Sunday, June 29, 2008

KEPUPUSAN KEADILAN DI MALAYSIA

Saban hari kita diperdengarkan dengan fitnah-fitnah terhadap Pakatan Rakyat oleh media milik BN yang tidak pernah kenal erti kebenaran. Media Milik BN adalah satu title yang sangat sesuai untuk mengambarkan ketidakadilan media massa pada masa kini. Terbaru Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersetuju untuk RTM menyiarkan debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Umum Parti Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini lah langkah pengecut yang tidak mahu rakyat mengetahui perkara sebenar mengenai isu Minyak yang kian mencabar kewibawaan Barisan Nasional.

Kini ditambah lagi dengan isu Anwar Ibrahim dituduh meliwat pembantu kanannya Saiful Bukhari Azlan yang dipercayai menjadi musuh dalam selimut Parti KeAdilan Rakyat . Melihat gambar-gambar yang disiarkan di beberapa buah blog jelas adanya konspirasi kerajaan dalam isu ini. http://buletinonline.net/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1


Isu liwat adalah isu lapuk yang masih lagi diputar-putar oleh pihak tertentu yang busuk hati dengan kejayaan demi kejayaan Pakatan Rakyat dalam arena politik Malaysia pada era ini. Adakah kerajaan telah takut dengan tarikh 16 September yang dilaung-laungkan oleh DSAI dan justeru mengambil langkah yang tidak masuk akal dengan mewujudkan isu lapuk. DSAI yang mengemukakan bukti-bukti untuk menafikan kesalahannya pada tahun 1998 yang melibatkan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Ghani Patail seakan-akan diserang balik untuk menjaga nama baik sesetengah pihak. Di manakah erti sebuah keAdilan di Malaysia? Adakah dengan melaporkan hal ini kepada polis dapat menjamin keselamatan DSAI dan keluarga? Adakah polis dan badan kehakiman masih lagi boleh dipercayai?

Namun Parti KeAdilan Rakyat (PKR) harus mengambil pengajaran disebalik perkara yang berlaku. Mengulas kenyataan Dr Wan Azizah yang mengatakan bahawa si Saiful ini adalah seorang sukarelawan yang menawarkan diri sewaktu pilihanraya umum yang lepas laly mengambilnya sebagai orang kuat parti merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Pengambilan ahli perlu diambil perhatian dengan meneliti latar belakang setiap ahli kerana kebijakan strategi pihak lawan juga tidak dapat dinafikan.

~YANG PASTI RAKYAT TELAH BOSAN DENGAN KERAJAAN SEKARANG DAN MARI SAMA-SAMA BERDOA DAN BERANI KE HADAPAN UNTUK MENJATUHKAN PEMERINTAHAN ZALIM~