Wednesday, December 31, 2008

SELAMATKAN GAZA! SELAMATKAN SAUDARA KAMI YA ALLAH!


Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian) As-Saff:8

Dalam kerancakan agenda Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan kejadian paling buruk yang menimpa saudara mereka di Palestin iaitu serangan rejim Zionis laknatuLlah ke atas bumi Gaza di Palestin. Serangan secara berterusan yang dilakukan oleh manusia yang bertopengkan haiwan ini telah masuk hari ke lima dan mereka masih lagi rakus meragut nyawa-nyawa yang tidak bersalah.

Sehingga hari ini angka kematian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin ialah 390 orang. Di dapati seramai 1884 mendapat kecederaan dan 300 antara mereka mengalami kecederaan yang serius. Jumlah kematian ini adalah antara yang terburuk semenjak 60 tahun lalu. Lebih hina dari itu, tentera rejim Zionis ini telah menyerang bukan sahaja tentera Hamas malah mereka telah menyerang krew ambulans dan juga rumah penduduk awam. Antara mereka yang mati ialah Dr, Iyhab Al-Madhom dan Mahmoud Abus Hassira. Kedua-dua mereka ini telah ditembak ketika mereka sedang merawat pesakit.

Tidak cukup dengan itu, rakyat Palestin yang ketakutan belari menyelamatkan diri ke sempadan Palestin-Mesir dengan harapan mereka akan dapat pelindungan daripada kerajaan Mesir. Namun, kejadian yang sebaliknya berlaku. Pengawal di sempadan itu telah menembak ke arah pelarian itu dan mengakibatkan seorang anak terbunuh dan beberapa penduduk cedera.

Pada kala ini, penduduk Palestin sangat terhimpit. Tambahan lagi bekalan roti yang menjadi sumber makanan mereka dan gas telah habis dan disekat oleh rejim Zionis. Ubat-ubatan juga hamper kehabisan dan bantuan kemanusiaan yang datang telah dihalang dengan kejam oleh Israel dan sekutunya. Libya yang ingin menghantar bantuan kemanusiaan melalui sempadan Mesir-Palestin telah dihalang oleh Mesir.



Anak-anak kecil sedang menangis kelaparan, dibawa ibu dan ayahnya ke hulu dan ke hilir. Mereka tidak memahami kejadian yang sebenar menimpa. Mereka merintih, mereka menangis tatkala kita sedang asyik dengan lamunan duniawi. Namun tangisan dan darah yang mengiringi pemergian syuhada-syuhada yang terkorban di medan perjuangan menyemarakkan lagi api perjuangan pejuang-pejuang di Palestin. Mereka bersedia untuk meletupkan diri demi mempertahankan maruah Islam yang tercinta.

Justeru saya menyeru diri yang hina dan bergelumang dengan dosa, serta sahabat-sahabat semua menyumbang apa yang termampu kita berikan. Gunakanlah sepenuhnya segala medium yang ada untuk kita membantu perjuangan saudara kita di Palestin. Tidak mustahil suatu hari nanti, kita pula yang akan ditimpa nasib yang sama. Di sini ada cadangan praktikal yang mungkin boleh dilaksanakan:

1) Mempergiat penyemaian kesedaran di kalangan masyarakat kita melalu medium-medium seperti sentiasa mengupdate blog dengan isu Palestin, risalah, usrah,status gtalk, ym dan sebagainya
2) Menyumbang bantuan kewangan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin seperti tertera di bawah:

Aman Palestin Berhad

Dana Sumbangan dan Derma
Bank Islam Malaysia Berhad-12029010047880
Maybank Malaysia Berhad-562263010787

Dana Sumbangan Pengurusan
Bank Muamalat Malaysia Berhad-12070005133717
*Maklumat lanjut sila kunjungi laman web http://www.amanpalestin.com

Bagi pihak kerajaan, saya mengharapkan supaya satu tindakan bersungguh-sungguh dapat dilakukan oleh kerajaan dengan membincangkan perkara ini secara serius bukan sahaja dalam Parlimen Malaysia malah membawa isu ini ke taraf antarabangsa dengan lantang seperti:

1) Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil tindakan drastik dan memainkan peranan untuk menghentikan segera serangan kepada Palestin.
2) Menggesa ahli OIC bersatu dan member bantuan secepat mungkin dari pelbagai jenis bantuan seperti makanan, perubatan dan juga ketenteraan.

Sumber :
1) http://www.palestinkini.info
2) http://www.amanpalestin.com
3) http://www.imemc.org
4) http://www.kosmo.com.my
5) http://www.harakahdaily.net

Namun perlu kita ingat bahawa segala usaha yang kita buat pasti tidak akan berhasil sekiranya tidak diizinkan oleh Allah. Maka segala usaha yang kita lakukan hendaklah kita seimbangkan dengan kebergantungan kita kepada Allah mungkin dengan perbanyakkan solat sunnat dan bacaan Qunut Nazilah.

Wallahua’alam..

At-Taubah : 24

No comments: