Thursday, July 10, 2008

ADAKAH DEMOKRASI DI UTP MASIH WUJUD?

Demokrasi di UTP sangat tidak tertegak di mana pada pemilihan MPP yang terakhir, MPP telah disekat oleh pihak pengurusan di mana pihak pengurusan telah meletakkan beberapa syarat tanpa berbincang dahulu dengan pelajar. Dalam syarat-syarat pemilihan MPP yang terakhir, seorang pelajar yang ingin menjadi MPP semestinya berada sepenuh masa selama setahun di UTP semasa sesi pimpinan.

Pada pendapat saya, tindakan pihak pengurusan seolah-olah mereka yang memilih cabinet yang mewakili pelajar bukan pelajar yang diberi kuasa memilih pemimpin mereka. Dalam suasana UTP yang mempunyai kerja latihan industri (praktikal) selama 8 bulan, mana mungkin dapat di elak untuk menjadi MPP pada keseluruhan penggal pimpinan. Syarat yang digubal pada tahun lepas sangat tidak relevan dan impak dari itu hanya 2 batch dari 10 batch di UTP boleh bertanding dan 2 batch ini adalah dari kalangan tahun ke-2. Di manakah demokrasi di UTP?

IPTS mungkin tidak mempunyai kerancakan berpencak di arena politik seperti IPTA dan pilihanraya nya adalah sekadar untuk memenuhi kerusi MPP itu sendiri. Tetapi dalam rangka untuk melahirkan graduan yang well-rounded yang mempunyai 7 attributes iaitu Technical Competency, Solution Synthesis Ability, Communication and Behaviour Skills, Business Accument, Critical Thinking, Practical Aptitude and Lifetime Learning Capacity; kepimpinan dikalangan mahasiswa di UTP masih di peringkat yang lemah. Mahasiswa tidak berani tampil ke hadapan untuk berlawan dengan pihak pengurusan dalam menegakkan hak mereka untuk memilih pimpinan mereka. Maka amatlah susah untuk mencapai mission statement UTP yang ke-2 iaitu

Our objective is to produce well-rounded graduates who are
creative and innovative with the potential to become leaders
of industry and the nation.

Mungkin pandangan dari pihak pengurusan yang mengatakan bahawa adalah tidak adil bagi mereka yang menjadi MPP untuk satu penggal jika dibandingkan dengan mereka yang bekerja untuk sepenuh penggal pimpinan MPP, tapi ini adalah hak pelajar. Selagi mana mereka terima perwakilan mereka dan demokrasi itu terjamin; pihak pengurusan tidak seharusnya menjadi rigid malah come out dengan modus operandi lain untuk menangani masalah kekosongan dalam MPP jika ada MPP yang hanya berkhidmat untuk separuh penggal seperti merangka pilihanraya kecil dan sebagainya.

Kelesuan dikalangan mahasiswa dapat dirasai diseluruh negara. Perjuangan mahasiswa yang tidak bersifat Politik Nilai dan kekangan dari pihak tertentu memperlumpuhkan mahasiswa. Bukan sahaja di UTP tetapi di serata Malaysia tidak kira sama ada IPTA atau IPTS. Mahasiswa kelihatan terikat dengan pihak-pihak tertentu dan tidak bebas untuk melahirkan pendapat mereka.

Dengan ini diharapkan semua pejar UTP bangkit untuk menyuarakan pendapat mereka agar pihak pengurusan tidak secara sewenang-wenangnya mengambil keputusan mengikut pandangan mereka tanpa mendengar suara mahasiswa terlebih dahulu. Semoga pengalaman hitam dalam pilihanraya kampus UTP 2007 lalu tidak akan berulang.

11 comments:

Admin said...

reply to http://mkelana.wordpress.com/2008/07/11/reply-adakah-demokrasi-di-utp-masih-wujud/

tidak dinafikan bahawa mmg ade advantage dan disadvantage jika pihak pengurusan mengetatkan syarat supaya Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif terdiri daripada mereka yang boleh berkhidmat untuk satu tahun penuh. Cuma bagi saya pihak pengurusan juga perlu matang dalam menguruskan Pilihanraya yang sepatutnya membuka ruang untuk pelajar BERPOLITIK. Tindakan yang dibuat tanpa berbincang dengan student merupakan satu tindakan yang boleh disifatkan sebagai pencabulan terhadap hak-hak demokrasi. Perlu diingat bahawa pihak pengurusan hanya bertindak sebagai SPR dalam pilihanraya. Jika kita reflect balik dari PRU 12, rakyat bangkit apabila pilihanraya tidak dapat berjalan dengan adil. SPR kelihatan membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan pandangan rakyat.

Selain itu, perlu diingat bahawa MPP dipilih untuk mewakili pelajar bukan pihak pengurusan. Sepatutnya calon-calon terdahulu yang hanya dapat berkhidmat separuh penggal perlu mengambil inisiatif untuk mencari peluang berbakti kepada student walaupun mereka sedang intern atau sebagainya kerana mereka dipilih untuk berkhidmat selama setahun seperti pulang ke universiti setiap 2 kali sebulan etc. Tapi kenapa ini tidak berlaku? Sebab mahasiswa lebih menilai politik itu dari sudut politik kekuasaan bukan naya politik nilai.

Kita susah untuk menerima sesuatu yang baru sekiranya ia melibatkan hak dan maruah kita sebagai mahasiswa. Tetapi tidak bermaksud saya tertutup dan bersifat pembangkang secara membuta tuli dan tidak langsung melihat dari sudut advantage nya cadangan pihak pengurusan. Cuma perkembangan politik di kampus itu lebih penting dan akan terbantut sekiranya syarat demi syarat dilaksanakan dan menutup ruang mahasiswa untuk beraksi dan berpencak di arena politik. Cadangan pihak pengurusan juga perlu mengambil kira suasana kampus yang menawarkan internship selama 8 bulan a.k.a satu semester.

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada otai MPPUTP saudara musafir kelana atas cadangan beliau untuk membuka peluang untuk pelajar internship supaya boleh bertanding.

Anonymous said...

Bila menyebut tentang membuka ruang kepada pelajar untuk berpolitik, serasanya tindakan ini perlu dimulakan oleh MPP sendiri. Kita perlu mengakui bahawa pelajar UTP ramai yang tidak berminat dengan politik kampus, mahupun politik di luar kampus.

Menuding jari kepada pihak pentadbiran bukanlah satu tindakan yang boleh menyelesaikan masalah. Seharusnya pihak MPP melihat kepada tindakan yang MPP sendiri boleh ambil, tanpa perlu berharap kepada pihak pentadbiran. Bagaimana untuk MPP memupuk kesedaran berpolitik? Itu saya tinggalkan kepada MPP untuk memikirkan sendiri.

Kiranya kesedaran sudah ada, saya pasti, biar bagaimana sekalipun syarat untuk calon bertanding, tidak akan ada situasi menang tanpa bertanding seperti tahun lepas. Syaratnya, MPP terlebih dahulu memupuk kesedaran itu.

Soal bekas MPP turun kembali ke kampus dan membantu MPP baru merupakan satu cadangan yang bagus. Walau bagaimanapun, inisiatif perlu diambil oleh MPP baru untuk menjemput bekas MPP ini. Samalah seperti anak murid yang ingin berguru. Bukan guru yang mencari anak murid. Sayangnya, trend sekarang (dahulu) lebih kepada meminggirkan bekas MPP yang berpengalaman. Kiranya dijemput, saya rasa bekas MPP bukan setakat sudi, malah teramat berbesar hati.

Soal kuasa bukanlah isu utama bekas MPP. Saya yakin mereka mahu membantu, namun bagaimanakah kesudian yang ingin dibantu, itulah yang perlu difikirkan.

Saya tidak mengatakan pandangan anda tertutup mahupun seperti pembangkang. Tetapi saya mengharapkan agar pihak MPP lebih kepada menggunakan ruang lingkup MPP itu terlebih dahulu kerana itu adalah dalam kawalan MPP. Soal keputusan pihak pentadbiran adalah sesuatu yang diluar kawalan dan sukar untuk dicorakkan oleh MPP.

Apapun, anggaplah apa yang dilalui ini sebagai suautu cabaran. Dan fikirkan jalan terbaik untuk memuaskan hati semua pihak, tanpa mengabaikan kepentingan pelajar. Dan paling penting, apakah benar soal calon yang muda menjejaskan kredibiliti MPP? Apakah usia memainkan peranan disebalik nilai kepemimpinan seseorang? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Semoga berjaya!

Anonymous said...

salam...

tertarik...
mungkinkah perlu utk membuka peluang pelajar post graduate utk bertanding utk kerusi mpp? mungkin menarik sebab utp bukan sahaja utk undergraduate...mungkin juga...segalanya mungkin...segalanya terpulang pd mpp sekalian memikirkan hala tuju perjuangan kalian...

sekadar cadangan~

Anonymous said...

sekadar menjenguk....moga truskan perjuangan....

Anonymous said...

salam..
bg sy..keputusan management mmg ade relevannya..cuma sepatutnya dibincang dgn pihak pelajar. Jika satu2 polisi itu dah diubah, sepatutnya diwar2kan..atau membuat kempen lbih awl. sekadar menampal syarat2 bertanding di dinding x memberi kesan. Sbb itu timbul kekeliruan terhadap pelajar yg ingin bertanding..natijahnya, pilihanraya kampus lepas...tidak diadakan..itu slh satu faktor selain dr faktor kurangnya kesedaran dlm kalangan pelajar UTP sndiri. Sememangnya tidak dinafikan apabila ada kalangan MPP yg pegang jwatan namun dirinya tiada di UTP akan mndatangkan satu mslh. Nmaun, tentunya ada cara2 mengatasinya..seperti yg dibincangkan dlm komen2 lpas. Kita punyai hak utk bersuara.. :)

ian said...

tak payah cakap mpp dlu. lagi gila kuasa. sori cakap. pandai bercakap tapi tak pandai mempraktikkan. tula mpp 2007/2008 tak ramai org masuk. yg berani nak membawa arus perubahan jer masuk. mgkn mpp dlu-dlu bley consider, tapi mpp dlu (sesi 2006/2007) sy bley kate tak byk perubahan yg dilakukan. keje tak efficient, byk amek kroni. mane org tak maki. leh kate hampir suma head wat camtu. kroni plak member2. malas nak gi meeting, satu sem tu bley kire jer bape kali pegi.

tapi mpp dlu sampai skang ikot telunjuk management je, tapi tak berani nak menelunjuk ke mereka kehendak2 pelajar. bukankah itu kenapa mpp ade di utp? utk mewakili pelajar menyuarakan masalah mereka etc etc. mpp sesi mane yg berjaya membuat perubahan sehingga management ikot dowg baru boleh dikatakan true mpp. sy tak marah mpp sesi nih, dowg sgt bagus, cume dibebani byk keje, lawatan, kursus, reports, prop yg semesti nya bkn satu 2. n dowg pon byk dijemput masuk jadik committee2 laen. so sy leh kate dowg dibebani dgn keje so dowg nak suarakan demokrasi pon tak berkesempatan disebabkan leka dgn keje semata sampai lupa tujuan sbnr mereka berada di kerusi mpp itu sendiri. takat nak wat keje management baek jadik je pekerja kat utp tu. just my 2cents. huhu. mintak maap bagi yg terase, tapi kadangkala kebenaran mmg pahit utk ditelan.

Anonymous said...

UTP tiada demokrasi? tidak dinafikan...
tapi jari tak boleh ditujukan kepda pihak pengurusan shaja. semua org tahu mpp hanya dikuasai satu pihak shaja. hasilnye...byk la decision yg dibuat memihak kepada satu pihak sahaja.

pada saya, i dont mind if ur candidate is matured dan berkaliber..but sometimes when someone not really deserve lead the events by mpp..people will question..why this person can get the job..sedangkan ade org yg lebih layak..

itukah yg anda maksudkan demokrasi?

my opinion... cara pengurusan pelajar sendri perlu lebih adil.. jgn memihak kepada org yg disukai sahaja..setiap org ade hak masing2, begitu juga dengan pelajar..mereka ade hak unutk menyertai events management team dlm utp. so menidakkan hak mereka adalah zalim.

renung2 kan untuk kebaikan bersama. - pemerhati jauh

Anonymous said...

salam,

kesedaran mengundi?management berat sbelah?mpp gler kuasa?...entah la..saya ni bru stahun jaguh kt utp ni,xbrape nampak lg corak warna politik kampus utp ni.tp..pada pandangan saya ketiadaan prk thun lepas mnyebabkan kami terutamanya batch july 07 xbrape kenal pe 2 prk...??tut2 dah thu mpp dah tukar org..macam 2 je..so kteorg xdidedahkan dgn prk..mcm mane nk de kesedaran mngundi ek?kecuali yg ikut arus politik semasa..nk kata salah siapa?????ntah laaaa

pada sudut pemerhatian saya mpp skrg byk belajar sendiri n cube sdaya upaya untuk melangkah dgn sedaya upaya...tahniah saya ucapkan..byk program diorg wat utk tingkatkan kesedaran mgundi dlm kalangan pelajar...tp msalahnye pelajar xambil endah...xambil thu langsung..yg thu main pes,dota,game jeeee....budak scolar katakan.!!!!ni lah hasil dotrin penjajahan minda kita..ye ke???fikir la sndiri..so nk salahkan spe lg???

emmm..de komen dari sbelum ni tulis mpp giler kuasa...ye ke??saya xthu sbb xpernah melalui mpp06/07..pe yg bleh saya bg komen..knpa diorg pilih kroni dlm komiti diorg??de brape sbb..1)mmg diorg giler kuasa.2)Budak utp ni kan kurang kesedaran BERPOLITIK,so xde la yg nk join msuk jd kuli mpp(rakan exco),terpaksa la diorg ambk kroni leerr....btul k???xthu laa...jgn marah klu saya mengarut..

de 1 lg perkara,coment b4 this de mnyatakan mpp skrg(o7/o8) sibuk dgn event2 sampai diorg jadi lupa pe tujuan knapa diorg jd mpp,klu nk wt kje management 2,baik jadi perkeja utp je(bukan saya kata)..pada pendapat saya mukin btul jugak diorg terlalu sibuk dgn event2..tp klu diorg xuruskn event2 2...nk harapkan sape lg nk wat..ye tak???lg pun kt mne lg kte nk tambah pengalaman n ilmu ttg management ni klu x kt U kn??so org yg thu ckap je try r jadi mpp skali ...bru thu rasenye kan..sbuk x sibuk..byk bende kne fokus..blajar lg kje lg..de diorg ni dah ckup baik laaa....hu3 ...yeke???

mintak maaf la klu nukilan saya ni mnyentuh sentiviti individu n xbrape matang...mntak tlog tunjuk ajar...(bukan tlog jolokkan)...wasalm

Admin said...

Response untuk semua:

Sukalah saya membuka tajuk ini untuk memupuk kesedaran bahawa demokrasi dikalangan pelajar UTP terus menerus dinafikan kerana tiada hak dalam membuat keputusan mengenai pimpinan mereka. Dalam usaha untuk memupuk kesedaran politik dikalangan mahasiswa UTP, perancangan jangka masa panjang perlu dibuat kerana ianya bukan sesuatu yang boleh diachieve dalam masa yang singkat kerana berbentuk subjektif.

Pada semester lepas, MPPUTP telah melaksanakan UTP Election Campaign yang end-up dengan sambutan yang kurang memberansangkan dikalangan pelajar dan semester baru ini MPP akan merancang mengadakan Let's Join Campaign dalam usaha membentuk kesedaran menjelang pilhanraya yang datang.

Tidak dinafikan bahawa usia bukan lah suatu penghalang dalam menjadi pemimpin. Jika kita lihat Ahli Parlimen Malaysia sahaja telah diwarnai dengan ramai YB dari peringkat tua dan muda. Itu adalah dalam konteks negara kita.

Di dalam kampus yang terdiri daripada rata-rata 18-23 tahun, usia mungkin tidak menjadi penghalang dari sudut gerak kerja tetapi trust dan respect dikalangan students adalah susah diperoleh kerana hanya 2 batch dari 10 batch yang bertanding. Lalu serba sedikit mencacatkan rentak yang ingin dibawa oleh MPP sendiri.

Daripada maklumat dari pihak pengurusan, akan diletakkan satu post seperti wakil pelajar international untuk pelajar post graduate. Post graduate akan dibawa secara automatik untuk menjadi sebahagian MPP.

Anonymous said...

Wah, lebih hangat daripada biasa post nih. congratez to the writer.

Banyak yang telah dikomen, banyak juga kritikan telah dilemparkan. Nak pertahankan MPP, siapalah saya. Tapi yang saya pasti, MPP telah berusaha sebaik mungkin untuk memperjuangkan hak pelajar.

Sebagai pemimpin, yang juga merupakan medium antara pelajar dan pihak pentadbiran, MPP bukan berhadapan dengan suatu tugas yang mudah. Ada perkara yang diminta oleh pihak pelajar memang teramat sukar untuk diperjuangkan dek kerana beberapa limitasi dari pelbagai segi. Ada yang bisa diperjuangkan, tetapi mengambil masa untuk dilaksanakan.

Contoh mudah yang boleh saya ketengahkan dan selalu saya ingatkan kepada yang lain:

1. Tangga dari parking atas bukit di Poket C.
2. Parking motor berbumbung di parking bersebalah Village 4 berserta lampu.
3. Lampu parking motor di Village 2 (atas bukit)
4. Laluan pejalan kaki untuk ke Poket C & D
5. Internet connection ke semua village
6. Tambahan bandwidth untuk pelajar
7. Parking tambahan berhadapan Vilage 4 & New Village 5 (tepi jalan dan di sebelah padang)
8. Surau berdekatan IRC

Itu barulah sebahagian kecil daripada apa yang pernah cuba diusahakan oleh MPP² terdahulu. Secara puratanya, setiap usaha tersebut memakan masa hampir 3 tahun untuk diambil tindakan. Ini kerana proposal untuk perkara² tersebut perlu melalai beberapa peringkat yang amat meremehkan.

Sebahagian daripada usul yang diutarakan perlu dibincangkan dengan VP Education, sebahagian dgn Tan Sri Hassan Merican sendiri.

Oleh itu, saya mengharapkan pelajar semua bersabar dengan 'kelembapan' MPP yang hakikatnya berpunca daripada kerenah birokrasi. Mungkin sekarang hasilnya belum tampak, tapi 2-3 tahun lagi, siapa tahu.

We cannot expect very fast action to be taken. As profesionals, things need time to be implemented since further research needs to take place first.

Wallahualam.

P/s - Tahniah kepada pejuang demokrasi UTP =)

UTPtoday admin said...

Jika demokrasi yang dimaksudkan adalah seperti yang didefinasikan kamus dewan edisi ke 3:

(démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;berdemokrasi mengamalkan atau berasaskan prinsip-prinsip demokrasi;mendemokrasikan menjadikan berdemokrasi, menjadikan sesuatu berasaskan demokrasi;pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan: ~ pilihan raya; ~ pendidikan peluang mendapat pendidikan bermutu.

jawapannya demokrasi masih wujud dan tetap akan wujud. Yg menjadi masalahnya, bukan sistem demokrasi atau bukan demokrasi tetapi bagaimana sistem itu boleh menjamin hak-hak pelajar. Setiap sistem ada kelemahannya sendiri, malah sistem autokrasi dan segalai SI sekalipun jika ia dapat menjamin hak pelajar ia adalah sistem yang baik.

Cabaran terbesar bukan untuk reformasi sistem tetapi untuk membuka peluang supaya hak pelajar untuk bersuara diberikan tanpa rasa takut, diancam atau diugut.

UTP sebenarnya telah terkena sumpahan untuk tidak terkena tempias politik negara. Dan amat sukar untuk individu mengatasi sumpahan ini dalam masa yang sama ia tidak mustahil.

=). Semoga berjaya, hamba ucapkan.