita harian..menteri besar tganu yang berjiwa 'rakyat' mempertahankn kputusan nye dan kabinet nya untuk memiliki mercedez itu..haha..tahniah rakyat tganu~..siap dah pakai lagi merz tuh..pastu kalo kjaan pusat kluar arahan tak bley gune..diorg akan jual balik merz tuh..satu lagi benchmark yang bagus..semoga terus cemerlang

Anonymous said...

Rakyat miskin dan bodoh, dh la bodoh,
diperbodohkan lagi. Tu la akibatnye apabila kita ingkar pada perintah tuhan. Allah mengurniakan pemimpin yg zalim sbgai balasan dosa. Oleh itu, renunglah sejenak kata2 ini, Pemimpin Yang Beriman Hanya Untuk Rakyat Beriman

Anonymous said...

Bercakap kepada pemberita di sini, Perdana Menteri berkata, disebabkan kerajaan negeri terbabit sudah membeli 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta, ia akan digunakan untuk kegunaan tetamu kerajaan negeri itu.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20080725181409/Article

Duit rakyat digunakan untuk tetamu kerajaan negeri..? rakyat terus sengsara ditekan dengan harga minyak yang tinggi..makanan mahal..tinggilah harapan rakyat terengganu kepada kerajaan negeri..disangkakan panas ke petang rupanya hujan ditengah hari