Saturday, March 7, 2009

Perhimpuanan 100,00 rakyat membantah PPSMI





Perhimpunan untuk mansuhkan PPSMI semalam mendapat liputan ramai apabila lebih dari 100,000 orang yang hadir. Perhimpunan aman yang dihadiri oleh seluruh peringkat masyarakat dari golongan kanak-kanak ke golongan tua menjadi satu tragedi malang apabila Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak untuk menggunakan bom asap dan Water Cannon untuk menghentikan perhimpunan aman tersebut. Lebih teruk lagi ada yang dipukul dengan cota oleh FRU.

Salahkah rakyat memperjuangkan PPSMI? Salahkah rakyat memperjuangkan sesuatu yang pernah diperjuangkan oleh pemimpin kerajaan suatu masa dahulu? Tragedi sedih semalam menjadikan rakyat Malaysia ini seolah-olah DIJAJAH DI NEGARA SENDIRI.

Isu bahasa adalah isu sejagat yang perlu diperjuangkan semua. Ada segelintir pihak yang takut untuk menyuarakan pendapat semata-mata demi kepentingan politik mereka. Isu bahasa adalah isu yang menyeluruh dan melibatkan pelbagai perspektif yang perlu diambil kita seperti aqidah, jati diri, kemajuan negara, modal insan dan sebagainya. Justeru kerajaan perlu mengambil kira pendapat dari mereka yang pakar dalam bidang masing-masing sebelum meneruskan PPSMI dan tidak berasa malu untuk mengaku mereka salah sekiranya mereka benar-benar bersalah.

Kenyataan Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu PPSMI ini dengan segera sejurus perhimpunan tersebut diadakan tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kerajaan hanya berbincang sesama sendiri mengenai isu ini. Ketepikan kepentingan politik demi kebaikan semua rakyat; bermusyawarahlah dengan mengambil pendapat pakar-pakar walaupun pakar itu mempunyai political interest yang berbeza.

Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang prihatin kepada kehendak rakyat.








2 comments:

muhammad izwan said...

go!!! anti-ppsmi..kita jgn dijajah oleh perosak2 bangsa..go.. hanif -izwan

civilizedee said...

"tamau ppsmi, tapi ok je bi syarat wajib lulus spm,"gapena.....
wa, siannye