Friday, July 18, 2008

Minyak Naik, Perlu atau Tidak Scholarship Naik?


MINYAK NAIK, SCHOLARSHIP BILA LAGI?

Kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.90 bagi petrol sangat meruncing saban hari. Bukan sahaja harga minyak naik, malahan makanan dan barang-barang asasi juga terkena tamparan daripada kenaikan harga minyak yang begitu mendadak. Taraf hidup makin meningkat dan inflasi terus berlaku.

Jika kita pergi meninjau bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sibuk dengan jaringan pengangkutan yang padat, sudah pasti keretapi seperti STAR LRT, PUTRA LRT, MONOREL dan Komuter menjadi tumpuan rakyat. Kesesakan yang digambarkan seperti ikan sardin di celahan pagi dan petang tidak menjadi persoalan yang besar demi menjaga duit makan mereka. Keadaan ini pastinya tidak dirasai diperingkat orang yang membuat keputusan untuk menaikan harga minyak, dek kerana itu orang bawahan terpaksa menanggung kesengsaraan. Krisis minyak yang meruncing ini berlaku diseluruh dunia, justeru pihak yang betanggungjawab perlulah mencari alternatif untuk membantu rakyat dalam menghadapi kadar inflasi yang tinggi iaitu dikatakan sebanyak 7%.

Inflasi boleh di definisikan sebagai suatu proses kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi. Oleh kerana kenaikan harga ini berlaku untuk semua jenis barang maka kita perlu melihat kenaikan harga itu secara purata iaitu dengan menggunakan indeks harga.

Oleh itu untuk menghitung kadar inflasi, kita menggunakan rumus berikut;

Kadar inflasi = (I.H 1 - I.H 0)/I.H 0 x 100

Dimana, I.H 1=indeks harga tahun semasa

I.H 0=indeks harga tahun sebelum

http://www.tutor.com.my/creative/Jun/image/STPM_Eko2b.gif

Keadaan ini bukan sahaja dirasai oleh golongan yang telah berumah tangga tetapi juga oleh golongan pelajar sendiri khususnya di IPTA/S. UTP seumpamanya mempunyai kedudukan yang jauh dari Bandar IPOH dan memaksa untuk menaiki kenderaan untuk membeli keperluan yang tiada di kawasan berdekatan. Harga minyak yang meningkat naik sangat terasa bagi mereka yang memiliki kenderaan. Tambahan pula, harga makanan dan minuman di dalam dan kawasan berdekatan UTP terus naik tanpa memandang kasihan bagi golongan yang masih tidak berkerja seperti pelajar.

Oleh itu, timbul pula satu persoalan yang bermain di benak hati iaitu adakah wang RM 500 sebulan yang menjadi normal practise dari PETRONAS masih relevan atau tidak? Dengan peningkatan taraf hidup dan kadar inflasi di seluruh negara, satu research or review perlu dibuat oleh PETRONAS dan juga scholarship lain seperti MARA dan JPA agar mahasiswa tidak menjadi mangsa keadaan dalam kekalutan ekonomi yang melanda.

Update dari Education Sponsorship Unit (ESU) hanya mengatakan bahawa perkara ini telah dinotekan kepada ESU di KLCC iaitu kepada Senior Manager Pn Fawzia Binti Ibrahim dan satu review akan dirancang untuk permasalahan ini. Persoalannya adakah pelajar-pelajar UTP benar-benar menyokong untuk scholarship dinaikkan?

Namun golongan mahasiswa diseru unutk membeli barangan buatan Malaysia dan berjimat cermat untuk menghadapi inflasi.


10 comments:

amir haizat said...

kenaikan harga minyak secara tidak langsung menaikkan semua harga barang perkakas yang lain..

sebagai pelajar, mesti la kita terasa terbeban dgn semua nie..
kami berharap ESU dapat pertimbangkan masalah nie...

bukan sahaja mahasiswa yang berkenderaan sahaja terasa terbeban, malahan mahasiswa yang lain juga terus terjesas perbelanjaan harian..

Anonymous said...

sy stuju!!!!!nekkan harga skoler tanpa perubahan agreement..

Anonymous said...

sy rase kte kne setelkan mslh CM dlu berbanding skoler..
xkanlah kite nk biarkan kwn2 kite yg kne CM ternganga bila kte dpt skoler..
yg x kne CM mungkin x brape payah tuk idup dlm keadaan yg ade skang sbb msh ade duit masuk bulan2..
tp bagaimane pule mereka yg kne CM??
sy bukan membela mereka yg malas belajar sehingga kne CM.. tp kne pkir juge x sume yg kne CM nih dtg dri golongan yg malas tetapi ade juge yg dtg dri golongan yg mempunyai masalah peribadi sehingga menyebabkan prestasi akademik merosot.. lbih memilukan mungkin org yg kne CM dtg dri kluarga yg berpendapatan rendah..
pkir2kan lah...

Anonymous said...

Terfikir: Status penulis mempengaruhi bilangan sambutan comment yang masuk.

So org berpengaruh, bila berblog, sangat memberi kesan.

So org berpengaruh, berjawatan,
Ayuh berblog, lontarkan pemikiran2 bernas anda selaku PEMIMPIN pelajar di kampus ANDA!!!
----------------
Cadangan Buat ESU:
1. CM withhold RM300 shj.
2. Scholar Naikkan RM100 atau RM150 atau RM200. (Nanti dah habis belajar, kami bayar, tak perlu risau, atau kami kerja dgn kalian, so naikkan saja).
----------------
Maaf salah silap dlm menulis.
Sekian. Terima Kasih.

Anonymous said...

bagi saya tidak perlu untuk scholarship dinaikkan kerana pelajar utp yg sedia ada pon sudah berada dlm comfort zone yg nyata..mereka larut dlm dunia mereka...walaupun harga minyak dan barang lain naik..tidak bermakna tidak boleh survive dgn scholar at least rm 500..cume untuk pelajar cm mungkin sedikit kasihan..

justeru mungkin fokus unutk kutip derma atau tabung kewangan untuk student cm dulu..drpd memikirkan untuk menaikkan scholar..itupun jika perlu..sekian

Anonymous said...

salam,

1.Selaku pelajar tajaan MARA, secara peribadi merasakan scholar yang diberikan oleh PETRONAS kepada pelajar tajaan mereka sudah CUKUP.

2.Cume segelintir pelajar ni tidak bijak menguruskan perbelanjaan dorg.

3.RM500, bermakna RM16.67/hari.Klu 4 kali makan sehari, bermakna RM4.16/sekali makan.

4.Takan sarapan pun RM4.00.

5.Base on my observation sebelum minyak naik pun scholar dak2 ni x cukup.

6.Tgk balik la ape yang kite belanje selama ni.Dak MARA pun.

7.Skg ni masa utk berfikir.Jgn kite nakan scholar naik tetapi tabiat lama x dibuang.Pesanan buat semua UTPian.Termasuk diri ini.

ammar said...

salam
x pyh naekkan scholar kerena masih cukup lg utk hidup di tronoh ini dgn hanya rm500 per month...

tp CM amat menakutkan saya kerana sy hampir terkena.
sy pon x tau kenape result x perform tp honestly sy da try da best as i can

Muhammad Haniff Humam said...

Assalamualaikum,
Just to make an announcement here. To those who had 2nd CM for this semester, please contact me immediately, Muhammad Haniff, Secretary I MPPUTP at 013 4745996.
This is because MPPUTP will produce a support letter to help you release from CM punishment and at the same time you need to make an appeal letter also (suggestion from ESU UTP). The letter will be sent to ESU KLCC to reconsider back their decision especially to those who have improved their result from their 1st CM. Even though the possibility is small but MPPUTP will try the best to help you.

Thank You

Anonymous said...

erm.....mcm nampak wujudnye MPP di situ....xpe2...truskan perjuangan anda...bersame tolong sahabat2 yg kne CM...btw....satu lg yg MPP perlukan ialah perjuangkan scholar naik without syaratnye naik....jd...harap penulis blog ni promote la blog kat presiden petronas....

Anonymous said...

perlukah scholar naik? secara peribadi saya x merasakan begitu. RM500 bagi pelajar, adalah begitu mewah. tambahan pula kita semua menetap di kawasan yang jauh dari bandar. rasional untuk naikkan scholar mungkin wujud jika kampus terletak di kawasan bandar.

promote blog nih kepada petronas? well, saya ada berjumpa dgn pembantu en zamani (wakil ESU di UTP) pagi tadi dan telah menyampaikan alamat blog ini. harap2 pihak mereka akan baca :D