“Kau nie kate nak masuk syurga, tapi ibadah tak buat. Tau kerja jer. Berapa banyak la masa yang kau peruntukkan untuk beribadat?” kata seseorang.
Dialog di atas mungkin selalu kita dengar. Bagaimana hendak masuk syurga jika kita hanya memperuntukkan masa ibadat melalui solat fardhu yang kita kerjakan.
Jika kita mengambil masa 10 minit untuk setiap kali solat, bermakna sehari kita hanya beribadat lebih kurang 50-60 minit atau dalam erti kata lain sejam. Sehari ada 24 jam dan kita hanya beribadat mengingati Allah 1/24 jam yang kita ada. Bagaimana nak masuk syurga?
Allah berfirman dalam surah Az Zariyat ayat ke 56 yang bermaksud
Sesungguhnya tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Kami
Ayat di atas menuntut kita untuk beribadat kepada Allah 24 jam tanpa henti.
“Kalo tak kerja macam mana nak dapat duit? Nak sara anak bini? Takkan nak beribadat 24 jam.”
Mungkin dialog di atas berlegar-legar di dalam kepala. Adakah Allah tidak adil?
Sesungguhnya Allah sempurna di atas sifat-sifatnya. Allah sangat menyayangi hambaNya dan sentiasa memberi hidayah kepada hambaNya yang mencari.
Ibadat tidak hanya terbatas pada perlakuan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata malahan gelanggang ibadah bukan di solat dan di masjid sahaja. Semasa kita bekerja pun boleh dikira sebagai ibadat dan setiap titik peluh kita ketika bekerja hatta ketika TIDUR, MANDI DAN MAKAN JUGA boleh dikira sebagai ibadat. Bagaimana?
Ibadat terbahagi kepada 3 iaitu ibadah asas (fardhu ain), ibadat sunat (fadhailul ‘amal) dan ibadat umum.
Apa pulak ibadat umum ini?
Ibadat umum ialah seluruh perlakuan, tindakan dan aktiviti-aktiviti selain daripada ibadah asas dan sunat. Ia merangkumi kerja kita di pejabat, tapak projek dan sebagainya.
Jadi segala kerja yang kita lakukan dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala disisi Allah?
Ya jika mematuhi beberapa syarat ibadah…
Syarat ibadah:
1. Hendaklah pekerjaan itu dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah contohnya Aku bekerja untuk mendapat rezeki yang halal kerana Allah menuntutku mencari rezeki yang halal.
2. Dilaksanakan bertepatan atau tidak bertentangan dengan sunah Rasulullah SAW.
Yakni tiada unsur yang diharamkan seperti rasuah, tidak menutup aurat dan tidak meninggalkan ibadah-ibadah asas contoh solat fardhu tidak dilengah-lengahkan.
“Tak paham la niat ikhlas kerana Allah. Kalo kita niat untuk mencari rezeki, sara keluarga pun niat yang baik jugak. Boleh tak?”
Ya, niat mencari rezeki, sara keluarga, berbakti kepada masyrakat dan negara merupakan antara niat yang baik. Namun, jika setakat itu tahap niat kita apa beza dengan orang bukan Islam. Kita perlu sentiasa niatkan kerana Allah.
Ambil contoh kita tidur. Tidur bagaimana dikira sebagai ibadat?
Orang lain tidur untuk berehat sahaja. Semua orang akan berniat begitu. Bagi orang Islam kita perlu niat yang lebih baik dari itu dan menepati syarat kerana Allah iaitu Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda
Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat – Riwayat al-Bukhari dan Muslim
P/s- Jangan jadikan agama sebagai pilihan tetapi jadikan agama sebagai kemestian. Be a FULL-TIME Muslim not a PART-TIME MUSLIM. We are here for hereafter.
1 comment:
Yap, Islam is not limited to some job or someone. it is borderless and coveres every aspect of human beings every single day. thats where "busy people always have time" came in picture.
Post a Comment