Monday, September 1, 2008

UNIT TAJAAN PELAJARAN PETRONAS PERLU BERSIFAT RASIONAL


Education Sponsorship Unit (ESU) Perlu Lebih Terbuka

ESU adalah satu unit di bawah PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) yang mengendalikan urusan tajaan pelajar-pelajar dari PETRONAS. Tidak kira sama ada pelajar itu melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara, selagi mana pelajar itu bergelar tajaan PETRONAS, ESU menjadi punca kewangan mereka.

PETRONAS telah menyambut baik seruan kerajaan bagi merealisasikan Visi 2020 iaitu
“Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan Negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi Negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak Negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah dan fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pengwujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh Negara-negara maju yang lain.”

Kerajaan telah menyeru sector swasta untuk mengambil penglibatan secara aktif dalam memastikan visi 2020 ini dilaksanakan dengan menawarkan penajaan kepada ribuan pelajar dari seluruh negara dan menubuhkan universitinya sendiri iaitu Universiti Teknologi PETRONAS. Tahniah kepada PETRONAS.

Untuk memastikan para pelajar tajaan PETRONAS mempunyai kelayakan yang tinggi dalam keputusan akademik, pada Januari 2008, ESU telah melaksanakan suatu sistem yang dikenali sebagai Consequence Management (seperti yang diterangkan pada artikel sebelum ini). Secara ringkasnya sistem ini memaksa pelajar tajaan PETRONAS untuk mendapat GPA 2.50 ke atas untuk meneruskan tajaan PETRONAS yang mereka perolehi. Jika dilihat dari personality dan gaya hidup pelajar PETRONAS yang mendapat tajaan bulanan RM 500 sebulan, memanglah satu kaedah yang terbaik untuk menggalakkan pelajar mengambil serius tentang aspek pelajaran. Secara umumnya, pelajar menyambut baik usaha ini dengan relevancy pada waktu sekarang walaupun ada segelintir yang berpendapat bahawa pelaksanaan ini bersifat terlalu drastik dan kurang praktikal dari sudut mendidik pelajar dan dilihat lebih kepada suatu bentuk penyeksaan.
Tanggal 27 Ogos 2008 yang lalu, ESU telah membuat sesi engagement bersama pelajar tajaan PETRONAS. Kali ini pelajar dikejutkan pula dengan pelaksanaan terbaru sistem yang masih lagi setahun jagung ini di mana pada

JULY 2009 para pelajar perlu mendapat 2.75 ke atas;
JULY 2010 para pelajar perlu mendapat 3.00 ke atas;

untuk mengelakkan diri mereka di bawah Consequence Management.


Pengumuman yang dibuat secara mengejut oleh ESU pada waktu itu menerima tepukan dari para pelajar sebagai tanda menyindir perbuatan ESU yang boleh disifatkan keterlaluan dan tidak mengambil kira suara mahasiswa di UTP dalam membuat keputusan.

Para pelajar tidak diterangkan dengan lebih lanjut bagaimanakah atau mengapakah perubahan ini berlaku. Para pelajar tajaan PETRONAS terkedu dan dipaksa menerima sistem ini kerana mereka tahu status mereka sebagai peminjam biasiswa daripada PETRONAS.

Persoalannya di sini, adakah wajar ESU mengambil tindakan seperti ini sedangkan sistem yang sedia ada masih berada dalam peringkat pengujian tentang keberkesanannya. Berikut adalah salah satu sebab yang dirasakan wajar ESU menimbang semula keputusan mereka:

2nd Mission Statement of UTP


“Our objective is to produce well-rounded graduates who are
creative and innovative with the potential to become leaders
of industry and the nation.”


Seperti yang tertera di atas, UTP sendiri telah mengariskan bahawa UTP adalah untuk melahirkan bukan sahaja pelajar yang berkelayakan dari sudut akademik, malahan berpotensi untuk menjadi ketua. Jika sebelum dipraktiskan 2.75 atau 3.00 ke atas, pelajar UTP kurang mempartispasikan diri dalam aktiviti berbentuk leadership(campaign, event dsb), jika dipraktiskan undang-undang terbaru ini, dikhuatiri bilangan yang akan menyertai berkurangan kerana sibuk memfokuskan diri ke arah akademik semata-mata dan melahirkan graduan yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi tetapi tidak berupaya untuk bersaing dari sudut soft skills dsb. Jadi PETRONAS perlulah selari dalam mengejar misi UTP.
Terdapat banyak lagi alasan yang boleh diberikan kepada ESU dalam menolak pelaksanaan sistem baru ini. Sifat ESU yang kurang mesra pada sesi itu dalam melayan pelajar tajaannya juga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pelajar.