ISU PTPTN : TAHNIAH KEPADA KERAJAAN?
Kadar caj perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan 1 peratus melihatkan bahawa kerajaan semakin “bijak” dalam merencana keputusan. 1.04 juta peminjam diploma dan ijazah sarjana muda dan 2,473 lagi peminjam dari ijazah sarjana dan kedoktoran pasti menyambut “baik” usaha kerajaan ke arah memajukan pendidikan negara.
Jika sebelum ini kadar yang dikenakan PTPTN ialah 4 peratus pada 1997 sebelum ia turunkan kepada 3 peratus dan kini 1 peratus pastinya mengaburi mata pelajar yang merasakan diri mereka sudah terbela. Kerajaan mungkin berasa dengan penurunan ini mahasiswa akan berpuas hati dan terus menyokong kerajaan. Namun mahasiswa semakin intelek dalam membuat keputusan dan melalui anjakan paradigma yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pejuang memberi impak baru terhadap pemikiran mereka.
Pada dasarnya kerajaan perlu melihat bahawa pinjaman kepada pendidikan sebenarnya adalah tidak relevan untuk dikenakan caj perkhidmatan kerana faedah jangka masa panjang yang akan kembali semula kepada negara dalam bentuk tenaga kerja yang kompeten. Siapakah yang akan menjadi pewaris pimpinan negara? Siapakah yang akan memastikan ekonomi dan politik negara sentiasa stabil? Siapakah yang akan merealisasikan visi 2020? Siapakah yang akan membela nasib Malaysia di mata dunia?
Tidak lain dan tidak bukan mereka-mereka itu pastinya seorang pelajar pada waktu ini. Jika pinjaman ini diberi secara qardhul Hassan iaitu pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa caj pasti dilihat sebagai satu usaha yang menunjukkan kerajaan benar-benar prihatin kepada mahasiswa.
Di dalam buku Preaching Way: between Leaders and Followers karangan Mustafa Masyur menyatakan beberapa peringatan untuk pimpinan dan satu yang saya mahu ungkapkan di sini ialah
“Pimpinan hendaklah bersungguh-sungguh untuk mengangkat tingkat keupayaan mereka yang berada dalam kedudukan barisan “pelapis”, serta melatih mereka dalam bidang tanggungjawab mereka, dengan mengambil faedah dari setiap benda baru yang berguna..”
Walaubagaimanapun, keputusan menurunkan kadar caj perkhidmatan yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri minggu lalu dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengesahkan ia tidak bertentangan dengan syariah juga masih diragui. Jika merujuk kepada laporan di dada akhbar-akhbar utama contohnya UTUSAN http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0814&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive ; MFK memberitahu bahawa caj perkhidmatan selama ini yang dikenakan adalah tiada unsur riba’ :
“Bagaimanapun, pada 28 Julai lalu, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan caj perkhidmatan itu tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar caj tiga peratus sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar.”
Jika kita merujuk kepada blog Mufti Perlis Ustaz Asri http://drmaza.com/home/?p=338 menyatakan:
“Apa yang saya difahamkan, bahawa yang dianggap oleh Jawatankuasa Fatwa sebagai tidak bertentangan dengan syarak adalah kaedah caj baru yang bakal diubah, bukan yang ada sekarang.”
Jika begitu ini adalah bercanggah dengan laporan yang dibuat oleh media massa. Di manakah kebenarannya? Atau masih ada pihak yang mahu mengambil kesempatan dari belakang terhadap isu lapuk ini?
Ustaz Zaharuddin mengulas tentang kepincangan yang berlaku ini dalam laman web nya http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=741&Itemid=72 :
“Saya merasakan, jika benarlah wartawan mencatat kenyataan itu dengan tepat, maka apa yang dicatatkan adalah mengelirukan jika dibuat perbandingan dengan kenyataan Mufti Perlis. Selain itu, jika ia kenyataan yang benar, saya kira ia telah membuka aib dan menunjukkan ketidakfahaman mereka yang diberi amanah fatwa tentang isu caj dalam kewangan moden, selain agak ketinggalan dalam menyemak ijtihad dan kajian-kajian terkini Shariah oleh ulama Shariah dan kewangan berwibawa tinggi di seluruh dunia. Wallahu'alam.
Sewajarnya setiap isu kewangan dan Shariah, perlu dibincang bersama dengan Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Mereka lebih berautoriti, berpengalaman dan berwibawa dalam hal Shariah dan kewangan.
Perlu saya dedahkan di sini, pengalaman saya dan rakan-rakan penasihat Shariah di seluruh dunia. Terdapat antara penasihat Shariah ini yang kerap berhadapan dengan 'permainan', 'helah' dan ayat-ayat mengelirukan dari pihak pengurusan bank, institusi kewangan dan komersial apabila diminta mengesahkan sesuatu produk atau masalah.
Tidak dapat dinafikan sememangnya ada pihak pengurusan yang sengaja berbuat demikian sehingga menyorokkan sebahagian informasi semata-mata untuk mendapat kata 'halal' atau harus' dari pihak Majlis Shariah mereka. “
Pada pendapat saya segala permasalahan yang diutarakan dan kepincangan yang berlaku boleh dielakkan dengan pemansuhan terus caj PTPTN ini. Lebih banyak lagi sumber kewangan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan. Kenapa mesti mahasiswa yang menjadi mangsa keadaan? Fikir-fikirkan...Jika anda bukan salah seorang daripada mereka, mungkin perkara yang sama akan berlaku kepada ahli keluarga atau rakan baik anda.
Thursday, August 14, 2008
Sunday, August 10, 2008
Muslimat Frontliner Dakwah?

GERAKAN MUSLIMAT PERLU KEMBALI MENJEJAK REALITI, BANGKIT MENDOKONG VISI
Dari: Siti Munawirah
Saya dijemput untuk menjadi pewacana terhadap tajuk gerakan mahasiswi Islam perlu perubahan. Pada mulanya, pelbagai persoalan bermain di minda saya apabila diajukan soalan sedemikian. Perubahan?
Ada yang berpandangan gerakan wanita Islam perlu berubah selaras kehendak massa , ada yang kata perlu lebih menonjol dan ada juga yang kata perlu lebih bermasyarakat. Di mana silapnya apabila kita melihat gerakan muslimah kelihatan lebih lesu daripada gerakan feminisme?
Saya teringat pada kata-kata saudara Syeikh Umar dalam satu forum. Katanya, beliau amat kagum dengan Sisters In Islam, namun bukan atas perkara dasar yang dibawa mereka yakni kesaksamaan gender tapi atas dasar sikap dan keberanian yang mereka miliki dalam mempertahankan pendirian dan fahaman mereka. Katanya lagi, seharusnya wanita Islam kini harus mula lantang kembali mewarnai massa dengan kefahaman sebenar Islam mengenai isu-isu wanita.
Kesilapan terbesar gerakan wanita Islam sekarang adalah salah faham terhadap konsep malu. Ya, wanita dan malu sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun biarlah bertempat. Jika ingin menyatakan pendirian dalam mesyuarat ataupun sewaktu sesi brainstorming pun malu-malu alah, berat kes ni. Apabila kita membicarakan soal ummah, kita harus menjadi serius mengembleng tenaga jihad berfikir dan sepatutnya semangat jihad itu bisa membuahkan pula keberanian kepada kemahuan untuk bercakap dan bertindak. Entah di mana tarbiyyah kita, sesudah digelar ahli gerakan, masih ramai yang terpotret menjadi tawaddhu’ tak kena tempat. Ini menjadi masalah besar sekiranya kita menanam keinginan untuk mendidik masyarakat. Bagaimana mereka hendak yakin pada kita sekiranya kita sendiri tidak mempunyai keyakinan kepada diri sendiri?
Kedua, ahli gerakan muslimah perlu lebih matang apabila bermasyarakat. Pernah saya bertembung dengan beberapa kejadian di majlis keramaian, terdapat segelintir ahli gerakan muslimah tidak pandai membawa diri. Seharusnya, apabila ditarbiyyah dengan kefahaman Islam, kita sepatutnya mengepalai adab-adab yang diajar oleh Islam selaku anak gadis muslim apabila berada dalam majlis yang bersama orang tua. Sukar senyum dan agak lambat bergerak turun ke dapur mahupun ringan-ringankan tangan untuk membantu apa yang patut, walau nampak remeh, sebenarnya memberi impak besar pada orang ramai untuk menilai akhlak kita.
Apabila bertembung dengan pelbagai jenis orang dalam sesebuah majlis, tidak kira yang tua atau muda, yang kelihatan baik atau sebaliknya, kita seharusnya terlebih dahulu memulakan salam dan merendahkan diri menyapa mesra. Apabila berbual dengan yang lebih tua, janganlah kelihatan seperti kita mahu menang dalam setiap perbualan.
Ketiga, ahli gerakan muslimah perlu lebih aktif, pantas dan kreatif dalam bertindak. Seandainya dilihat kaum lelaki kelihatan semakin lesu bergerak, sebagai tiang kepada gerakan, orang perempuan perlu bangkit memberikan satu tekanan, simbolik kepada provokasi untuk membantu kaum lelaki kembali sedar akan tanggungjawab mereka. Isu-isu wanita yang berkaitan dengan hak dan penindasan yang seringkali dijaja oleh golongan feminisme haruslah punya penyelesaian yang disediakan oleh gerakan wanita Islam. Gerakan wanita Islam sekarang haruslah lebih banyak cuba menerobosi media untuk kembali menjuarai pendominasian cara masyarakat umum berfikir. Golongan feminisme sangat berani dan lantang dalam mencanangkan pendirian mereka kerana mereka lihat tidak ada gerakan wanita lain yang berani menonjol seperti mereka dalam memperjuangkan isu wanita.
Keempat, ahli gerakan muslimah perlu lebih banyak membaca dan menambah pengetahuan mengenai isu semasa. Hal-hal semasa politik perlulah dititikberatkan dalam kefahaman seharian. Ibu Imam A-Syafie telah bersedia menyiapkan diri sebelum Imam As-Syafie lahir lagi untuk membentuk keperibadian mujahid ulung terhadap beliau.Begitu juga dengan ibu-ibu para pahlawan lain. Seharusnya, kita harus sedar peranan kita dalam melahirkan generasi pejuang masa hadapan. Jika kita mahukan anak-anak kita mahupun seluruh keturunan kita menjadi mujahid dan mujahidah ulung dalam perjuangan, kita harus terlebih dahulu memantapkan diri. Seorang wanita yang mampu membaca politik dan mempunyai pengetahuan yang bagus insyaAllah akan mampu melahirkan anak yang mampu mempunyai dayajuang politik dan punya kefaqihan agama yang tinggi. Perhatikan mengapa ada kata pepatah berbunyi, tangan yang menghayun buaian, bisa menggoncang dunia.
Kelima, walaupun, ahli gerakan telah ditanamkan dengan jatidiri sebagai aktivis dakwah, namun jangan sesekali kita tinggalkan tugas asasi kita sebagai seorang wanita. Kebolehan memasak, mengurus rumahtangga juga sangat penting diambilkira sebagai didikan utama terhadap setiap ahli gerakan wanita. Semuanya perlu persediaan dari awal agar apabila bergerak kerja dalam lapangan sesudah berumahtangga tidak menimbulkan masalah. Perlu diingat, tidak guna gerak kerja dakwah masyarakat sangat aktif, sekiranya kita tidak pandai menguruskan keluarga sendiri di rumah. Cara bekerja ahli gerakan dakwah muslimah yang belum berkahwin dan sudah adalah sangat berbeza kerana keutamaan sudah bertambah. Maka di sini, teknik pengurusan masa dan pembahagian tanggungjawab adalah penting untuk di pelajari.
Wanita memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah organisasi apatah lagi gerakan. Ahli gerakan muslimah harus kembali merebranding imej agar menjadi ikon kepada semua wanita tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Yang penting , wanita Islam menerajui perjuangan isu hak wanita selaras dengan kehendak syara’. Apapun, tidak dilupakan juga, muslimin juga memainkan peranan penting dalam membimbing wanita dalam memperjuangkan isu mereka..
Kemungkinan besar, isu feminisme tidak akan timbul seandainya semua lelaki benar-benar menghayati ajaran Islam. Adalah satu penipuan seandainya mengatakan tidak langsung berlaku penindasan terhadap hak wanita dalam kes-kes tertentu. Sesetengah lelaki yang berfahaman kolot dan tidak melihat wanita sebagai anugerah Tuhan, sewenangnya memanipulasi kelemahan wanita demi keuntungan mereka. Maka, tidak wajar sama sekali jika dikatakan tidak perlu ada perjuangan terhadap isu-isu wanita.. Isu perjuangan wanita bermula di Malaysia dalam tahun 1962 di mana tika itu, Kesatuan Guru-Guru perempuan dengan kerjasama Badan Wanita Kebangsaan mengadakan sebuah konvesyen menuntut gaji sama rata dengan pekerja lelaki. Waktu itu, walaupun wanita bekerja sama masa malah lebih daripada lelaki, gaji mereka tetap rendah. Malah lebih malang lagi, ada di antara sector yang tidak memberikan wang pencen pada bekas pekerja wanita. Ini menyulitkan wanita terutama yang bergelar ibu tunggal. Oleh, kesedaran kaum lelaki dalam menjaga kaum wanita juga berupaya membantu menangani masalah feminisme.
Fitnah banyak dimomokkan oleh para musuh Islam. Muslimah Islam kolot, ditindas dan dinafikan hak bersuara. Justeru, wanita Islam itu sendiri perlu bangkit menjernihkan kekotoran khabar angin tersebut. Mahasiswi Islam harus mula bertindak dan buat persediaan.
Persoalannya, bila kita mahu mulakan?
Thursday, August 7, 2008
ISU : PEMBUANGAN BAYI

JANGAN SALAH KAN IBU YANG MENGANDUNG. SALAHKAN DIRI SENDIRI YANG TIDAK MENOLONG!
Saban hari, negara kita digembar gemburkan dengan pelbagai analisa, berita, ulasan dan pendapat di dada akhbar mengenai satu situasi yang berlaku di sekita UTP baru-baru ini. Fitna atau kontroversi murahan di muatkan di media massa hanya untuk meraih publisiti melariskan jualan. Tidak cukup dengan itu, ada pihak yang dituduh untuk dipertanggungjawabkan dalam isu ini.
Sudah pastinya ini adalah isu pembuangan bayi. Memetik dari sebuah akhbar nasional (bukan Barisan Nasional) mengatakan bahawa berkemungkinan bayi itu adalah lahir daripada perbuatan orang tempatan dengan pelajar luar negara di UTP ini. Dari manakah datangnya bayi itu? Hasil siapakah bayi itu lahir ke dunia ini tanpa rasa bersalah? Yang pasti isu ini hangat sekali diperbualkan bukan sahaja dikalangan pelajar UTP malah juga tersebar luas dikalangan pensyarah dan staf di UTP.
Namun, perlu diingat bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi untuk menyebarkan kebenaran dan menewaskan kebatilan.
Masyarakat di Malaysia cukup sensitive dengan isu-isu seumpama ini dan pasti akan menyalahkan ibu yang mengandungkan anak itu sebagai punca utama atau root cause dalam hal ini. Mula lah ke sana ke mari menyebarkan berita dari mulut ke mulut. Perlu diingat bahawa mungkin sahaja kejadian ini dikurniakan kepada kita di UTP ini sebagai balasan maksiat yang kita buat selama kita berada di UTP.
Saya tidak menolak kenyataan bahawa sesetengah pihak menyalahkan bahawa hubungan social di kalangan pelajar UTP semakin lama semakin teruk. Bukan kita tidak tahu bahawa banyak kes-kes terpencil yang disembunyikan bertujuan untuk menjaga nama baik sendiri. Kes zina, perempuan masuk ke bilik lelaki dan berdua-duaan di waktu malam di padang menjadi satu kebiasaan.
Mengikut satu bancian di kalangan student UTP sendiri di k5, seramai 40 orang daripada 200 mengaku telah mengadakan hubungan seks sebelum kahwin.
Di manakah silapnya semua ini? Adakah kita perlu menuding jari semata-mata ke arah si ibu yang mengandungkan anak yang tidak bersalah? Atau pihak pengurusan yang melaksanakan tanggungjawab menggubal undang-undang? Atau pun diri kita yang tidak mengambil cakna dengan rakan-rakan kita lalu proses amar makruf nahi mungkar tergendala? Di sini adalah beberapa teori yang saya rasa mungkin menjadi cause kepada masalah gejala social di UTP:
1) Peraturan UTP yang terlalu longgar
Bagi pelajar IPTS, pelajar dianggap sebagai client dan peraturan yang dibuat adalah berpandukan hubungan antara peniaga dan pelanggan. Pelajar UTP yang bebas bergerak ke luar UTP antara lelaki dan perempuan mungkin menjadi punca.
2) SECURITY yang SOPAN?
Security di UTP sememangnya di geruni ketika kita membuat salah contohnya parking di tempat yang salah, tidak pakai helmet dan sebagainya. Ini kerana saman RM 30 yang dibawa ke hulu ke hilir menjadi mimpi ngeri ramai. Tapi, di manakah security ketika mana melihat aksi-aksi menarik pelajar di padang pada 12 mlm? Pelajar lelaki dan perempuan berdua-dua di bilik umum pada pukul 3,4 pagi. Mungkin security menghormati pelajar UTP.
3) Hujan EVENT
Fitrah manusia memang mahukan hiburan dan saya tidak menolak hiburan itu perlu untuk mengisi masa lapang yang ada. Cuma di manakah event-event untuk membentuk jati diri pelajar? Mahasiswa perlu berfikir sejenak dalam rangka kita sebagai mahasiswa terlalu banyak benda yang perlu kita buat seperti menolong masyarakat kampung, org miskin tertindas daripada kita sibuk berhibur. Pihak pengurusan perlulah bijak dalam memberi kebenaran kepada event yang bersifat pembentuk jati diri.
4) ATTITUDE
Bila menyebut tentang attitude, suka saya meningatkan bahawa diri saya dan rakan UTP berada dalam keadaan selesa a.k.a. comfort zone. Kita dibekalkan pelbagai kemudahan yang kadangkala melupakan kita erti syukur. Budaya couple sememangnya telah menjadi fenomena yang biasa. Rujuklah pihak tertentu untuk mengetahui cara berkeluarga yang terbaik.
Ini adalah sekadar teori 20 cents dari saya. Jadi dimanakah kita ketika ini? Berblog ? DoTa? Membuang masa..? Kita perlu berfikir lebih jauh dan terus bergerak dalam merencana agenda kita sebagai seorang student. Letakkan lah diri kita dalam rasa bersalah dengan kejadian yang berlaku di UTP baru-baru ini supaya kita mengambil ia sebagai satu benchmark untuk melakukan anjakan paradigma di UTP.
Monday, August 4, 2008
TIADA PILHANRAYA MPPUTP 2008/09?
PILIHANRAYA KAMPUS 2 BULAN LAGI?
Kita tidak mungkin terlepas dari tanggungjawab menjadi seorang pemimpin. Tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Leaders are made not born. Kata-kata yang sering dilontarkan untuk memotivasikan seseorang pemimpin. Hakikatnya, semua pasti menjadi seorang pemimpin tidak kira pemimpin bagi keluarga, seorang abang kepada adiknya, seorang majikan kepada pekerjanya ataupun seorang Perdana Menteri kepada rakyatnya. Tanggungjawab adalah sesuatu yang amat berat tetapi malangnya ia tidak dapat dilihat dan diukur supaya kita akan terus menerus memajukan diri. Like people said “The biggest room is room of improvement”. Tetapi malangnya bagi mereka yang hanyut, dek kerana dosa tidak menjalankan tanggungjawab itu tidak dapat dilihat, maka sesetengah mengambil endah tidak endah akan tanggungjawab menjadi pemimpin.
Majlis Perwakilan Pelajar adalah satu platform yang terbaik untuk mengasah bakat kepimpinan namun beban amanah yang dipertanggungjawabkan itu jauh lebih besar. Kepimpinan MPP disesebuah institusi seringkali menjadi perhatian. Sejak awal tahun 1970-an dahulu era kebangkitan mahasiswa di pelopori oleh golongan-golongan ini. Suara-suara mahasiswa yang kencang mengoyah tampuk pimpinan Negara menjadikan pilhanraya kampus itu dicorak dengan strategi-strategi 2 blok yang iaitu Aspirasi dan Pro-Mahasiswa disesetengah IPTA. Walaupun ada yang mengatakan pilihanraya ini adalah kotor dan dihiasi dengan pelbagai helah serta tipu daya untuk mengalahkan musuh tetapi bagi saya disinilah pemikiran yang sihat untuk bersaing antara satu sama lain selari dengan salah satu attributes to be well-rounded students iaitu technical competence.
Dalam satu kenyataan Prof Ungku Aziz
"Cabaran memberi perangsang dan jika kita menjelaskan sesuatu cabaran kita pun berasa senang dan tenang di dalam jiwa dan hati kita. Perlu saya ingatkan pula cabaran tanpa kuasa untuk menyelesaikannya boleh menimbulkan tekanan yang paling hebat. Sebagai penutup pesanan saya : Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar".
Prof Ungku A.Aziz sempat menukilkan bait kata-kata perangsang kepada pemimpin mahasiswa:
"Belajar sambil mencabar,
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang,
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin,
Berpengalaman mencabar DAN terpelajar".
( Prof. Ungku A. Aziz)
Itu adalah cerita di sekitar UM. Bagaimanakah pula di UTP? Mahasiswa adalah pencorak Negara suatu masa nanti kerana yang akan menjadi perdana menteri dan kabinetnya adalah kita. Jika tiada kesedaran berpolitik di peringkat university lagi adalah susah untuk mahasiswa bergerak di peringkat nasional apabila tamat belajar. Justeru, marilah kita mewarnakan pilihanraya UTP pada kali ini dengan persaingan yang sihat…!

Fiqh Keutamaan
Judul: Fiqh Keutamaan (Keutamaan Tugas-tugas Kaum Muslimin); Satu Kajian Baru Dari Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah
Judul asal: Fiqh Al-Awlawiyyat
Penulis: Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi
DEFINISI
Fiqh al-Awlawiyyat adalah meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia.
ASAS FIQH KEUTAMAAN
1. Perbandingan antara al-Masalih (kemaslahatan) atau al-Manafi’ (kemanfaatan), ataupun perbandingan antara semua kebaikan.
2. Perbandingan antara al-Mafasid (kemafsadatan) atau al-Madar (kemudaratan), ataupun perbandingan antara semua kemudaratan.
3. Perbandingan antara al-Masalih (kemaslahatan) dan al-Mafasid (kemafsadatan), ataupun perbandingan antara kebaikan dan kemudaratan.
PERBANDINGAN ANTARA AL-MASALIH
Tiga peringkat al-Masalih
1. Al-Daruriyyat (perkara yang darurat)- perkara mutlak yang diperlukan untuk kehidupan manusia.
a. Memelihara agama.
b. Memelihara jiwa.
c. Memelihara keturunan.
d. Memelihara akal.
e. Memelihara harta benda.
f. Memelihara nama baik.
2. Al-Hajiyyat (perkara yang diperlukan)- perkara yang apabila ia tidak ada maka kehidupan manusia akan menjadi sangat susah.
3. Al-Tahsiniyyat (perkara yang menjadi pelengkap)- hiasan tambahan dalam kehidupan.
Perbandingan antara pelbagai al-Masalih
1. Utamakan kemaslahatan yang telah diyakini berlaku ke atas kemaslahatan yang belum diyakini berlaku.
2. Utamakan kemaslahatan yang besar ke atas kemaslahatan yang lebih kecil.
3. Utamakan kemaslahatan jamaah ke atas kemaslahatan individu.
4. Utamakan kemaslahatan golongan yang lebih banyak ke atas kemaslahatan golongan yang lebih sedikit.
5. Utamakan kemaslahatan yang kekal abadi ke atas kemaslahatan yang bersifat sementara dan terhad.
6. Utamakan kemaslahatan asasi dan mendasar ke atas kemaslahatan sampingan dan pinggiran.
7. Utamakan kemaslahatan masa depan yang kuat ke atas kemaslahatan sekarang yang lemah.
PERBANDINGAN ANTARA AL-MAFASID
Berbeza-beza dan berperingkat-peringkat
Perbandingan antara pelbagai al-Mafasid
1. Dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan (kerosakan/kerugian), dan dilarang membalas balik kemudaratan/kerugian kepada orang lain.
2. Kemudaratan mesti dihalangi terjadi, sekadar kemampuan.
3. Kemudaratan tidak boleh dihalangi dengan melakukan kemudaratan yang seumpama atau yang lebih besar daripadanya.
4. Apabila ada dua kemudaratan, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil dan lebih kurang akibatnya.
5. Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil.
6. Untuk menghalangi kemudaratan yang akan menimpa orang ramai, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang akan menimpa individu.
PERBANDINGAN ANTARA AL-MASALIH DAN AL-MAFASID
Pengharaman khamar dan judi [2:219]
Perbandingan antara al-Masalih dan al-Mafasid
1. Mencegah kerosakan mesti diutamakan daripada memetik kebaikan.
2. Melakukan kerosakan yang kecil dibolehkan demi mendapatkan kebaikan yang besar.
3. Melakukan kerosakan yang bersifat sementara dibolehkan demi mendapatkan kebaikan yang bersifat abadi.
4. Kebaikan yang diyakini kewujudan tidak boleh ditinggalkan kerana kerosakan yang masih berupa angan-angan.
KEUTAMAAN KUALITI KE ATAS KUANTITI
Kisah Talut vs Jalut [2:149]
Awal dakwah [8:26]
Perang Badar [3:123]
Perang Hunain [9: 25-26]
Mukmin sejati [8:65]
Mukmin lemah [8:66]
KEUTAMAAN ILMU KE ATAS AMAL
Ayat yang pertama diturunkan [96:1-5]- ilmu. Selepas itu, [74:1-4]- amal; diturunkan.
Rujuk [47:19]- Pertamanya, Allah perintah Nabi Muhammad saw fahami ilmu tauhid, kemudian
beristighfar (amal).
Hadis- “Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka akan diberikan ilmu (kefahaman) mengenai agama-Nya. Kerana seseorang yang berilmu dan memahami ajaran Islam, ia akan mengamalkannya dengan benar dan baik.”
(Lihat Ibnu Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari Sharah Sahih al-Bukhari)
KEUTAMAAN KEFAHAMAN KE ATAS SEMATA-MATA HAFALAN
Rujuk [9:122], [8:65], [59:13]
KEUTAMAAN AL-MAQASID KE ATAS AL-ZAWAHIR
Al-Maqasid ialah tujuan dan intipati sebenar daripada sesebuah ayat yang datang daripada Allah SWT, atau pengertian secara kontekstual.
Al-Zawahir ialah pengertian dan kefahaman sesebuah ayat mengikut pengertian yang zahir tanpa melihat kepada intipati dan tujuan yang tersembunyi di balik itu, atau pengertian secara tekstual.
KEUTAMAAN IJTIHAD KE ATAS TAQLID
Ilmu yang sebenar ialah ilmu yang berdiri sendiri dan merdeka, seiring dengan hujah dan dalil, dan berpegang teguh dengan hak dan kebenaran.
Taqlid ialah mengikut-ikut dan mengulang-ulang perkara yang telah sedia ada.
Imam al-Syafi’i ra- ada dua pendapat, iaitu qaul qadim (pendapat lama-sebelum tinggal di Mesir) dan qaul jadid (pendapat baru-setelah tinggal di Mesir). Di Mesir, terdapat banyak perkara baru yang tidak dijumpainya semasa di tempat lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)