Thursday, July 24, 2008

KENAPA MAHASISWA PERLU BERBLOG?


Pasca PRU 12 membuktikan kehadiran bloggers dirasai oleh semua pihak sehingga mencetuskan tsunami politik pada pilihanraya itu. Golongan yang dianggap terpencil dan juga dianggap sebagai beruk jalanan oleh sesetengah pihak memberi amaran bahawa mereka tidak boleh dipandang enteng. Lantaran daripada itu selepas sahaja PRU 12 ramailah pak-pak menteri berjinak-jinak untuk menjadi bloggers selepas menyedari kelemahan yang ada. Selamat datang ke dunia BLOGGERS wahai pakcik2.

Blog DEFINITION- A blog (short for weblog) is a personal online journal that is frequently updated and intended for general public consumption. Blogs are defined by their format: a series of entries posted to a single page in reverse-chronological order.Blogs generally represent the personality of the author or reflect the purpose of the Web site that hosts the blog. Topics sometimes include brief philosophical musings, commentary on Internet and other social issues, and links to other sites the author favors, especially those that support a point being made on a post.


Mahasiswa merupakan perkataan keramat dan sejarah membuktikan bahawa golongan-golongan inilah yang menjadi nadi rakyat untuk menyuarakan kesusahan mereka. Pak Suharto sendiri pernah berkata “Jika diberikan aku sepuluh orang pemuda, nescaya aku boleh mengegarkan dunia”. Perkataan ‘maha’ pada mahasiswa menunjukkan bahawa mahasiswa ini mempunyai kuasa dalam mewarnai politik negara. Marilah bangkit wahai mahasiswa perjuangkan keadilan.

Blog merupakan wadah yang terbaik untuk melahirkan pendapat tentang isu-isu semasa tidak kira di kampus ataupun di peringkat nasional. Gerakan mahasiswa lesu? Mahasiswa zaman ini lemah dan tidak mampu menjadi juara dalam isu-isu nasional dan sebagainya adalah persoalan-persoalan yang dimainkan oleh sesetengah pihak. Tidak dinafikan bahawa ini adalah perkara yang perlu diakui. Dalam ledakan teknologi yang melanda pada era ini, mahasiswa perlu mengambil cakna tentang isu-isu semasa dan menyampaikan suara mahasiswa itu dalam media atau blog secara mudahnya. Kita tidak boleh terlalu mengikut pemimpin negara malahan kita perlu menjadi check and balance tidak kira Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Seorang tokoh Islam, Saidina Abu Bakar pernah menyebut:

“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”

Kata-kata ini bermaksud kita perlu berdiri pada paksi kebenaran dan menjadi pengukur kepada pemimpin. Inilah yang akan melahirkan masyarakat yang berfikir dan menjadi negara yang maju selari dengan wawasan 2020. Namun bersediakah mahasiswa untuk bergerak dengan lebih jauh? Atau kita memilih untuk duduk belajar didalam bilik sahaja? Lu pikirla sendiri...


2 comments:

Anonymous said...

gue dah pikir lama dah..gue harap lu pun pikiaq2 sama la...hihu

<~!@#> said...

i`ve talk to one of the people who works with google/yahoo/T.O.R why this fsck Web 2.0 stuff is so popular. (Blog,fbook,IM,Myspace,Twit). For geeks it's yet another evolution of Mailman/Usenet and pine . But for u guys, it`s merely Gossip 2.0 or whosdoingwho.com :)/